25 December 2012

Without Words


assalamualaikum :) annyong!^^
hahah dah kenapa nih. dah kenapa ada lagu korea pulak nih. hahah sebenarnya sebenarnya suka sangat melody lagu tuh >.<
mula mula dengar lagu tuh english version, yg originalnya korean punya. so try laa dgr korean version. err lagi best kodd even tak paham. hahah tengok subtitle laa kalau tak paham. first time dgr lagu tuh, terfeeling pulak. Lol
tajuk lagu tuh sama dengan tajuk entry nihh. haha k sebenarnya taktau nak cakap apa -,-

cuti sekolah dah tak lama. tak lama lagi dah start sekolah. dan yang paling awkward, takda lagi rasa.. rasa.. rasa strawberry. hahah taktau laa rasa apa -,-
sebenarnya sebenarnya. hmm macam tak percaya dah habis f5, bila tengok balik diary masa skola rendah.. excited sangat nak masuk skolah menengah. org cakap best, macam-II orang kita boleh jumpa, bila dah masuk sekolah menengah ni.. memang betul. memang macam-II jenis orang aku jumpa. masa skola rendah dulu slalu wakil skola pegi pertandingan nasyid.. hihi best sangat! I miss them so much, nama kumpulan nasyid tuh An-Nur. Cikgu yang paling tabah, sabar, cekal, tak putus asa mengajar kitorg... Cikgu Azni. Aku ingat lagi muka dia even dah bertahun tak jumpa. Dia baik, sangat baik. Rindu nazihah, alia natasha, maisarah, shahida rosli, natasha nazri, haziqah othman, siti yusariza, and athisa! Penyanyi solo kami. haha. best sangat bila dapat Johan. Memang tak boleh lupa laa semua tuh. Tapi kitorg tak boleh kalahkan SK Puteri Wangsa. Ameera Zatieqah, *taktau laa betul ke tak eja nama dea* nama dea nihh selalu org sebut-II sebab suara dea best. Dea ada masuk Idola Kecil berapa ntah tak ingat. Haha. KENAPA TIBA TIBA CERITA PASAL NIH ? -,-

masa masuk skola menengah, err berdebar sangat sebab tak kenal kawan-II, athisa masuk RK.. start situ aku mula kenal dengan dyana and yg lain-II. start f2 aku dgn 13org yg lain kena pindah masuk RK, start situ pulak aku mula rapat dgn dyana, fyza, ekin, yana, matno dgn azly. hahah tak pernah seumur hidup aku ada kawan lelaki serapat diorg nih. paling rapat dgn matno. tapi nak buat macam mana, ada yg dengki. lepas tuh kitorg dah jarang bertegur, even dok satu kelas tapi buat tak nampak jee. bila naik f4, dia kena pindah taman molek. mana boleh buat ap dah kan. pernah jumpa dia skali jee lepas dia pindah. lepas tuh terus lost contact sampai sekarang. takpa takpa, ada hikmah. kalau jumpa balik pun mesti rasa awkward tahap 77+7x7-70 -,-
then masa f4 tuh laa aku dgn ekin start renggang, aku pulak rapat dgn kengkwn pompan klas aku. pastuh ekin terus benti skolah. salah akukah -,-

anddddd, sampai laa this year. masing-II dah start bawak haluan sendiri. memang pernah terfikir semua nih akan terjadi. well this is life! mungkin next year dah tak dapat nak lepak dgn dorg sambil ketawa ap sume. kacau org laa, kenakan org laa. cari pasal dgn lower6, hahah kelakar gila. jahatnya.. dorg tak buat salah pun dgn kita kita. tapi tapi, haha ntah laa. ada setengah tuh yg annoying -,-
tapi bila fikir balik, ishh memang tak baik! dia memang takda buat salah. hahah lantak dia laa xD
pastuh pastuh ingat lagi masa ponteng klas, lepak kat library, ada bebudak lower6. afiq kena marah dgn sorg budak tuh, err tahan ketawa jela kitorg. pastuh ada budak india masuk bwk geng. kena maki pulak dgn budak lower6, sbb dorg tgh study masa tuh, dorg exam kalau tak silap. nasib baik tak gaduh. kelakar india tuh hentak-II buku, nak tunjuk protes laa konon xD

Aku rasa... macam.. nak ketawa.. pun.. ada.. sebab.. sebab.. sebab jari nih tetibe menari nari taip entry yg macam tuh. hahaha mende nihh -,-
anggap jela entry nihh hanya sekumal kertas yg dah diconteng dgn pen yg dah nak habis dakwat. see merepek lagi. haha kbye

24 December 2012

Tengok Kanan, Tengok Kiri

assalamualaikum :)
entry kali nihh takda gambar, taktau nak letak gambar ap dah, tak terfikir pun nak buat entry nih sbenarnya, tengok tajuk pun entah apa-II, haha entah kenapa tiba-II rasa macam nak sangat cakap something kat sini. Lol xD
hari nih aku keluar, gie beli barang skola adik. macam biasa, just 4 of us, mak abah aku dengan adik. masa tengah jenjalan tuh, aku ternampak keyboard, terus tarik tangan adik gie tempat tuh, harga dia RM129. omo ~ then panggil mak dengan abah, hahah cakap laa nak mende tuh, then abah cakap, baik beli tv kecik. dulu dalam bilik aku ada tv, tapi skrg dah takda. agak bosan jugak laa, Lol
tapi aku tanak, haha buat ap beli tv? harga tv lagi mahal dari keyboard tuh. lagipun kalau nak tengok tv aku tengok jelah tv yang ada kat depan tuh. hahah. I want that keyboard! >.<
then mak tanya gitar dah pandai main? aku sambil senyum-II jawab, "dah" pastuh ketawa, hahahahah xD
aku nak keyboard tuh :\
then abah cakap, pandai ke main? kena beli buku dia laa belajar, aku cakap youtube ada, pandai-II laa belajar. tapi tapi diorang senyum senyum + ketawa ketawa. errrr mak cakap nak letak mana benda tuh? hahah bilik aku bukannya besar, aku dengan selambanya jawab "atas riba" ahahahahaha xD
aku tau laa nak letak kat memana nanti. then mak cakap nantilah beli... :\
sebenarnya sebenarnya... bukan ini yang aku nak cerita. haha :3
takpalah, nanti entry yang satu tuh aku buat and simpan kat draft dulu, lepas tuh pepandai laa aku buat kajian kat entry tuh, lepas dah puas hati baru publish! *tipu je* bosannya entry kali nihh, haha kbye

macam tak percaya it's 2month already, kadang-II terfikir jugak. ape laaa perasaan orang yg nak sangat couple dgn aku tuh, hahah. *tetibe nak emo*
dah 5bulan kenal dengan dia, *tetibe nak sedih* hahah okay okay done. alhamdulillah. only that, alhamdulillah :')

21 December 2012

Wanita dan Cara Berjalan


assalamualaikum and hye! :)
tadi blogwalking japp, and terjumpa satu entry nihh, tajuk dia "Sikap Perwatakan Wanita Melalui Cara Berjalan" sangat menarik. So dengan erti kata lain aku nak share entry tuh kat sini, tiru entry? ehh tak tak, cuma meluaskan lagi jee topik nihh. Lol
okay here we go~

Bukan nak cakap 100% betul mende nih, tapi ada jugak persamaan sikit-II. Antara cara-II wanita berjalan...

Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Sering Menoleh ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Berjalan Menatap Lurus ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam melakukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

Berjalan Seperti Zirafah
Maksudynya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita ini sedikit sebanyak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

okay done, ada tujuh cara wanita berjalan *num fav* taktau laa pulak kot ada cara lain kenn. so hey wanita! *skemanya* korang punya cara jalan yang mana? me yang num tiga, haha. that is so me, sangat sama! *perasannya* tapi aku pernah terbaca yang orang jalan tunduk nihh dia tak yakin dengan diri dia, mungkin kot, sebab... thats me. haha okbye

kalau ada typo betulkan sendiri okay sebab aku type sendiri entry nihh bukan copypaste, sambil menaip sambil membaca, sambil menghafal. k tipu :P

Special thanks to faceblog.com















19 December 2012

Friends, Family II

*motif gambar dirahsiakan*

assalamualaikum :)
so entry nih sambungan daripada entry sebelum nih, hoho. sambung daripada ayat esoknyaaa tuh, tetibe mak  masuk bilik, mak cakap "nak pegi gelang patah tak? makan tengahari kat sana." kat kedai makan kak zeni laa kat mana lagi, haha. then siap-II sume, pkol 11lebih gerak. dah sampai tuh ramai gila orang sebab time tuh orang rehat. kedai tuh dah di "make over". nampak lebih luas, sbb abg iwan ckp kalau hujan air naik, tu yg tinggikan sikit bahagian dalam kedai tuh. takde laa air masuk time hujan. ada pekerja baru kat situ, me tak pernah nampak. Lol dah nama pun pekerja baru xD
dia yg handle roti canai. masa kat sana kak ina tnye "atin tinggal sini ke?" aku cuma senyum and cakap "hee tak laa." kak ina tnye kenapa? segan? hahah tau sangat diorg tuh aku nih macam mana. memang segan pun :3 
then dah pukul 3lebih kodd, masa tuh lauk semua dah takda dah.. pekerja jee semua tgh makan, still ada lagi yg dtg.. hujan pulak tuh, kesian dorang. abg iwan tgh makan sbelah aku, then dia tengok kasut aku pastuh cakap "kasut cantik baik duduk dalam, kalau tak habislaa." masa tuh air dah naik dah, means air tuh bukan macam banjir tuh, cuma parat buku lali jaa, menipu gila siaa, tak sampai pun. ahahaha xD
kasut aku tuh agak tinggi sikit so aku buat dang jelaa. haha
tak lama tuh mak ajak gie kedai depan tuh, nak beli barang. adik dengan ijan ikut, men redah jee hujan. haa~
orang dalam kedai tuh bukak lagu Move Like Jagger, kuat jugak laa dia pasang, then ada sorang bangla nih kat depan pintu masuk kedai, dia terlanggar bakul kat tepi tuh, pastuh akak kedai tuh cakap "bawak dia keluar!" aku pun macam... knape nih -,-
then bangla tuh cakap sorry, ada cina yg keja kat situ lari pegi tempat pisau, akak yg kat kaunter tuh simpan semua spanar *tatau eja* yg ada aras kaunter bayaran tuh. akak tuh cakap kat aku "jangan dekat dik, jangan dekat, buat taktau jee." pastuh akak tu cakap kat kawan dia "kau laa nih pegi bukak lagu tuh kuat-II, kan dia dah datang! dia ingat ni club ke hape nk joget-II" I bet orang tuh mesti mabuk. ohmennnn kenapa boleh jumpa orang macam tuh?! aku paling takut dengan orang mabuk, dulu slalu jumpa orang mabuk pastuh dorg gaduh. takut >.<
then dah bayar semua, terus blah. da sampai kedai makan tuh ijan laa paling kecoh, dia pi cite kat sume orang, dia cite kat abg yg buat air tuh, aku tengok abg tuh muka blur-II ntah paham ke tak, aku gelak jelah. hahah. then gie uma baru maklong, besar jugak rumah tuh. cantik! hihi. duduk sana macam-II kerja dorg offer kat aku, suruh aku kerja kat Legoland laa, Cosway laa, kat tempat kawan kak ina laa, tak terkecuali kat kedai makan dorg. hahah. masa tuh aku da laa tengah pening, aku pun dengar jelaa... then maklong cakap, kalau kerja kat kedai makan tuh segan sikit laa sebab ramai laki, ohmennn aku nihh dala penyegan nak mampuihh, maklong cakap agak-II dah ramai yg dtg, rasa segan sangat pegi je dapo. hahah then dia cakap lagi masa ni laa nk cari ehem ehem marah batman saya xD
tak lama tuh kak muni, abg ajiz dgn danish dtg, hahah anish masuk terus lari then dia nmpak aku, mak dgn abah dea trus terberhenti, muka terkejut xD
pastuh da okay, dia main dgn abg & adik, tak lama lagi abg dgn adik dpt adik baru, dah tak boleh nk panggil adik "adik". kena panggil pain laa lepas nihh, hahah. tak lama tuh kak suri dgn akid pulak sampai, akid masuk jee tanya kat aku "cik tiya mana?" aku cakap ntah xtau. then akid cakap "tipu nii.. tipu kan? mana cik tiya?" pastuh dia bukak pintu bilik dia cakap "cik tiya!!! akid datang nihh" hahahah comel jee, dea memang rapat dengan adik. then pukul 6lebih kelaur sat dgn kak ina, mcm biasa adik dgn ijan ikut. samapi rumah balik akid dah takda, dah balik letew, kalau nak balik masa cik tiya dia ada mau tak menangis budak tuh xD
then masa nak balik tuh adik ke abg tarik tangan aku, dia cakap "jangan balik! tak boleh balik! kenapa nak balik? duduk sini jelah." hahaha then dorg sume suruh tinggal, err bukan tanak.. tapi.. :\
hah kan kat previous entry aku ada cakap yg mak tak bagi aku keluar tu kan? hahah sebelum keluar tuh aku ada tweet dgn dyana, tetibe terngadu pulak, nak nangis pun ada. and masa yg aku ajak mak keluar malam tuh and mak cakap okay, tetibe aku macam terfikir. aku rasa aku tau kenapa mak tak bagi aku keluar. aku tau :') hmm sedih nak nangis pun ada, tapi takpa, bukan tak baik. ada baiknya.. mak tau aku cepat down kalau ada orang downkan aku. aigoooo kan dah sedih. err dah laa, hihi :3

handphone tak boleh bukak :\
dia tulis Hardware error Serious error. Stop charging. Stop Using your phone. Contact a SE Call Center.
macam nak tergelak pun ada aku baca, dah macam amaran yg hp aku tuh nak meletop xD
eh tapi kalau betul macam mana ? Lol
so kesimpulannya no handphone, ,no more tweet via text :\
pagi tadi pinjam hp adik sat, msg my batman, pastuh selebihnya through dm jaa, sedihnya! biasanya time-II mcm nih kami msg-II. nak buat macam mana, ujian Allah laa nihh. kena terima. yeahhh :D
kalau ada typo sendiri betulkan okay?
byebye :)

17 December 2012

Friends , Family I

*motif gambar tidak diketahui*

assalamualaikum :)
semalam kamek pegi wedding abg pyka, kamek pegi dgn fara, syera, nad and nopy *krik krik krik* aku sorang jaa budak kelas TM yang pegi, err sedih! budak laki empat orang jaa, tu pon arab dgn max sampai lambat, daus dgn shah dah datang dulu, tapi dorg stay dulu kat dpn skola tuh. busy betul tengok si pyka semalam. terkejar sana sini. haha happy dia nampak kitorg. masa dia datang tuh kitorg tgh makan. *dia dari homestay* dah lepas makan tuh daus ajak gie jusco, tapi.. aku dah cakap dgn dyana nak datang giant, so pegi giant laa lagi bagus. hahahha. hah! sebelum pegi tuh aku tweet nard dulu *ada dua nadia, tanak keliru*  ajak dia pegi sama, rumah dia dekat dgn rumah pyka gerenti dea dpt jemputan punya kenn? so nard pun okay, lepas keluar skola rendah, kitorg penah jumpa sekali jehh mase f2 pastuh takda dah. aku suruh arab pi amek nard kat rumah dia tapi arab malas. haha then lepas makan tuh tunggu laa dia, lamanya lahaiii, dia cakap nak solat dulu. nak dekat pkol 3 pun tak sampai lagi, hahah lastly dia sampai jugak, dia cakap dtg nak jumpa aku jaa, haha. then dah bebual suma, aku ajak dia pi kat fara tapi dia tanak, malu katanya sebab kat situ ada nopy dgn nad, haha kalau aku pun aku segan nak pi. then aku pi kat fara jap, tetibe ad org kacau nard, dia terus pi kat kami. haha lawak. *dah kenapa aku dok main pi pi nihh?* then sebelum balik tuh kami bergambar dulu. gambarnya dok tau lerr kemana, epul yg snap. termasuk kat album pengantin agakya. Lol. balik tuh aku suruh abah amek, adik ikut sebab aku nak bawak dia pi jenjalan kat giant, lahai giant je punn, nak jumpa dyana senarnyaaaa. hoho dengan baju kurung bagai, tetibe nmpk si kembar fizas ke fizis, dia senyum-II, then depan dia dyana tgh lambai-II. hahahahah xD
pastuh nmpk pijot tapi dea tgh busy. tak nampak aku pun.. ingat nak tunggu dyana rehat. so aku dgn adek jenjalan laa, tetibe nampak cikgu raja, aku tak perasan pun mula-II sebab aku tengah text dyana. dia dh lalu sbelah baru aku terperasan. tengah jenjalan tuh tetibe terpandang sorang mamat nihh tengah dok tengok aku sambil senyum-II, Lol Mohd rupanya xD 
pastuh masa kat foodcourt terserempak dgn mizi, dea mcm terkejut gituh, hahah aku senyum jaa. then ajak adek gie beli mcflurry oreo, tetibe dari blakang ada suara lelaki "ye cik nak order ap?" aku pusing blakang terkejut kiman. hahahaha sajaa nak sepriseee, sangat laa kan~ pastuh tunggu dyana lama sangat, aku dah pening, then call abah suruh amek, masa nak keluar tuh terserempak dgn dyana, sempat bebual skjap jee. jadilaaa drpd tak dpt terus kan? dah sampai rumah lepak-II tengok tv sume, then aku tanya laa mak, takda gie memana ke mlm nih ? bosan kodd dok rumah, nak keluar sendiri tak boleh, nak pegi giant tuh pon dah kena bebel-II, hah nak pegi memana pun laa tak boleh -,-
then abah bwk gie jusco permas, nak ngabiskan voucher, masa tengah pilih baju tuh tetibe ad org sweetsweet, aku pandang, dalam hati "sape dia nihh?" tengok betul-II, laa najia ananda rupanya. hahahaha dia tegur aku tapi dia cakap tak ingat nama aku. haa sampai hati. hihi yela dia mana rapat sangat dgn aku, aku kenal dia pun masa f2 sebab masuk klas RK, pastuh dia pindah permas. then gie makan kat stulang, nak balik tuh kereta kena halang, so tak boleh nak keluar, then lepak laa tepi laut, banyak bintang tapi bulan takda. bestnyaaa... memang tu laa yg aku nak, malam-II lepak sambil tengok laut, bintang and bulan *tapi bulan takda :\* pukul 11lebih balik, macam biasa, pening. haihh selalu sangat pening, ingat nak tidur terus balik tuh, tapi tak boleh tdo pulakkkk. hmm lastly tertido andd pagi esoknyaaa......

maaf kalau ada typo pepandai betulkan, aku sangat malas nak baca balik entry nihh, 
as usual aku tengah pening sekarang nihh, ad lagi cerita senarnyaa
tapi... arghh pening! nak tido!
so sambung esok okay?
Friends, Family II
bye :')

08 December 2012

Ya, Dunia Kita Berbeza !



assalamualaikum and hye! ^^
cadaaaa! *cadaaaa? ape tuh?* *muka innocent* finally, lepas tiga hari mencari idea untuk buat entry baru akhirnya dapat jugak. selama tiga hari tuh jugak aku dah buat sebenarnya satu entry nihh, tapi.... lost *bunyi cengkerik* Gambar kat atas tuhh.. hihi dalam buku tu laa aku start tulis cerpen. Tetibe jumpa buku tuh, baca balik, hahah kelakar pun ada, ada jugak cerita yg aku buat berdasarkan kisah benar aku sendiri.*angkat-angkat kening* Lol. Post title tuh aku amek dari salah satu tajuk cerpen yang ada dalam buku tuhh. And... "FEAD" tuhh meanss me Fyza , Ekin , Atyn & Dyana . Please klik nama tuh kalau nak tengok muka diorang. *kelip-kelip mata* tapi FEAD hilang macam tu je kodd :\
and the latest one, "MISSIONABLE" yg  tuh pulak wujud tahun lepas. Mula-II ntah macam mana bole wujud "4TM MISSIONABLE" . Kitorang sepakat nak letak MISSIONABLE sebab.. haha kitorang nihh kan nakal, budak TM.. tanya cikgu mana yang tahan dengan perangai kitorang, tanya cikgu mana yang cakap kitorang tak pernah buat masalah. tanya tanya. Lol *besarkan mata* ohh! aku rasa dah ingat macam mana dapat nama "4TM MISSIONABLE" tuhh! Hahahahah start dari nasyid! Berangan konon-IInya kitorang nihh penyanyi nasyid, ahahahah. and MISSIONABLE wujud sebab misi kitorang takkan pernah gagal! *bagi boooo free please* sangatlah kan. Tanya berapa kali kitorang pernah lepak sesama, sekali je kodd, tu pun masa pergi kursus ICT kat Kolej Komuniti Pasir Gudang. seeeeee this 

andd yeayyyy We Are Missionable Crew xD

memandangkan tahun nihh kitorg still klas TM, takkan nak letak 4TM MISSIONABLE pulak kenn? so kitorg decide nak tukar 5TM MISSIONABLE. Tapi bila fikir balik... takkan nak stop takat f5 je kodd, andd tadaaa! MISSIONABLE CREW heree! and this is @SbFyza ,@mierafarid , @DiyanaaIbrahim ,  @fatynfauzie ,  @FinaHamzah , @fafabananaaa , @missfyfa and tieqa. Klik laa nama diorang kalau nak kenal. Lol *dengan erti kata lain, follow laa kami* hahahaha xD
Kami berlapan, jarang lepak sama, semua gila-gila, kami MC, takkan terpisah! *tetibe* 
aku rasa kan.. aku nihh dah terkeluar landasan ketapi tau. jauh sangat nihh,patutlah asyik tergelincir jaa 
-________-

BaCk tO tHe stOry ...

tadaaa~ hah tengok tuh siap tulis kelas no hp alert bagai, takut sangat buku dea tuh hilang.  dulu selalu jugak bawak buku nihh pegi sekolah, The MC's baca. haha

hihi nih sebab taktau nak buat ap, so inilah hasilnya ^^
masa nihh dah tak rapat dgn ekin, jahatnya aku :(
and masa ni jugak belum ada lagi missionable bagai tuh :)
Katrina tuh, haihh annoying gila kodd nama tuh, entah kenapa aku letak tajuk cerpen pertama aku mcm tuh, serious annoying, aku tak suka nama tuh. and tak habis pun cerita tuh, sebab... oh masa tuh aku f3! nak focus PMR katanya, alasan! hahahaha xD
that's mean aku start menulis f3, tapi more serious start f4, serious laa sangat kan xD

and this, cerita yang kedua. agak menjadi. seperti yang dirancang. amek masa berapa lama pun aku taktau. 48ms. tu pun ending pakai hentam sebab dah malas nak buat, haihh too bad. bila mula-II buat semangat, bila dah pertengahan rasa malas nak teruskan. Lol but seriously alhamdulillah aku dapat habiskan cerita yg kat atas nihh :') 

this, cerita kedua. pun tak tau amek masa berapa lama untuk siap,  25ms. pun berjaya disiapkan walaupun agak payah nak menghabiskannya. hoho

this, cerita yg ketiga. 25ms anddd it's hanging again. hahahahaha xD
tak berperasaan pun nak meneruskan cerita tuh, tu yg terberhenti :\

this yang keempat! hahahaha yg ni lagi laa, 7ms jee yg aku mampu buat. memang blur habis, taktau nak buat ap dah xD

dan ini yang kelima, yang terakhir dalam buku tuh, tajuk pun takda, idea pun hilang. haha tapi tapi watak dalam cerita tuh ada nama "Fariz". Haha masa tuh kite belum kenal aok lagi farisss, mohon jangan bangga :P

lepas tuh aku dah jarang-II menulis. sampailah satu hari tuh (this year) ada buat sayembara menulis cerpen, mula-II aku tanak join, sebab aku tau kemampuan aku macam mana. tapi bila cikgu nazirah cakap siapa yg join tuh, tak kira laa menang ke tak akan dapat sijil. and masa tuh tumpuan aku 100% tertumpu dekat ayat sijil tuh. aku nak sijil tuh! aku tau susah untuk aku menang sebab ni melibatkan satu negeri Johor. aku nak sijil tuh! and tanpa pengetahuan sesiapa pun, aku tulis satu cerpen, tajuk dia... errr lupa -__-
cerita dia pasal kawan, malaslah aku nak cerita. hahaha~ cerpen tuh ada kat miera farid.  ntah bila nak amek, ntah dia simpan lagi ke tak xD
satu hari tuh aku nak pegi kantin, tetibe cikgu nazirah panggil, aku naik atas, then dia cakap "fatin, awak tak menang pertandingan cerpen hari tu, tapi ni ada sijil penyertaan untuk awak..." then blablabla. hahah macam-II laa dia cakap. masa tuh aku happy sangat. omaigod tak pernah sangaka yang aku akan dapat sijil tuh, sijil Dewan Bahasa & Pustaka^^

tadaaa~ this is it. yeayyy akhirnya aku dapat jugak sijil nihh. dulu kalau aku balik pahang aku mesti bawak buku purple yg dalam gambar tuh, bila bosan aku menulis laa, kalau nak menulis aku lepak dalam bilik sensorang. bila orang tanya mana aku, nanti adalah yg jawab "busy buat novel". Lol tak mampu okayy. hihi at least aku dah ada bukti yang aku memang minat menulis! yeahh

this year aku malas nak menulis dalam buku lagi, aku tulis guna kat lappy and save kat pendrive jaa, haha ada tiga cerita, tapi semua belum siap. nampak tak permainan aku kat situ? saya sangat tamak! Lol xD
and my previous post, itu first time aku post cerita macam tuh. first time okay! rasanyalah :3
and tQ bAtmAn for cheering up my day, kata-II awk buat sy ada condifent sikit. *condifent?* I mean, cOnfIdent^^
jujur, aku dah lama tak tulis cerpen. kalau tak rajin nak buat memang aku takkan buat. sebab aku tau takkan menjadi. HAHA

okay dah habis, tQ singgah sini. penat baca? *hulur air* minumlah^^
haha bye~

kalau ada typo jangan bahan okay? malas nak check =)













03 December 2012

No Title (part II)


The story based on my... my... forget it! Just read :)

       ALONE. Kadang-kadang bila kita rasa kita "ALONE" kita mesti akan rasa sunyi. Memang, "ALONE" & sunyi tak dapat dipisahkan. Bila kita rasa sunyi, macam-macam benda yang terlintas dalam fikiran kita. Rasa macam tak guna kita hidup kat dunia ni. Pathetic sangat! You know what I mean.. kadang-kadang rasa macam nak bunuh diri pun ada. Tak terkecuali diri aku sendiri. Macam-macam cara aku buat supaya jantung aku ni berhenti berdegup. But faith win. I'm still alive and I don't why god never want me to die. Aku hidup sorang diri kat dunia ni. Aku tak tau kenapa aku ditinggalkan seorang diri kat dunia ni. 

       Satu hari aku cuba lagi untuk hentikan denyutan nadi ni. Aku tak tau apa yang dah terjadi dengan diri aku. Yang aku tau cuma satu. Aku nak ke syurga. Nak jumpa dengan ahli keluarga aku yang lain. Aku sampai kat satu tempat, cantik sangat tempat tu. Tak pernah terlintas pun kat fikiran aku yang aku akan jumpa tempat secantik tu. Tiba-tiba, tangan aku ditarik. Entah siapa yang tarik pun aku tak pasti. Aku tersedar dari mimpi. MIMPI ?! Aku kat hospital... aku terus duduk dan berfikir, kenapa aku masih hidup? Terpaksa aku lepaskan satu keluhan berat. Dan entah daripada mana ada asap rokok pula. Aku pandang kanan, ada sorang lelaki tengah merokok. Aku tak kenal dia tapi aku cakap dengan dia baik-baik "Kenapa merokok kat sini? Inikan hospital." Lelaki tu cuma senyum dan tak cakap apa-apa. Hmm pelik..

       Aku dibawa berjumpa dengan doktor psikologi. Aku cakap dengan doktor tu, "kenapa saya kena jumpa dengan doktor psikologi? saya tak gila." Aku cakap dengan tenang. Doktor tu senyum. "Jangan risau, ini cuma rawatan biasa sahaja." Aku mengangguk menandakan yang aku faham apa yang dimaksudkan oleh doktor tu. Aku pandang lelaki yang merokok tadi tu, dia temankan aku jumpa doktor tu. Tapi kenapa? siapa dia? Tiba-tiba aku dengar suara perempuan menangis. Teresak-esak dia menangis. Aku tanya doktor tu, "doktor ada dengar suara perempuan menangis? kenapa dia menangis? mana perempuan tu?" doktor tu cuma pandang aku dengan penuh tanda tanya. Aku bangun, berjalan ke arah satu almari yang ada dalam bilik doktor tu. Suara tu datang dari arah almari tu! Ya memang tak dapat dinafikan lagi, memang suara tu datang dari situ! Perlahan-lahan aku buka almari tu, almari tu kosong! Tapi ada sorang perempuan tengah menangis. Tiba-tiba aku rasa marah. "Doktor! Kenapa perempuan ni menangis?! kenapa doktor biar dia duduk kat sini?!" Doktor tu panggil dua orang jururawat dan aku dibawa keluar dari bilik doktor tu. Perempuan yang menangis tu pun ikut aku. Sekarang ada dua orang yang aku tak kenal ikut aku ke mana saja aku pergi. Lelaki merokok dan perempuan menangis.

       Malam tu masa aku tengah tidur, tiba-tiba aku rasa nak ke tandas. Masa aku nak pergi tandas aku nampak ada orang tua tengah leka memerhatikan seorang jururawat wanita. Aku pandang lelaki tua tu. Dia pandang aku. Lepas tu dia senyum. Aku tak jadi nak ke tandas. Aku terus masuk bilik dan aku tak tau kenapa masa tu aku rasa takut sangat! Bila aku pandang atas, aku nampak lelaki merokok, perempuan menangis dan lelaki tua tu terapung-apung. Aku takut.... "kamu semua ni hantu?" serentak diorang jawab "ya" sambil tersenyum pandang aku. Esok pagi doktor dan beberapa orang jururawat masuk bilik aku,  doktor tu kejut aku, "tidur atas lantai lagi best ya? tak suka tidur atas katil yang ada tilam empuk?" aku terus bangun. "suka! tidur atas katil lagi best. Ada tilam empuk."  Aku tau yang aku pengsan malam tadi. Tiba-tiba aku terpandang katil depan aku. Katil tu kosong, tapi ada sorang budak kecik tengah main lompat-lompat atas katil tu. Dan lelaki merokok, perempuan menangis serta lelaki tua tu ada kat situ juga. Tengah pandang aku dengan muka yang tenang. Aku tau, tiada gunanya aku beritahu doktor tentang budak tu, doktor mana nampak hantu. Sejak kejadian tu aku mula nampak hantu. 


       Dan sekarang, lelaki merokok, perempuan menangis, lelaki tua dan budak kecik tu ikut aku balik rumah. Haihh kan best kalau diorang ni semua manusia. Aku tak pernah bawa masuk sesiapa pun dalam rumah aku ni. Dan aku tak pernah rasa macam ada satu keluarga dalam rumah ni. Haihh kan best kalau diorang ni semua manusia... hakikatnya diorang ni hantu. "Aku nak kau kelaur dari rumah aku, berhenti ikut aku." Itu ayat yang keluar dari mulut aku. Aku tak perlukan hantu untuk teman aku. Tapi diorang buat tak endah dengan semua tu. Sebelum ni aku tak pernah merokok, tapi sejak ada lelaki merokok tu, aku dah kerap merokok. Lelaki tu jugak yang membuatkan aku memandu. Kenyataannya aku memang takut nak memandu dari aku kecik lagi. Aku memang takut kereta... Aku tak pernah menangis sebab aku lelaki. Tak cool lah kalau aku menangis. Aku tak pernah minum minuman keras. Aku tak pernah makan benda yang manis-manis. 


Tapi sejak kehadiran diorang, aku mula buat benda yang aku tak pernah buat. Aku rasa sakit, selalu batuk-batuk, sakit perut, pening, muntah. Tak tahan dengan semua ni! Sampailah satu hari... "Apa yang korang dah buat ni? Korang nak aku mati ya?!" Diorang cuma senyum. Yang perempuan tu tak habis-habis dengan sapu tangan dia and lap-lap air mata dia. Lelaki tua tu cakap, "kalau kau nak aku pergi dari hidup kau.. tolong dapatkan balik kamera aku. Kamera tu ada pada sorang lelaki." Lelaki merokok tu pula cakap"Aku nak kau berhenti merokok." Tak cukup dengan tu, perempuan yang asyik menangis tu pun bersuara "Tolong saya aturkan satu majlis makan malam." Begitu juga dengan budak lelaki tu. "Saya nak permainan dan gula-gula." Sejak hari tu, badan aku selalu digunakan oleh hantu-hantu tu. Apa yang aku buat semuanya diluar jangkaan aku sendiri. Aku dah berjaya tunaikan permintaan hantu-hantu tu. "Sekarang korang tolong keluar dari rumah aku. Aku dah tunaikan semua permintaan korang. Aku terus masuk bilik dengan harapan bila aku bangun esok pagi, semuanya dah kembali seperti biasa. Esoknya bila aku bangun pagi... tiba-tiba aku rasa kosong... tapi.. tak mungkin aku nak dorang tinggal dengan aku balik! Tak mungkin!

       Saat bertukar jam. Jam bertukar hari. Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Aku kenal dengan sorang jururawat di hospital tempat aku pernah masuk dulu. Dia layan aku baik. Dia cantik.. Sampailah satu hari tu. Aku ajak dia makan sandwich yang aku buatkan khas untuk dia. And riba-tiba dia cakap satu kejutan yang besar boleh buat kita hilang ingatan. Aku pelik, dan jururawat tu cakap aku pelik sebab aku letak karot dalam sandwich tu. "Mak saya cakap karot bagus untuk mata." Entah kenapa, lepas aku cakap macam tu.. aku teringat kat mak. Dulu masa aku kecik, mak selalu buatkan sandwich untuk aku. Mak sikatkan rambut aku. Teman aku masa aku sakit. Belikan mainan yang aku suka. Aku tinggalkan jururawat yang makan dengan aku tadi terpinga-pinga sorang diri. Aku lari balik rumah sambil menangis! Bila aku dah sampai kat rumah... aku nampak bayang-bayang mak tengah senyum... mak peluk aku... "Mana korang semua?! Tolonglah datang balik! Tolonglah aku merayu korang datang balik kat rumah ni!" Aku menangis teresak-esak. Tanpa menunggu lama.. dorang muncul balik. Semua tersenyum pandang aku. Dari hari pertama aku jumpa dorang, dorang sentiasa tersenyum..


       Entah dari mana ada satu bayangan muncul, aku macam ada dalam satu panggung wayang 3D. Aku nampak semuanya dengan jelas! Aku nampak lelaki tua tu. Itu atok! "Kamu boleh ambil kamera atok ni bila atuk dah nak mati nanti." Itu yang atok cakap kat aku dan kat tangan atok ada kamera yang aku tolong dapatkan tu. Ayah aku seorang pemandu teksi. Dan masa tu kami sekeluarga nak keluar pergi bercuti. Tiba-tiba teksi yang ayah pandu hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung. Mak, atok, abang dan ayah terbunuh dalam kemalangan tu. Mak yang lindungi aku masa tu. Lepas kejadian tu aku dibawa pergi oleh seorang lelaki yang aku tak kenal.. dan aku ingat semua tu. Ya aku ingat! Aku kenal siapa mereka berempat tu! Lelaki merokok yang bawa aku pandu kereta tu ayah aku! Perempuan yang selalu menangis tu mak aku! Lelaki tua yang sibuk suruh aku dapatkan balik kamera dia tu atok aku! Dan budak kecik yang paksa aku beli mainan dengan gula-gula tu abang aku! Aku terlalu rindukan mereka. Mak peluk aku sambil nangis. Mak cakap aku membesar dengan baik walaupun seorang diri. Mak cakap jururawat tu memang sesuai untuk aku. Abang aku pulak, dia hulur kat aku mainan yang aku beli tu. Dia cakap aku memang suka permainan tu. Kalau rindukan dia, mainan tu ada untuk lepaskan rindu.. ayah.. ayah cakap aku takkan mati dengan niat bunuh diri aku tu. Ayah suruh aku hidup lebih lama lagi. Atok pula ajak kami sekeluarga ambil gambar. Aku pegang mainan yang aku belikan untuk abang aku tu.. tapi bila tengok balik gambar tu... hanya aku seorang, sedang pegang permainan tu sambil tersenyum gembira. 

       Hanya jururawat tu sorang je yang percaya aku bole nampak hantu. Hidup aku dah tak sunyi and no more ALONE ! Tak lama lepas tu, kami berkahwin dan ada anak sorang. Lelaki. Masa sarapan pagi tu, anak aku tengok gambar aku "bersama" dengan ahli keluarga aku.. tiba-tiba dia bersuara "siapa mereka semua ni?" aku terkejut. Dan dari situ aku tau bahawa dia juga melihat nenek, atok, moyang serta pakciknya....

-The End-

kenapa aku nih? apa yang aku merapu nih? apa yang aku buat nih? apa yang aku cuba nak sampaikan nih? kenapa nih kenapa?!! Lol haha btw cerita kat atas tuh datang daripada imaginasi dan juga cerita. Daripada cerita wujud imaginasi. Bila dah terlebih berimaginasi, ni lah hasilnya. idk what i'm talking about. Like seriously, this is the... yeahh ini entry yang paling panjang :3

aku cuma luahkan imaginasi aku. gila kan? haha do I care? blog aku, jari aku, line internet aku, so... ape yg aku merepek nih? k

last but not least, kalau ada tersalah ejaan ke hape ke... pepandai betulkan sendiri.

annyo ^____________^


Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...