Manusia,
Apa masa silam hitam pekat itu masih menghantui kau?
Jika ya--
Apa kau tidak mahu mencari titik cahaya baru?
Apa kau lupa tuhan sentiasa memaafkan?
Jika tidak--
Apa kau mahu terus dihina manusia lain kerana masa silam hitam pekat kau itu?
Kenapa tidak kau ubah saja semuanya?
Kenapa tidak kau sangkalkan saja semuanya?
Kenapa masih berdiri di situ?
Mari sini aku bawa kau jumpa sama tuhan.
Kita luah apa yang tak terluah.
Kita baiki apa yang tak terbaiki.
Kita pulang bertemu tuhan.
Mari?
03 July 2014
Manusia II
29 June 2014
Manusia
Manusia,
Puas menjaja cerita?
Manusia,
Puas menghina?
Manusia,
Apa kau puas dengan semua ini?
Apa kau senang dengan semua ini?
Kau senyum puas bila dia jatuh tersungkur.
Jatuh pada sedalam dalam tempat
Segelap gelap tempat.
Kenapa tak kau capai tangannya?
Aturkan langkahnya bersama kau.
Kenapa?
Dia punya khilaf.
Ya.
Apa dia saja yang punya khilaf?
Apa kau suci sesuci sucinya dari segala dosa?
Manusia,
Apa berdosa jika bantu dia keluar daripada tempat yang paling dalam dan gelap itu?
Apa berdosa semua itu bagi kau?
Berhentilah mengeji.
Berhentilah mencaci.
Berhentilah menghina.
Berhentilah memaki.
Apa kau dapat?
Apa?
Kita semua ada Allah.
Dia satu satunya yang bakal mengadili kita.
Jadi apa kau masih lagi mahu mengadili dia tanpa memapahnya terlebih dahulu?
Apa kau rasa kau lagi berkuasa dari Dia?
Astaghfirullahaladzim.
30 December 2013
AKU IV
Kenapa kau tak pernah penat berfikir?
Sebab kau,
Aku menangis, takut.
Kau tak penat?
Siksa aku begini?
Cuba kau jadikan setiap masalah umpama contengan di kertas yang boleh kau padam dan kau gantikan dengan warna-warna pastel yang pelbagai.
Kan lebih baik?
Mana pergi fikiran positif kau?
Yang boleh gembirakan aku,
Senyumkan aku,
Beranikan aku.
Mana pergi semuanya?
Aku dah penat dengan kau.
Teruskanlah tabur semua fikiran negatif kau pada aku.
Biar aku menangis.
Biar aku takut.
Biarkan!
25 December 2013
AKU III
Aku fikir aku boleh jadi macam kau.
Kuat
Tabah.
Kau pun yakinkan aku yang aku boleh.
Boleh jadi sekuat kau
Setabah kau.
Tapi
Sekarang aku sedar.
Aku akan tetap jadi diri aku.
Yang mudah abaikan perasaan orang
Yang mudah mengalah bila dicaci
Yang mudah menangis bila dihina
Yang mudah terluka bila disakiti
Yang mudah menjinakkan ego sialan
Yang mudah buat orang membenci
Yang mudah buat orang tak faham aku.
Aku
Tak minta banyak.
Cuma satu.
Jangan kau ubah diri aku lagi.
23 December 2013
AKU II
Memang begini.
Sombong
Itu gelaran aku.
Tak bangga orang gelar aku sombong.
Aku
Bukan sombong.
Cuma rasa kekok nak mulakan bicara.
Bukan peramah seperti kau
Yang boleh buat orang senang hati.
Kalau kau sudi
Mari sarung kasut aku.
Tak kira kau saiz apa
Sarung.
Baru kau tau apa rasanya jadi aku.
Teruskan gelar aku sombong.
17 December 2013
AKU
Memang tak reti jaga hati sendiri
Inikan pula hati orang lain.
Sebelum terlambat
Lebih baik aku mulakan sekarang.
Adios, 2023!
Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...
-
Assalamualaikum. Hai! Korang student yang tengah cari planner untuk tahun baru nanti ke? Nak planner yang complete dan tak kosong tapi boleh...
-
Assalamualaikum. Hai! Tengah cari planner untuk tahun baru nanti ke? Tak lama dah.. 3 bulan je lagi nak masuk tahun baru. Bila lagi korang ...