17 November 2014

Penyakit dan Penawar

Assalamualaikum.
Dah lama tak bercerita kat blog ni. Kali ni aku datang dengan cerita mengenai penyakit. Em lebih kuranglah. Aku nak share pasal ni sebab nak motivate diri sendiri. Harap orang faham apa yang aku cuba sampaikan. Kalau ada yang terbaca entry ni, moga dapat pengetahuan. InshaAllah.

Penyakit. Kalau cerita pasal penyakit, semua orang pernah sakit. Mungkin cuma jenis sakit tempoh sakit dan cara sakit tu sembuh yang membezakan tiap satunya. Aku terdengar satu ceramah mengenai penyakit kat salah satu siaran radio ni. Maaf sebab tak sempat nak tau siapa nama ustaz ni sebab tak dengar dari awal. Aku sharekan sedikit sebanyak apa yang ustaz tu sampaikan dengan cara olahan aku sendiri. Walaupun tak sama 100%, tapi harap ada pengisian. InshaAllah. Bismillahirrahmanirrahim...

Tidakkah sakit itu satu benda yang ditakuti? Ya, penyakit itu daripada tuhan. Apa tujuan penyakit diturunkan? Tujuan penyakit itu diturunkan adalah sebagai ujian kepada hambanya. Mengikut kajian yang dibuat di Amerika, kenapa orang islam ni kalau sakit dia cepat sembuh, kenapa? Itu sebab dia ada tempat untuk dia mengadu iaitu Allah. Orang kafir kalau sakit dia taktau nak mengadu kat siapa. Takda tempat bergantung. Bersyukur kita ada Allah.

Sebab apa tuhan bagi kita sakit? Sebab Allah SWT nak menggugurkan dosa dosa kecil kita. Ini disebut dalam hadis sahih,  tidak akan sakit anak adam itu kecuali Allah mahu menggugurkan dosa dosa dia walaupun dia terpijak duri sekalipun, sakit yang dia rasa sebab terpijak duri tu, boleh gugurkan dosa dia. Sebab apa orang yang sakit kanser bertahun tu bila meninggal muka dia bersih? Itu sebab Allah dah cuci dosa dosa dia masa dia kat bumi lagi, tak dan nak masuk akhirat dosa dosa tu. Itu kifarah daripada sakit yg dia tanggung.

Seterusnya, persoalan kenapa kita sakit? Kenapa? Ini adalah kerana tuhan tu nak menyatakan bahwa kita ini makhluk. Kita bukan tuhan. Firaun sekalipun sakit. Raja ke, PM ke sapa ke, semua demam, paling kurang batuk paling kurang selsema. Sakit latu walau cuma batuk dan selsema pun. Kalau ditanyakan manusia itu, selesa ataupun tidak kamu sakit, takda seorang pun yang jawab, selesa. Semua menjawab tidak selesa sakit. Maka, apabila tidak selesa kita sakit ini, maka kita akan ingat, Allah.. aku ni makhluk. Duit banyak pun tak boleh nak elak sakit datang. Sakit itu pasti akan datang. Seterusnya kita kena ingat jugak, bahawa sakit itu adalah merupakan satu alat untuk mendekatkan kita dengan Allah SWT. Apabila kita sakit, takda orang lain boleh menyembuhkan kita kecuali Allah.

Apabila kita sakit, ketahuilah bahwa kita akan didatangi oleh satu iblis yang bernama thabar (tak pasti ejaan). Siapa sakit sekalipun, iblis ni akan sentiasa psiko kita supaya salahkan takdir Allah. Supaya kita kufur pada Allah dengan ujian yang Allah SWT beri kepada kita. Kita wajib redha dengan penyakit yang ada pada kita. Antibiotik Allah tu hebat. Antibiotik yang dimaksudkan ni adalah ayat ayat al-quran. Kalau dikaji dengan mendalam, dalam al-quran ni ada cerita mengenai sakit kanser. Kata ulama, Nabi Ayub adalah penghidap kanser yang pertama.

Nabi Ayub ni, tuhan uji dia dengan kekayaan. Tapi iblis tak boleh terima hakikat Nabi Ayub makin kaya makin lama sujud pada Allah. Makin kaya Nabi Ayub, makin tunggu waktu sembahyang. Kemudiannya iblis naik jumpa Allah. "Ya Allah ya tuhan ku, hambamu yang bernama Ayub ni ibadatnya hebat. Makin kaya-Mu bagi rezeki, manusia lain aku tengok makin jauh dari-Mu Ya Allah. Tapi Nabi Ayub ni makin kaya makin dekat kepada-Mu. Ya Allah, hari ni aku naik dengan rombongan aku ini, nak minta izin dengan-Mu Ya Allah, aku nak uji Nabi Ayub."

Lalu tuhan kata, "Kamu tak boleh uji Ayub, iblis. Ayub ni hambaku yang cukup istimewa, takkan tumbang dengan ujianmu."

Maka iblis kata "Ya Allah berilah peluang kepadaku."

Lalu, tuhan bagi kepada iblis. Apabila tuhan bagi kepada iblis, yang pertama sekali iblis uji, harta Nabi Ayub yang banyak habis musnah. Tanaman hancur, binatang ternakannya mati. Anak-anaknya yang ramai itu mati, justeru itu, Nabi Ayub semakin kuat berzikir kepada Allah SWT. Maka gagallah iblis.

Apabila iblis gagal, dia naik jumpa Allah untuk kali kedua. "Ya Allah ya tuhanku, betul kata-Mu Ya Allah, Nabi Ayub ini kebal cintanya kepada-Mu. Tapi ingat Ya Allah, bagi ke aku lagi satu peluang."

Ujian kedua ni berat bagi Nabi Ayub dimana Nabi Ayub satu hari dia berdoa, "Ya Allah ya tuhanku, iblis dah masuk dalam tubuh aku, membolosi tubuh aku, buat penyakit kanser. Buat pelbagai penyakit."

Maka disini mendalilkan kepada kita, iblis boleh masuk ke dalam tubuh sesiapa saja buat penyakit.
Maka sakitlah Nabi Ayub. Tafsir kurtubi kata Nabi Ayub sakit 40 tahun. Kita sakit 4 hari pun dah merungut. Nabi Ayub 40 tahun sakit dan hebatnya sakit Nabi Ayub ni ketika mana dia sujud lama.... mengadap Allah SWT, malaikat menyaksikan lamanya Nabi Ayub sujud, lalu keluar ulat ikut celah celah serbannya, jatuh ke atas sejadah. Kita sakit ada sampai keluar ulat? Allahu. Melihatkan ulat ulat yang jatuh di atas sejadah, malaikat berkata "aku nak tunggu peluang keemasan ini, aku nak tengok Nabi Ayub nak buat apa dengan ulat ni."

Lalu, sesudah sembahyang, Nabi Ayub tak pegang tasbih, Nabi Ayub tak berzikir. Benda pertama sekali yang dia buat, ambik ulat yang keluar tadi, sumbat masuk dalam serban dia. Malaikat kata "Hei Ayub! Tidakkah ulat itu penyakit? Kenapa kau ambil ulat itu dan letakkan dikepala kau semula?"

Nabi Ayub kata, "Hei malaikat, kamu tahu tak ulat ni segar bugar hidup dia, makanan dia dalam kepala aku." Bayangkan betapa istimewanya jawapan Nabi Ayub. Sambungnya lagi, "jika ulat ni mati kelaparan atas sejadah ni, dia dakwa depan Allah, sebab dia mati tak dapat makanan dalam kepala aku, disebabkan seekor ulat ni aku tak boleh masuk syurga Allah."

Itu cerita 5000 tahun yang lalu. Kita tengok hari ni, bagaimana hospital guna balik ulat, gunakan untuk terapi. Itu semua Nabi Ayub yang ajar 5000 tahun dahulu. Tapi nama Nabi Ayub dah tenggelam. Yang naik nama orang putih. Indah kan perubatan islam?

Seterusnya rombongan malaikat naik jumpa Allah. Malaikat kata, "Ya Allah ya tuhanku, hamba-Mu yang bernama Ayub di langit dunia itu sakit hebat, sujud keluar ulat."

Lalu tuhan jawab kat malaikat. "Hei malaikat, aku bukan mengujimu, aku menguji Ayub. Tidakkah kamu tahu, 40 tahun aku menguji Ayub dengan penyakit kanser itu, sepatah pun dia tak pernah minta kepadaku bahkan dia memuji aku setiap hari. Beritahu Nabi Ayub, supaya dia berdoa sepatah, aku guna kun fayakun."

Malaikat pun turun berduyun duyun memberitahu Nabi Ayub. "Hei Ayub, aku telah menghadap bagi pihak kamu kepada Allah dan tuhan berjanji mahu menyembuhkan penyakit kamu dengan syarat kamu berdoa sepatah sebab 40 tahun kamu sakit, kamu tak pernah minta doa."

Lalu Nabi Ayub angkat tangan, malaikat gembira kerana Nabi Ayub mahu berdoa. Tetapi Nabi Ayub kata "Ya Allah ya tuhanku, aku telah ditimpa penyakit."

Lalu malaikat berkata, "Itu bukan mahu meminta, itu mahu mengadu lagi. Minta lagi, Ayub."

Malaikat suruh minta "Ya Allah sembuhkan penyakit Nabi Ayub aku."

Tetapi kata Nabi Ayub, "Engkau la Ya Allah, yang maha mengasihani daripada segala yang mengasihani." Allahu.

Malaikat kecewa. Nabi Ayub tetap tidak meminta doa. Rupa rupanya Nabi Ayub minta dengan cara memuji Allah SWT. Nabi kata kalau kamu ziarah orang sakit, kerja kamu adalah untuk memberi padanya harapan.

Sebab apa perubatan islam ni indah? Sebab kita berubat menggunakan wahyu Allah. Apa itu wahyu Allah? Ayat ayat suci Al-Quran. Apabila ditanya pasal doa, doa mana yang boleh menyembuhkan penyakit? doa mana yang boleh menghindarkan penyakit? Kita kanser ni pun ada sebab dia. Semua yang terjadi di muka dunia ni bersebab dan musabab.

Kita kena ingat, doa yang paling hebat ialah ayat quran yang dibuat zikir. Zikir yang paling hebat adalah zikir ketika mana Nabi Yunus di dalam perut ikan nun. Rupa rupanya zikir ni kata ulama, zikir ini boleh terapi jiwa kita daripada antibiotik segala penyakit.

Tapi kita tengok cerita Nabi Yunus ditelan ikan nun, akal kita tak boleh terima. Bagaimana kita nak terima cerita yang tuhan cerita dalam quran, kalau fikir dengan akal, tak logik. Nabi Yunus ditelan ikan nun, Nabi Ibrahim dicampak dalam api tak terbakar. Boleh terima tak akal manusia? Nabi Musa belah laut dengan tongkat, nak fikir macam mana? Jadi cerita Nabi Yunus ditelan oleh ikan nun, yang mana apabila Nabi Yunus ditelan ikan nun itu, Nabi Yunus mengalami 3 kegelapan. Kegelapan pertama yang Nabi Yunus hadapi ialah kegelapan alam ini. Yang kedua, kegelapan di dasar lautan. Dan yang ketiga, kegelapan berada dalam perut ikan selama 40 hari. Tuhan sebut dalam quran, "kalaulah Yunus itu tidak berzikir dalam perut ikan tu maka Nabi Yunus takkan keluar daripada perut ikan. Tetapi sebab zikir Nabi Yunus, ikan tu muntah di tepi laut, seumpama penyakit tu akan muntah daripada tubuh kita."

Bacalah "bismillahirrahmanirrahim.. lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin"

Hebat. Zikir daripada ayat quran. Ingat, zikir Nabi Yunus boleh membebaskan manusia daripada segala belenggu. Nabi Yunus dalam perut ikan, ikan boleh muntah. Inikan pula penyakit dalam tubuh kita. Jadi benda benda seumpama ini, orang yang beriman saja boleh boleh berjaya. Sebab apa? Sebab orang yang beriman ni dia sembahyang, dia yakin pada benda benda ghaib. Jadi, selamat mengamalkan zikir tersebut. Kerana zikir tersebut boleh jadi pencegah dan penawar kepada segala penyakit. InshaAllah. Tak turun sesuatu penyakit kecuali ada bersama dia ubat. Itu islam kata. Subhanallah.

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...