13 April 2013

13rd of April

Assalamualaikum :)
Lama tak update blog nih. Memang banyak benda yg nak diceritakan, tapi bila fikir balik.... "tak perlu kod nak ceghita kat tempat umum." Blog nih public okay. Semua orang boleh baca. So.. tanaklah. Hhaha poyo sangat kannn T__T
Khamis rituh ntah kenapa aku tasa badan nih semacam jehh. Eh no no! Since Rabu tuh dah rasa lain macam. Then Khamis tuh muka rasa panas jehh, kepala pening, tekak sakit, nak selsema latuh. Tak habis-II nak sakit kan... hmm takpa. Dah plan awal-II balik tuh nak rehat. Lagipun esoknya cuti. Memang heaven sangatlah kan kalau nak berehat. Tapi dengan tak disangka-sangka... balik tuh dalam kereta, dapat msg dari mak. Mak cakap "K long abah masuk wad nk operate kat hospital rejency seri alam." Then I was like...... ''kenapa nih? ap yg dah jadi? kenapa sampai kena operate sume?" Terkejut punya pasal, aku diamkan jee. Buat macam biasa, diorg gelak, aku gelak. Aku cuma tanya kat mak "kenapa?" pastuh mak terus call. Dah call tuh mmg org dengar la kan kita bercakap. Dari cara aku cakap tuh dah sah-II laa macam ada something wrong somewhere. Then maklong tanya "kenapa?" aku cakaplah, "abah masuk wad, nak kena operate." then bla bla bla. Hmm. Balik tuh terus siap-II nak pegi sana. But guess what? kami tak jadi nak pegi sebab kak muni taktau jalan. Okay then takpelah kann. Balik rumah. Agak tertekan jugaklah. Maghrib-II tuh jugak aku terus baring, tidur, earphone dah siap kat telinga sebab tanak dengar suara orang. Memang tak boleh betul aku kalau tengah stress ada orang cakap "sabarlah.." "takde apelah.." and so on. Memang serabut gilalah. Then tetibe ayien kejut. Nak ajak pegi hospital malam tuh. Tapi aku cakap tak payah la. Esok jehh. Memang penat sangat.. Pastuh tetibe mak call, mak cakap kalau nak dtg esok jee and bla bla bla. Okay then tak jadilah pegi malam tuh... Pegi kat mukcu, layan Adam & Hawa dgn mukcu. Then aku tanya ayien "milo ada? susu ada? biskut ada?" Ayien cakap susu takde, nnt kite suruh kak diena beli. Then aku cakap "Eh tak pyhlaa. tanya jee." Then aku baring, nak sambung tido. Esoknya mukcu cakap "Malam tadi ayien buatkan milo.. tapi hang dah tdo.." Kesiannn ayien. Thank you ayien... Pagi tuh dengan tak makan apa, terus cari milo yg ayien buatkan tuh dlm peti ais then aku minum sampai habis. Gila kau.. haha. Mukcu tak dapat ikut pegi hospital sebab dia kerja. Lepas hantar dia pergi kerja, terus pegi JJ amek mak dgn adik-II. Then terus pegi hospital.... Balik tuh lepak rumah cik leman dulu. Abah cakap dia operate pukul 3 petang. Balik tuh hantar ekin kat flat, tirah ikut balik GP.. Ekin cakap mak tak balik. Mak jaga abah kat hospital. So dia tinggal sorang;lah kat rumah. Pity her. Malam nih pun mak tak balik. Idk what hppned. Hope everything gonna be fine. In Shaa Allah :*

01 April 2013

1st of April

Assalamualaikum :)
Rasanya nih kali pertama nak cerita pengalaman bekerja. Sepanjang bekerja nih tak pernah sekali pun aku ceritakan keadaan sebenar kat kedai. And yang paling penting tak pernah ada customer yg sangat + terlalu + over kurang ajar. Okay tipu sangat kan kalau takda customer macam tuh. Memang ada.. tapi aku tahan, kadang-II aku lawan balik walaupun customer yang dtg tuh semuanya lebih tua dari aku. Aku ingat lagi masa aku mula-II kerja kat kedai dulu. Masa tuh aku masih lagi aku yang dulu. Tapi sejak abg deen banyak cari pasal, aku dah start melawan and tinggikan suara. Tak kiralah kat siapa pun, sampai diorang cakap aku nih gengster sangat. Kadang-II ada customer yg buat bodo jee bila aku amek order, taktau laa diorg tak dengar suara aku ke ape. Then aku tinggikan suara. "Bang! Minum apa?!" Hahahaha pastuh mulalah diorang buat muka macam mintak kaki sambil cakap "garangnya..." Mana tak garang, orang tanya dia buat bodoh je kann. Orang pertama yang aku paling annoying dengan dia ada sorang abang yg tak berapa nak abang tuh, dia pakai spec, mak aiii sumpah benci gila tengok muka dia. 1st time nampak dia dtg kedai, I was like.... "apehal semua org kat kedai nih baik dgn dia?" and tau tak dia cakap ape? "yg nih nak aku amekkan gambar ke?" sambil tayang handphone baling anjing dia tuh. Then masa tuh aku masukkan air-II yg dia order tuh dalam plastik then dia cakap 'ohh ada kerja rupanya, aku ingatkan kerja kau dok tengok orang je.' weii f*ck laa brooook! Since that day, kalau dia datang aku tak pernah pandang muka dia, tak layan, senyum? sorry TAK LAYAK! But since mukcu datang, aku cerita semua kat mukcu pasal that annoying guy, sejak tuh aku dah macam... bole senyum, dia cakap layankan. Kau tengok bang.. aku balas habis-II lepas nih kalau kau bersuara. Abang tak abang. Hutang kau dengan aku tak settle. Hahahahahaha xD

Then ada abg-II yg slalu dtg pepagi group dorg pakai baju warna oren. Salah sorg tuh slalu main-II kan aku. Mula-II dia order lain pastuh bila aku dah tulis dia cakap "eh dik-II, tukarlah. Nak blablabla." Aku pun okaylah kan takpelah. Then dia selalu sgt mcm tuh.Aku ikut jeeee rentak dia. Layannnnn jee sampailah satu hari tuh dia tanya "dik-II rambutan tu bole makan tak?" sambil tunjuk buah rambutan kat meja sebelah. Then aku cakap "EH TAKLAH, TENGOK JEEE." Pastuh group tuh macam terkejut then dorg ketawa. Abg tuh cakap "wahhh adik ni dah pandai ea." Since that day, dorg macam suka kacau-II aku. Aku hantar makanan letak kat org lain, abg tuh cakap "dik, ni abg tu punyalah." Aku balas "ohh ykea?" pastuh aku tolak sikit pinggan tuh kedepan. Hhaha tak jauh mana, depan mata abg yg sama jugak. Dorg gelak jee. Then hantar air, dia cakap benda yg sama. Aku balas "takpe, nanti air tu jalan sendiri cari tuan dia." Lepas daripada hari tuh, kalau aku hantar makanan dgn air diorg sndiri yg akan cakap "TAKPE NANTI DIA JALAN SENDIRI." Then ada satu hari tuh aku tengah lap meja sebelah meja abg-II tuh, ada abg tuh panggil, "dik-II sini jap." aku cakap "nak ape?!" dia cakap "sinilah kejap. Aku dtg, tau dia cakap ape? "abg sbenarnya.. tak abg sbenarnya nak pergi kerja nih." Kwajaaa kann? Aku tgh pegang spray air sabun tuh, aku cakap kat dia "kau aku spray ni karang taulahhh." Hhaha. Pastuh satu hari tuh  ada sorg geng dia cakap kat abg deen yg hari tuh dia last dtg situ sbb dorg nak pindah mana eakkk... tiram kodd. entahlah. Hahaha since that day dah takde laaa muka-II dorg and dgr mulut kepoh dorg tuh. haha xD

Lain cerita pulak dgn abg-II yg suka mkn nasi ayam tuh. Satu hari tuh aku tgh bad mood, then dia order mcm main-II, aku cakap ''cepatlah!'' pastuh abg tuh terkejut then dia mcm nak ketawa pun ada. Aku pun macam dah nak tergelak sambil fikir "kenapa aku cakap macam tuh eak? nasib kau laa bang." hahaha. Sejak hari tuh kalau aku amek order dia mesti dia and kwn dia senyum + mcm nak tergelak pun ada. Hahha bongok gila. Satu hari tuh nasi ayam takda then dia pun ameklah nasi putih. Dia tengok aku pastuh dia cakap "gengster ea kau" sambil senyum-II. Aku balas "abestu tak kan nak lemah gemalai pulak?" Dia cakap "takdelah muka sopan jeee." Okay tiba-II aku terfikir "mungkin muka aku yg nampak MACAM sopan nih yg membuatkan ORANG BERANI PIJAK KEPALA AKU." Whatever. Dulu bolehlah. Lama aku tahan. Sekarang? SORRY. NO MORE SYMPATHY. Sekarang aku yg patut bersimpati kat diri sendiri and pertahankan diri aku sendiri bila aku sedar yang takda siapa pun mampu pertahankan aku selain diri aku. Lol
Hmm pastuh lama-II abg tuh mula berani mintak no bagai. Dia panggil aku pastuh dia cakap "nanti bawah cawan tuh letak no tel ea?" abg deen cakap "kau bagi jee no abg deen." ehhh malaslah aku nak melayan. Kang berlebihan pulak kannn. Tapi kann. Dia dah lama tak dtg kedai tau. Ritu aku ternampak dia kat kedai kak nora. Aku jeling-II jugak dia. Dalam hati cakap "knp dorg makan sana eak?" mungkin takda tempat dah kodd kat kedai aku sebab time tuh memang ramai! Amboi skema kann? kedai aku~ Hmm mungkin jugaklah sebab ramai.. Then tetibe dia dtg, dia tanya kak muni nasi ayam ada tak? pastuh tak nampak dah sampai sekarang. Dah tamat kontrak agaknya. Entahlah. Hhaah

Okay done pasal tuh, sekarang ni pulak, group abg yg ayien panggil rambut ekor tuh. Entahlah mula-II aku macam tak perasan tau dorg abg tuh, then satu hari tuh org memang tgh ramai. Kalau org ramai mmg akan ada yg tak dpt air bagai. Abg tuh ddok berdua dgn kwn dia kat meja kak nora, yg ramai-II tuh ddok satu meja sampai penuh satu  meja tuh dgn pinggan and cawan dorg. Aku tengok abg yg ddok dua org tuh takda air, eh. Tak tak tak! Cik nor yg cakap kat aku, dia cakap "dik-II abg yg dua org tuh minum ape? dia belum dpt air lagi." Aku pun pegilah kat abg dua org tuh then aku tanya "bang minum air ape ea?" dorg buat-II tesedak macam nak mintak kaki then cakap "tecekik dah ni dik. Milo ais dgn Teh o ais." Aku cakap "oh okay sorry ea?" then aku bagi dorg air kosong dulu, aku cakap "sorry... bawak bertenang ea.. nah minum air ni dulu." Okay since that day abg yg sorg tuh mcm lain macam -_____-
Satu hari tuh aku tgh ddok-II sambil msg org. Tetibe dia pandang, dia ckp "eh msg abg ea?" sambil dia cek hp dia. Aku cakap "eh, a'ah.. dapat tak msgnya?!" pastuh dia dtg dia cakap "nak no tak?" gila terkejut aku dibuatnya. Terus aku cakap "eh tanaklah!" Kelmarin kodd dia dtg then masa tuh aku tgh lap pinggan. Aku suruh abg deen yg amek order tapi abg deen mls. Abg deen amek pinggan tuh and amek kain terus dia buat kerja aku. Dia pandang abg tuh then abg tuh panggil. Abg deen ckp "haa tyn, abg tuh panggil kau." kwajaa kan? dah aku yg kena layan. Abg tuh tanya "knp tanak layan?" aku cakap 'eh takdelah, tgh lap pinggan kannnn" then dia cakap "ykea? ke merajuk?" "eh merajuk sebab ape pulak?" "sebab tak dpt no." whattafish menggg. Dah la ada kawan dia. Malu bole? kwajaaa kannn. Kawan dia dah senyum-II. Aku cakap ee takde maknanya. Pastuh aku tnyalah nak minum ap? okay dah order sume pastuh dia nyampuk, dia tanya "dik, nama sape? takkan nak panggil adik jee, nanti org lain perasan." aku cakap ''nak makan ap?" malas layan dia. haihh. Pastuh bole pulak buat muka kesian mintak kaki. Sorrylah~
Semalam bole pulak kak ina terpanggil nama aku depan dia, dah dia pandang-II aku sambil senyum-II. Kwajaa kannn. Aku tumbuk muka kau taulahhh.

Hmm hari nih! Choi membebel punya panjang last-II baru nak masuk tajuk sebenar kann... pagi tadi mmg ramai sangat customer sebab kak nora dgn cik jamaliah tak bukak. Then boleh pulak ada sorg pacik tua nih cari pasal dgn aku. Sumpah kali nih aku memang tak tahan dgn perangai customer nih. Eventhough dia dah biasa dtg situ, tapi kali ni aku memang tak boleh sabar. Okay nak dipendekkan cerita, dia dtg reramai. Dua org dari group dia dah order air, aku pun okaylah kan, pegi meja dorg amek order. Aku tanya "minum ap eak?" Dia cakap dah order dah, TA ke TOA ke whatever kann. Aku tanyalah "okay yg lain minum ap?" Dia cakap 'cepat sikit boleh tak?! Org nak pegi kerja nih! Bagi jelah semua air sama!" Bodoh mana aku tau semua nak air sama. Kalau cakap dari awal kan senang?! f*ck. Then bole dia bebel-II sambil cakap "cepat sikit boleh tak?! orang nak pegi kerja nih!." Tiap kali aku ulang alik hanta makanan, kutip pinggan, amek order tu  jelah yg dia ulang. Dalam hati cakap. "Org tua nih da knp? buta ke? ingat dia sorg yg aku nak layan?" okay takpe aku sabar. Memang aku diammmmmmmmmmm jee. Time tuh mmg dah menyirap habis dah. Memang dah tak terbatas. Gurau-II bagai dah takda, memang rasa nak tengking jee. Tapi bila ingatkan diri yg dia tuh TUA. So aku diammmmm jelah. Pastuh dia panggil lagi "dik! Ni mana makanan nih?! cepat sikit boleh tak? lembab betul buat kerja." MASALAHNYA DIA TAK NAMPAK KE AKU KE SANA SINI BUAT KERJA?! AKU BUKAN NAK LAYAN DIA SORG JE TAU! SABAR AKU MEMANG ADA LIMIT." Aku cakap kat kak muni dgn kak ina, cepat sikit buatkan makanan org tua tuh, kang dia membebel pulak! Pastuh dorg tanya "kenapa? pakcik tuh marah kau ke? dgr jee soalan SENSETIVE tuh aku terus bagi order kat dorg then terus pergi dapo lepaskan semua sakit hati yg aku tahan tuh. Sumpah aku tak dapat nak tahan lagi dah. Sebab sebelum nih kalau ada org macam tuh aku akan lawan balik sebab diorg ABANG. Memanglah abang pun lagi tua dari aku kann. Tapi aku masih boleh lawan sebab diorg punya marah masih ada senyum and ketawa bagai. At least aku takdalah stress sangat kan. Tapi pakcik nih.. MEMANG MELAMPAU! Nasib maklong cakap biar aku kat dapo dulu tenangkan fikiran, dia cakap "biasalah org ni kdg-II dia tak faham, dia fikir diri dia jee." Paklong cakap customer always right. Tapi kalau nak balas, nanti kalau dia dtg, tak pyh layan. Then kebetulan abg eddy sampai, them maklong cerita kat dia, maklong ckp "dia tak biasa..." ye mmg aku tak biasa! Dia nak marah-II aku pehal?! Bukan salah aku! Takkan dia tak boleh faham situasi masa tuh macam mana?! Memang tak boleh nak biadap dgn org tua. Okay aku tak biadap. Aku diamkan. Aku tahan. hmm pastuh abg eddy ckp "sabarlah dik, memang org ni kdg-II mcm tuh, kite kena sabar jeee." Adoyy aku memang lemah betul. Aku kalau boleh bila dah kena mcm tuh aku nak org diamkan jee sbb kalau org bersuara aku akan rasa lagi nak nangis. Kak muni dgn kak ina tanya kenapa pun aku cuma geleng-II kepala je sambil tgn buat kerja kat dapo tuh. Then kak muni pegi dapo, dia ckp "eh dah, pegi depan. akak dah halau dah pakcik tuh. dia dah takde dah." Memang time tuh aku dah tak peduli dgn org ramai kat depan. Bila dah okay, aku pegi depan. Then bila dah reda, aku ceritalah kat abg deen dgn kak ina, dorg semua motiveted aku, abg deen ckp dia dah 13tahun kodd macam nih, dah kenal mcm-II org. Okay dah mula nak nangis. Hhahaha xD
ehem then dia cakap, dgn org tua nih kite mmg tak boleh nak marah. Tapi kite boleh main ayat dgn dia. Okay lepas nih taulah aku nak buat apa. Biarlah org nak cakap apa, dorg semua tau aku macam mana. Nak main cara kasar kan? okay deal. Pedulilah org nak cakap apa. Org yg TAK KENAL AKU memang akan cakap aku ni sopan, pendiam, baik and blablabla. Tapi yg KENAL AKU diorg sendiri tau aku macam mana.

Ni tengah bercerita kat mukcu, mukcu cakap kalau dia, dia lawan je balik. Tak kiralahhh~ masalahnya tadi aku fikir yg dia tuh org tua je kan. ORANG TUA. Aku masih ada lagi rasa hormat kat dia. Lepas nih SORRY TO SAY MEMANG TAKLAH!!!!! HAHHH STRESSSS

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...