08 July 2011

TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH

hey there ! hari nihh kan ,,, best gilerr awokk kat skola ! hahahhahahahah XD

oke tujuan sebenar aq nak hapdate blog nihh sebab nak bagy tau kat korg ,,,
novel TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH  mmg terbaik !
best gila , sweet ! OMG ~
yosh! tadaaaaa~



"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

okay bace sinopsis dea jea aq dah terpanggil untuk bace novel tuh mmg sweet lahh doe ,,
lagi lagi bab 32 . sape yg dah bace novel tuh tau laa kan mcm mne citenye ,,,
sape yg belum bace n tertanye tanye ap cite yg aq suke sgt kat bab 32 tuh
cepat2 laa dapatkan buku nihh :)

Penulis : Orkid Edyliyne
Terbitan : Fajar Pakeer
Muka Surat : 517


Novel karangan Orkid Edyliyne nihh mmg menarik gila dari segi watak utama dan suasana yang dibawakan. Intan Asha Areen merupakan watak utama sebagai pembantu rumah, manakala Emir Jihan adalah watak utama sebagai tuan rumah. Asha adalah gelarannya sewaktu dia menjadi pembantu rumah kepada keluarga Emir. Dia juga seorang peminat artis korea serta filem dan drama korea. Lantaran minatnya terhadap artis korea, Asha telah menggelarkan Emir dengan gelaran Xiah Celup kerana wajah Emir seakan-akan mirip artis korea Xiah Jun-Su, salah seorang ahli kumpulan DBSK. Asha sebenarnya anak kepada Tan Sri Fadilhuddin dan bekerja sebagaiHead Chef di hotel ayahnye, Hotel Intan Purnama. Asha sebenarnya lari dari rumah kerana tidak mahu berkahwin dengan tunangnya, Taufeeq yang curang dengannya. Asha seorang yang ceria dan kehadirannya di villa Emir dapat menceriakan penghuni villa tersebut.

Emir Jihan merupakan seorang doktor. Sejak kehadiran Asha sebagai pembantu rumah di villanya, hobinya ialah menyakat dan mengusik Asha. Pada Emir, Intan Asha Areen mempunyai tarikan tersendiri. Setiap hari dia akan menyakitkan hati Asha dengan pelbagai cara. Emir semakin mengerti perasaan yang hadir dalam dirinya. Sehari Asha tiada, hatinya sudah merindu. Rindu untuk melihat gelagat Asha apabila diusik olehnya.

ohh how laa ~ kalau dea filemkan novel nihh mesti laku kan kan ? HAHA .
yosh !


2 comments:

  1. aaaa !!!! sy SUKA GILA novel ni ! sweetkan Emir ngn Asha :D
    terus je klik update blog awak ni lepas tengok title entry :p
    hehee...

    ReplyDelete
  2. hee . kan kan ? sweet gila !
    thanks yaa ^^

    ReplyDelete

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...