13 February 2016

5 Days 4 Night in Bandung

Assalamualaikum. Entry kali ni nak cerita pasal kenangan masa bercuti kat Bandung hari tu. Esok lusa boleh baca balik, boleh rindu balik. Boleh nangis balik. Kan? Hihi okay.

P/s: aku kalau update new entry suka masukkan music sekali. Biar ada feel bila aku baca balik. Tapi entry ni panjang sangat. Lagu dah habis, cerita masih panjang. Rajin2lah dengar music tu sekali ea ea. Kalau dah habis rajin2lah ulang balik. Hewhew. Oh jangan risau. Music tak auto, so siapa tak suka dengar music takda masalah. Alright!

Sabtu lepas, 060216- Pukul 8 pagi dah keluar pergi airport Senai. Kena keluar awal sebab orang hantarkan. Flight pukul 10 lebih. Then mereputlah sementara tunggu family kawan abah sampai. Perjalanan dari Senai International Airport JB ke Husein Sastranegara International Airport, Bandung adalah dalam 1 jam 55 minit macam tu. (Nama airport dia buat aku teruja.) Sampai sana dah ada yang jemput kami. Aku tak jangka pun pemandu pelancong kami tu macam mana orangnya, sebab biasanya pemandu pelancong mesti nampak macam pak cik dah berumur. Tapi ni macam abang2. Lol. Eh bukan aku cakap yang kalau namanya pemandu pelancong tu mesti tua2, tapi ni daripada pov aku sendiri la sebab selalu dapat pemandu pelancong yang boleh panggil dia pak cik. Hahaha k.




Ok then untuk lunch kitorang makan dekat Restoran Masakan Padang or something like that la lebih kurang. Aku pun tak ingat nama tempat dia. Okaylah lauk dia semua. Aku bukannya jenis makan banyak pun.




Lepas makan, singgah cuci mata pulak dekat Rumah Mode Factory Outlet. Cuci mata la sebab tak shopping apa pun. Hahaha. Tempat dia cantik. Dia nak kata macam JPO, aku pulak tak pernah pergi JPO. Tapi macam lebih kurang la agaknya. Kalau salah maaflah ya. Hahaha. Aku rasa siapa yang pergi sini mesti akan snap gambar Dewi Saraswati ni. Aku rasa jelah. 

Dah puas cuci mata kat sini, kitorang pergi cuci mata kat Toko Tiga pulak. Takda gambar sebab masa tu ramai orang dan aku rasa rimas nak keluarkan handphone untuk snap view sana sini. Sayang jugalah takda gambar tapi takpa. Kat Toko Tiga ni banyak jual T-Shirt dan jeans yang kira branded la gitu. Kedai dia kat kaki lima ja and jalan situ memang sesak dengan kenderaan. Oh, kalau kau datang KL kena jadi gangster bila drive, kat Bandung ni kau kena jadi double triple gangster. Tengah2 sesak tu pun boleh selamba buat u-turn. Daebak Agus. Hahahahaah. Eh tapi respect la orang kat sana. Diorang tak gaduh bila atas jalan. Semua boleh bertolak ansur. Memang kebanyakannya akan ada orang yang tolong tiap kali nak masuk dan keluar parking. Kat sana memang kau akan dengar banyak bunyi hon. Tapi bukan sebab marah. Hon tu digunakan untuk kenderaan atau orang lalu lalang alert. Kalau dengar hon yang panjang tu, hah itu baru marah. Tapi bak kata Agus, "anggap saja itu hon baru, dia mau coba2." Hahaha k.




Tak ingat nama kedai ni. Tapi kalau kat Malaysia ni kira macam Jakel la agaknya. Datang sini pun cuci mata je dulu. Hihihi


Tadaaaa! Malamnya kami makan kat sini. Restoran Sangkuriang. Oh aku baru perasan ada Khas Sunda tu. Lol. Makanan dia sedap! Tak menyesallah dengan makanan yang dipesan. Semuanya memuaskan. Masa ni dah start hujan so.. yeah sejuk. Kat sana cuaca siang dia panas tapi tak terik. Masih ada rasa sejuk. Malam.. biasa je kot. Hahaha

Okay then sampai sini dulu la aku cerita. Esok2 aku sambung lagi. Nak pergi fikir dulu ayat karangan untuk hari seterusnya. Adios!

Sebelum aku sambung cerita untuk hari kedua kat Bandung, subuh tadi baru dapat berita kawan abah yang tolong hantar dan amek kami kat airport dah meninggal. Terkejut sangat. Baru Khamis lepas jumpa, Ahad dapat tau dia dah takda :'( mohon sedekahkan Al-Fatihah..

070216- Untuk hari kedua, kami kena keluar awal untuk pergi ke Kawah Putih. Pukul 5 pagi waktu Indonesia kami dah keluar. 


Singgah dulu kat ladang teh. Seeeeejukkk sangat! Masa ni baru pukul 7 lebih macam tu. 

Lepas dah puas bergambar kat sini, perjalanan diteruskan ke destinasi utama yang nak dituju.. tak ingat pulak berapa lama masa dari ladang teh ni nak ke Kawah Putih tu. Bila dah sampai sana.. tempat dia lagiii sejuk daripada ladang teh tadi. Pagi-pagi dah ramai orang weh. 


Masa nak turun ni je dah teruja tengok pemandangan kat bawah tu. MashaAllah cantiknya! Air dia warna biru. Latar belakang gunung ganang. Cantik sangat! Aku malas nak edit gambar so terima jelah apa adanya. Hewhew

Tempat ni kalau kau nak pergi, kena pakai mask. Sebab.. kena pakailah. Hahaha. Tapi aku pakai sekejap je sebab nak bergambar takmaulah ada mask kan. Ehew. Cuma tulah, tak sampai berapa minit tak pakai mask dah terbatuk-batuk semuanya. Dia punya bau kat situ, bau macam menyesakkan dada. Taktau la aku nak gambarkan macam mana. Haa lagi satu, seeloknya beli la mask tu kat farmasi ataupun kat sana apotek diorang panggil. Sebab kalau beli kat kawasan Kawah Putih tu, memang mahal. Kitorang ni pun sebab si Agus tu yang bagitau dan belikan. Kalau tak, rugilah sebab kena beli yang mahal padahal sama je kan masknya. Kalau ada sendiri punya lagi bagus. Cuma janganlah pulak kau berlagak tunjuk kat orang yang jual mask tu yang kau dah ada mask sendiri. Kecewa dia nanti. Dia nak berniaga juga. Tapi itulah kalau boleh dapat yang murah dan free kenapa nak kena beli yang mahal. Hihi. Si Agus tu kata lagi cerita Heart tu diaorang berlakon kat Kawah Putih ni hah. Tapi air dia dah sikit dan sampan yang diaorang guna untuk berlakon tu pun dah takda. Aku tak ingat pulak ada scene tu yelah dulu tengok cerita tu pandang hero dengan heroin dia ja. Mana kisah tempat dia berlakon bagai. Hahaha 

Dah puas bergambar teruja mengujakan apa bagai, kami dapat air ni! 


Teka air apa?

Mula-mula Agus kata nak belikan jus strawberry tapi sebab kami awal sangat, strawberrynya belum ada. Jadi kami dibagi 2 pilihan, nak jus tomat atau jus halia. Dah sah-sah la nak jus tomat kan. Hahaha. Eh laa kalau menaip guna laptop ni boleh guna emoji senyum sampai keluar air mata tu kan bagus. Emoji fav kot. Janggal pula menaip tanpa emoji ni. Lol. Okay sambung, dah dapat jus, plan nak pergi petik strawberry sebab tak dapat jus strawberry. Last-last... ladang strawberry tu semuanya dah ada yang booking. So takpelah. Singgah makan dulu kat 


Saung Gawir.

Otak-otak ikan tenggiri dia sedap! Then Agus cadangkan makan nasi liwet. Sumpah sedap! Makanan kat sini kira paling best la. Tempat pun best. Ada muzik yang menenangkan. Tak pasti muzik apa. Lepas tu tempat dia sejuk.. boleh nampak tanaman. Latar belakang gunung. Macam kat Cameron la lebih tak kurang.


Tadaaa! Inilah nasi liwet. Kalau datang sini order ni weh. Tak akan menyesal. Dia punya nasi macam nasi lemak. Tapi who cares about nasi lemak? Kita sekarang tengah cakap pasal nasi liwet. Kau sebut tu biar elok sikit ea. Haa

Dah kenyang makan si Agus bawak kami pergi shopping kain. Jauh juga perjalanan rasanya. Tempat dia macam kat kawasan perumahan taman. Tapi semua tu tempat jual baju, kain, telekung and so on yang melibatkan kain. Kami beli kain untuk baju raya siap suruh dia jahit lagi. Nanti dia hantarkan kain tu kat hotel. Which is, dah hantar dah pun la sebab aku sekarang pun dah kat Malaysia. Hahah k. 5 pasang dalam RM400+ duit Malaysia. Boleh bayar pakai duit Malaysia juga kat sana. Tapi tak semua kedailah. Cuma kebanyakannya memang boleh.

Lepas shopping kain pergi mana entah tak ingat. Masa tu dah pukul 6 lebih dah gelap dan hujan renyai-renyai. Jalan pun penuh sesak dengan kenderaan so aku malas nak melilau sangat mata ni. Tapi tempat shopping lagi la yang pastinya. Dah puas shopping, pergi makan pulak dekat Kedai Belacan Indonesian Cusion. Tempat makan yang ni pun best. Mee godok dia sedap! Selama ni kalau kat sekolah aku bahasakan hotdog tu godok, tak tau pulak memang wujud makanan nama godok. Teruja pulak. Hahahah. Godok k bukan kodok. Jangan risau. Takda gambar kat sini sebab aku sibuk rakam abang kat bawah menyanyi sambil makcik orang putih menari poco-poco. Happening kedai makan dia. Oh kalau ada gambar pun mungkin kat handphone orang lain.

Dah kenyang makan, semua balik hotel dan rehat sebelum esoknya sambung berjalan. So cerita hari ketiga kat Bandung sambung esoklah ya? Hihi adios!

080216- So this is a third story for a third day in Bandung. Hari ni kami keluar lambat sikit daripada hari yang sebelumnya. 


Destinasi pertama, Pasar Baru.

Kat sini memang ramai sangat orang. Memang kalau datang sini, beg apa semua tak boleh letak kat belakang. Kena bawak kat depan. Kena betul-betul jaga sebab memang akan ada kes kecurian. Orang yang minta sedekah kat sini pun ramai sangat. Jangan bagi diorang duit sebab ramai. Kau confirm akan kena serbu punya bila kau dah hulur kat sorang. Tapi kalau nak hulur juga terpulanglah. Kat sini akan ada orang yang guide group kau. Kami punya guider (eh betul ke guider?) masa tu.. emm apa ea nama dia.. Gugun, Gungun, or something like that la. Even tempat ni penuh sesak dengan orang ramai, tapi pekerja dia semua ramah. Dia buat kita betul-betul macam tetamu. Masuk je kedai tu diorang akan carikan kerusi kalau nampak kita berdiri. Mesti akan suruh duduk. Ada juga kedai yang sediakan sofa. Siap hidangkan air lagi. MashaAllah rasa macam orang penting. Kahkah! Okay memang penting la sebab nak tarik kita beli barang dia :')

Situasi dia macam.. kau satu family duduk kat atas sofa, pekerja dia semua keluarkan kain yang kau berkenan nak tengok. Dan kau hanya duduk sambil tunjuk dan tengok-tengok dan minum bila dahaga sampailah ada kain yang kau berkenan nak bawak balik ke Malaysia ni hah. Kain dia semua murah-murah! Berbaloi la kalau beli. Pasar Baru ni besar sangat. Ada berapa tingkat entah, kami tak pergi pula semua tingkat. Tak sanggup. Oh respect sangat kat Gugun/Gungun (atau mungkin dua2 nama ni salah) sebab semua barang yang kami beli dia yang bawakkan. Dia tak akan bagi kita bawak sendiri. Banyak kot! Sampai keluar urat-urat tangan. Tapi dia kata tak apa. Dush. Nak tolong tak bagi. Semoga murah rezeki la kerja kat situ. Aku masih ingat lagi muka dia. Harap dapat ingat selamanya la sebab mana ada sempat nak bergambar dengan dia bagai kat tempat sesak macam tu :')

Dah puas cuci mata, kami makan di Ayam Penyet Surabaya pula. Tapi kat Bandung la bukan Surabaya. Hahah. Nasi dia sedap! Beza la dengan yang kat Malaysia punya. Dah kenyang makan Agus bawak kami kat kedai Putra Snack Oleh-Oleh Khas Bandung. Ni kedai makanan yang kau boleh rasa-rasa sebelum beli atau sekadar nak rasa. Bak kata Agus, "kita rasa-rasa, udah kenyang keluar." Hahaha! Haa sedap weh kerepek pisang dia! Dia bukan macam kerepek pisang Malaysia. Dia macam.. pisang goreng yang dikerepekkan. Bahasa apa aku guna ni? Haahahah. Hah nanti gambar boleh tengok kat instagram aku. Search je fatynfauzie nanti jumpalah. Sebab sekarang ni gambar kerepek tu belum ada nak share. Nantilah aku snap gambarnya.


Inilah kedainya! Dari kiri, Agus yang bawak kami ke sana ke sini dari pagi sampai malam. Mak, adik no.2, adik last, aku. 

Dah puas rasa dan shopping makanan kat sini, kami jalan la kat sekitar kawasan ni. Macam biasa, jalan sangat sesak so kena sentiasa berhati-hati.



Inilah situasinya. Hewhew

Dah puas berjalan sampai takda arah tujuan, kami pun balik ke hotel. Aku keliru sebenarnya nak tulis entry ni guna ayat macam dalam buku atau ayat cincai macam biasa aku guna. So aku campur jelah. Nampak tak pendirian tu goyah? Kahkah


This is our place masa kat sana. Galeri Ciumbuleuit Hotel & Apartment. Sebut dia.. em, cium-bu-leu-uit. Kot. Sebut jelah macam mana yang kau nak. Apa berbelit betei nama hotel dia. Hahaha

Tempat dia best gila. View dari rumah, bilik sangat cantik! Pemandangan yang tak mendatar. Dia macam bukit then kat hujung ada gunung-gunung. Cantik! Family aku duduk kat tingkat 19 masa tu. Kau kiralah sendiri. Hahaha. Hah dari tulisan tu dah kira tingkat 5. Kat situ ada swimming pool, gym, snooker, eh ada ke? Hah apa segala bagai la ada kat situ. Petangnya kami mandi gak kat kolam tu tapi sekejap je sebab sejuk gila belum masuk air dah gigil-gigil. Pastu hujan pulak mula turun renyai-renyai. Lagilah sejuk! Tapi merasa jugalah. Hahaha.

Malam tu kami makan bakso. Okay ni kira makan malam paling bersejarah untuk adik 2 orang tu sebab masa nak pergi diorang tidur. Dah sampai pun diorang tidur. Kami makan tak kejut diorang, then yang diorang tau, diorang sedar je dah ada kat hotel balik *emoji senyum keluar air mata* 


Hah amekaw bakso dia. But sorry not sorry, I'm not into bakso. Tak reti la nak makan bakso :'/

Yosh! The end cerita untuk hari ketiga jalan-jalan di Bandung. Sambung esok untuk hari ke-4. Adios!

Holla gais, sebelum aku sambung cerita untuk hari yang ke-4 ni.. aku nak tunjuk gambar kerepek pisang yang aku cakap tu. Sebabnya aku taknak ganggu gambar2 yang aku dah throwback elok kat instagram tu. Aku throwback ikut hari dengan masa kot.. kahkah!


Tadaa! Ni la dia ghopenya. Lagi sedap kalau makan panas-panas weh. Original punya paling sedap. Yang dalam gambar ni cheese. Ada tak jual mende ni kat sini? Kalau ada nak cari. Aku tak pernah jumpa kat sini. Kecian..

090216- Okay untuk cerita hari ke-4, kami keluar dalam pukul 10 waktu Malaysia. Kat sana lewat sejam. So kat sana pukul 9 la. Destinasi pertama, Floating Market. Memang awal kami sampai sebab belum bukak lagi masa tu. Tunggu sekejap dalam 10 ke 15 minit lepas tu dah boleh serbu. 


Behind the scene ni sebenarnya banyak kamera yang fokus kat kami. Retiss sangat. Kahkah!

Tempat dia banyak spot cantik untuk bergambar. Bestlah. Boleh tahan lama juga kami kat sini sebab datang awal kan, so peniaga pun baru get ready apa bagai. Jalan sana sini dalam kawasan tu. Tengok itu ini, tanya itu ini, Banyak nama makanan yang tak pernah dengar. Yang aku ingat satu ni je, Batagor. Which is stand for bakso tahu goreng. 


Macam ni la keadaannya. Penjual duk atas sampan. Em ke apa tu? Takkan bot pulak.

Hah penjual semua kat situ, dia masak pun kat situ apa bagai. Orang ramai boleh beli dan makan dekat food court berdepan dengan kedai-kedai makanan tu. Kalau kau nak berkayak sambil membeli pun boleh juga. Aku berkayak dengan mak, abah. Tapi sekadar tu jelah. Tak kuasa aku nak singgah beli apa-apa. Baik aku jalan dan pilih sendiri lagi puas. Maksud aku jalan la pakai kaki bukan berkayak. Tapi terpulanglah pada korang kalau nak cuba kan. Hahahah. Kat sini semua kena pakai coin. Kau kena tukar duit dengan coin. Taktau la kot ada yang terima duit sebab aku beli semua memang pakai coin. Eh bukan aku beli, abah yang beli. Hahah k.

Dah puas jalan dan dah kenyang makan kat sini, kami pergi De' Ranch pulak. Kat sini tempat untuk siapa yang nak tunggang kuda. 


Jauh jugalah kuda ni bawak kau pusing. Ni tempat penamat dia.

Kami pergi sini sebab adik yang kecik tu nak sangat naik kuda. Masa dia sampai je kat penamat ni senyum-senyum suka dia. Hahaha. Tapi takda pulak gambar dia yang cantik macam ni. Ada tapi kat kamera orang lain. Ni budak mana entah aku tak kenal. Lol

Lepas daripada De' Ranch ni kami pergi tengok macam mana proses kopi luwak dibuat. Haa ada yang kata kopi ni haram kan? Kat sana semua penjelasan dan keterangan akan diberitahu. So yeah, it's HALAL. Takda sebab untuk dia jatuh haram. Kalau nak tau pergilah sana. Kakaka. Oh tak, aku cuma boleh simpulkan, kalau kopi luwak ni haram kenapa telur ayam tak haram? Hehe. Tapi tulah, aku tak suka rasa dia. Minum hujung-hujung lidah je. Tak sanggup nak minum banyak.


Ni yang original. Orang tu cakap boleh tambah air lagi. Kira boleh jadi 2 cawan la. Cawan kecik cenonet ni pun aku tak sanggup nak minum. Hahah.

Balik dari sini ingat nak singgah petik strawberry memandangkan hari ke-2 punya plan tu dah cancel. Tapi.... hujan pulak turun dengan lebatnya.. so batal lagi. Bye Indonesian strawberry. Tak dapat nak merasa. Dah hujan, balik hotel je la rehat. Malam tu makan kat ayam penyet lagi sebelum jalan-jalan tengok lukisan.


Lukisan dia semuaaaaa cantik-cantik! Rileks je dia susun kat kaki lima.

Masa ni hujan renyai-renyai jugak tapi redah jelah. Oh masa tengah sibuk snap gambar ni semua ada sorang budak perempuan kecik muncul, nak kata dia minta sedekah takda nampak pulak dia pegang bekas ke apa. Dia diam je tengok-tengok so aku abaikan jelah. Mungkin anak jalanan kat situ. Then masa nak balik tu Agus bukak cerita yang budak tu sebenarnya nak kena jual dengan bapak dia. Mak dia dah lama meninggal. Bapaknya kata penat nak jaga budak tu. Satu van terdiam. Aku pun macam.. betul ke ni? Jual anak? Selamba macam tu je cakap? Betul ke ni? Entah apa jadi kat budak tu sekarang. Harap baik-baik jelah.

Dah sampai hotel rehat-rehat sekejap tak lama tu dapat berita kematian. Minta sedekahkan al-fatihah untuk nenek kawan abah yang join trip dengan kami. Semoga sentiasa dipeluk Tuhan tak kira waktu. Amin.

Habis untuk cerita hari ke-4. Sambung esok untuk hari terakhir di kota Bandung sebelum terbang balik ke Malaysia. Adios!

100216- Oh holla! Jom sambung cerita untuk hari ke-5 bercuti di Bandung. Hari ni, disebabkan family yang sorang lagi baru terima bad news so diorang decide untuk tak pergi mana-mana and stay kat hotel je. Rasa macam aneh bila tiba-tiba 6 orang je yang berjalan termasuk Agus. Tapi pagi sebelum keluar tu, tiba-tiba diorang ubah plan. Diorang suruh tinggalkan diorang kat Masjid Raya Agung Bandung. Nak tunggu tapi diorang tak bagi. Diorang kata tinggalkan dulu diorang kat situ. Then semua macam serba salah nak pergi jalan terutamanya si Agus la :')


Inilah masjidnya. Masjid terbesar di kota Bandung. Sebelum ni lalu je. Ramai orang yang datang kat sini. Masa ni baru pukul 10:59 pagi waktu sana.

Lepas tu dengan rasa serba salah dan berat hati kami berenam tinggalkan family diorang kat sini and follow plan yang dah dibuat malam tadi. Cadangnya nak ke Stone Garden Geopark. Tempat dia cantik la tengok kat google. Si Agus pun tak pernah pergi. Kawan dia yang suggest. Inilah perjalanan pertama yang kena lalu ikut highway siap ada tol bagai. Then dah sampai kat kawasan yang sepatutunya dengan berpandukan google maps, tanya orang sana semuanya tak tau tempat tu kat mana. Lepas tu rasa lost. Terus ubah plan pergi air terjun je. 


Sebelum pergi air terjun kami singgah makan dulu. Perjalanan jauh. Lapau hawau. 

See, ayam kat sana takda yang gemok. Semua cikeding macam tu. Hahaha oh petai sekor. Sekor sebab macam sekorlah. Kakaka. Tu petai goreng. Tak cukup weh satu, order lagi satu. Tak masuk petai yang ada dalam sambal udang lagi. Sedapnyahhh! Taktau la nama tempat ni, lapar sangat tak sempat nak amek tau. Tapi dia deret-deret air terjun tulah. Ingatkan jauh sangat rupanya.. cis!

Dah kenyang makan, kami pergi ke Rainbow Waterfall. Cantik tempat dia. Tapi kat atas tu banyak monyet. Takut. Lol


Inilah tempatnya.

Tak dapat naik bukit-bukit kat stone garden nak panjat balik tangga ni pun semput. Lagi semput aku rasa kalau nak dibandingkan dengan stone garden tu sebab nak sampai ke bawah kat air terjun tu beratus-ratus anak tangga kau kena hadap. Nampak tempat orang lepak tu? Itu stage kedua dari atas. Dari situ je untuk turun ke bawah ada lagi 


:')

Aku adik beradik turun kejap kat bawah sikit, sebab nak amek gambar. Masa nak naik tuh peh bencinta! Penat nak matayy. Sampai atas semua senyap tak cukup nafas. Penat gila. Tu kalau turun sampai bawah petang la baru balik jawabnya. Semput kot kalau naik tak stop-stop dulu. 

Balik dari sini ikut jalan dekat sikit. Lalu Kampung Gajah, Kampung Daun, cantik pemandangan kat sana. Then amek diorang kat masjid lepas tu singgah Rumah Tas beli beg. Sebabnya esok nak balik dan beg lebih memang diperlukan. Kat situ banyak beg cantik-cantik! Tapi aku tak beli apa pun sebab sebelum-sebelumnya dah ada beli beg. Cuci mata jolah.

Malam tu makan kat Sajian Sunda Sambara, Bandung. Ni tempat makan paling aneh pernah aku pergi sepanjang kat sana. Tak best tempat dia. Tapi sebab masa tu family lagi satu punya another family yang tengah bercuti kat sana datang join makan malam so diorang punya driver yang decide makan kat situ. Cis tak best! Tapi habis jugalah nasi 3 pinggan yang dikongsi 5 orang. Tempat dia pun nampak macam high class. Masa tu pun kami jelah yang ada kat situ. Family sebelah semua tak berselera makan kat situ, tak kenyang pun diorang. 

Oh fyi, kat sini memang kebanyakannya orang Sunda. Sebab tu hampir semua tempat makan yang kami pergi mesti ada perkataan Sunda tu. Si Agus tu pun bila berbual dengan orang sana dia guna bahasa Sunda. Unik betul bila dengar dia berbual dalam bahasa tu. Jangan sampai aku tambah dictionary aku belajar bahasa Sunda pulak. Hahahahah! So yeah, this is the end of our story sepanjang bercuti di Bandung. 

Esok ada lagi, sikitttt lagi. Sengaja tak nak habiskan hari ni sebab nak stick dengan hari yang sama macam minggu lepas walau beza tarikh :')

110215- So yeah this the final part of my story. And.. part paling sedih of course. Pukul 8 pagi waktu Indonesia kami dah gerak ke airport. Sebelum gerak tu sempatlah bergambar ramai-ramai untuk kali terakhir sebelum berpisah. Oh k dah mula nak sedih. Hahahaha!


:')

Tak sanggupnya nak teruskan cerita. Hahahah. Okay masa dah gerak tu Agus jalan je tak tanya dulu, "semua udah ada?" macam yang selalu dia tanya. Orang belakang belum tutup pintu rasanya lepas tu mak cik tu cakap, "mentang-mentang kitorang dah nak balik tak tanya apa pun ea, biasanya tanya." Semua gelak je lepas tu. Hahahah k. Masa otw tu Agus cakap kat budak bambam tu, "tak usah baliklah. Duduk sini setahun. Tahun depan baru balik." Ayat tu pun dah sedih sebenarnya. Sebab budak tu memang dari awal sampai akhir dialah yang teman Agus drive kat depan tu. Dah macam bff! Okay sedih.

Dah sampai kat airport tu makin sedih. Tapi takkanlah aku nak menangis pulak. Come on. Dah turun van angkut barang semua, bergambar kejap dengan Agus. Then tiba-tiba ayah budak bambam tu cakap kat Agus, "ni hah dia nak bergambar. Sedih ni hah." Lebih kurang macam tulah mana aku ingat ayat betul dia. Weh serius budak tu nangis! Aku dah la tengah tahan air mata. Nampak budak tu nangis.. peh memang terus keluarlah air mata aku. Tengok mata ayah dia pun berair. Si Agus pun mata dah berair. Lepas amek gambar berdua dia cepat-cepat dia pergi tak tengok belakang dah. Aduh air mata.. hahaha! Aku malas nak masukkan gambar moment tu kat sini. Kalau nak tengok ada kat instagram. Tengok gambar tu pun aku rasa nak menangis. Bukan nak, memang dah keluar air mata. Aku tak faham kenapa sedih sangat. Mungkin sebab dapat layanan baik dan memori kat sana semua best. Sebab tulah rasa sedih bila nak berpisah. 

Adik aku cakap yang ada kat situ semua duk kesat air mata tengok scene tu. Aku tak peduli orang lain dah. Busy kesat air mata sendiri. Gila memang sedih sangat weh. Entah bilalah dapat jumpa lagi. Dapat pergi sana lagi. Rindu *kesat air mata* so.. yeah. Cerita ni semua aku ceritakan ikut hari yang sama macam minggu lepas. Nak ikut tarikh yang sama memang dah tak dapatlah kan. Jadi esok kena move on! Jadikan cerita ni kenangan terindah yang takkan terganti. Assalamualaikum <3

























Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...