Habis sudah madah;
Tak ada satu pun yang tertinggal,
Setiapnya telah--
Kau ambil dan terus engkau jual.
Seolah tak pernah memakna apa,
Seolah tak pernah kau inginkannya,
Seolah--
Tak pernah...
Dikutip ku bila sudi,
Di bila tidak, dibiar mati,
Dan lebih menyakitkan--
Ku tetap tunggu di tepi jalan.
Seperti tak pernah ku ada harga,
Seperti tak pernah kita bersama,
Seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.
Terlebur hancur kebal rusukku;
Berkecai sepai, terpecah belah,
Terima kasih atas ajarmu--
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.
Dan dengarkan jeritku;
Jujur tak terfitnah,
Kau hanya bagiku--
Suatu yang pernah.
Suatu yang pernah.
Takkan ada apa--
Yang mampu untuk buat kau pulang,
Bila sudah tiada rasa--
Bikinlah apa, tetap kau terbang.
Takkan ku pujuk kau jangan pergi,
Takkan ku minta kau fikir lagi,
Takkan ku paksa renung semula,
Takkan ku suruh apa-apa.
Takkan ku izin tubuh dibuka,
Takkan ku pamer reput di dada,
Takkan ku rebah,
Takkan ku goyah,
Takkan ku biar tubuh didarah.
Terlebur hancur kebal rusukku;
Berkecai sepai, terpecah belah,
Terima kasih atas ajarmu--
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.
Dan dengarkan jeritku;
Jujur tak terfitnah,
Kau hanya bagiku--
Suatu yang pernah.
-FJ