29 December 2022

Quick recap of 2022!

Assalamualaikum. Hai!

Ya, dah penghujung 2022 dah ni. Rasanya tak ada siapa yang nak tahu tapi penting untuk aku "tulis" entry ni supaya boleh di kenang-kenang di hari tua nanti. Hihi. Okay let's start with January 2022.

January

It's booster time! Lahh tiber. Tapi tulah memang awal tahun 2022 ni dimulakan dengan booster. Risau jugak sebab tengok orang lain beriya update teruk-teruk lepas vaksin & booster. Alhamdulillah sampai hujung tahun masih selamat dari COVID-19. Sakit-sakit biasa tu adalah cuma bukan COVID-19. Other than that, this time aku cuba beranikan diri untuk jumpa dengan orang yang selama 5 bulan cuma contact through text. Yelah nak tak nak kena hadap juga kan. Kalau ikutkan aku punya takut, memang sampai mereput la tak jadi apa. But no worries, I'm survived and it's not that bad!

February

Lepas amek booster, macam biasa la kes covid slow slow naik balik. Walaupun kes naik, family aku sempatlah balik kampung berkumpul ramai-ramai walaupun sekejap sebab masa tu mak lang minta tolong mak abah masakkan nasi jagung dan lauk-lauk untuk hantar dekat masjid sempena kenduri arwah. Time tu masing-masing duk tanya bila laaaa kita dapat pergi holiday sama-sama. Dah susah nak jumpa kan. Bila dapat jumpa pun sekejap je sebab masing-masing tak boleh cuti lama. Oh btw, korang masih ingat katla? katapat? wordle? letterle? BTS wordle? Ya, time ni la bila kita bukak je twitter pagi-pagi mesti timeline penuh dengan benda ni semua and yes, dah berlalu. Ha Ha Ha.

March

Bulan birthday, tak kan tak best kot? Macam biasalah dapat surprise dari kawan-kawan tempat kerja. Lepas tu, malam pergi dinner & dapat kek dari family pulak. Dapat banyak sangat wish dekat socmed. Sampai birthday dah lepas pun masih ada yang wish hahah. Alhamdulillah umur masih panjang. Tapi tapi tapiiii. Jujur la ada rasa a bit down sikit sebab colleagues plan nak berhenti kerja. Bukan sorang ya, 4 orang. Semua yang dah kerja lama pulak tu. Of course aku ada rasa a bit left out. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Kita layan jelah. Bulan ni jugak family dah dapat amek kunci untuk rumah baru. Tapi tapi tapiiii lagi, tak ada rasa apa pun sebab tak ikut pindah. Hari minggu jelah balik sana sekejap buat ada-ada haa gituh. 

April

Bulan ni kenapa macam tak ada memories eh. Ha Ha Ha. Yang aku ingat, masa tu dapur untuk rumah baru dah siap. Dah lawoo gituh haa. Masa ni bulan puasa so maybe sebab tu macam takda apa sangat? Yang penting dapat berbuka dengan my BFF sebelum masing-masing busy jadi mak. Tahun ni tema raya hitam, tahun depan warna apa pula eh...

May

Preparation untuk raya pun tak ada sebab family busy uruskan rumah baru. Dah start bawa barang sikit-sikit. Memang takda vibes raya langsung la dekat rumah lama tu. Bersepah je ada ha ha ha. Disebabkan rumah sendiri takda vibes raya jadi kita balik kampung la beraya dekat kampung. Konon nak puasa sehari la kat kampung. Sebelum raya kan. Malam tu sampai je kat kampung, baru letak beg, dekat berita dah umum esok raya. Haa kau tak ke kalut satu rumah nak masak, Iron baju, kemas rumah, sediakan kuih muih apa semua. Good memories la. Tak menyesal balik kampung sebab hari raya kedua kita semua decide untuk beraya ke utara. So pergi rumah sedara mara dekat Penang & Perak. Best laaa kalau dah ramai-ramai kan. Ah rindunya! Other than that, bulan ni Sports Club ada buat camping, punyalah susah eh nak plan untuk camping ni. Berapa kali tukar proposal entah. Tapi not bad la. Semua enjoy. Best sebab rileks je tak perlu stress-stress. Lahh nama pun camping buat apa nak stress ye dakk. Masa tu teacher Homeschool tinggal aku dengan Rachel je. So kita berdua la tidur dalam 1 khemah sebab kita dah terbiasa berdua kan. Nice la dapat berkumpul ramai-ramai main games whatsoever. Yang tak bestnya sebab ada anjing. Takutttt. Dah la dia suka lepak depan khemah. Nak tidur pun tak tenang. Tapi bila subuh tu bangun nampak bintang-bintang bertaburan dekat langit sejuk je rasa hati ni. Hihihi.

June

Fuh sekejap je dah masuk bulan 6. Masa ni family dah start masuk rumah baru so tinggal la diri ni sensorang. Tinggal sorang tu takpe lagi. Tapi macam nak gila sebab kena jaga 9 ekor kucing. Hari-hari penat nak kemas rumah. Bila kemas, mata mula gatal, bersin-bersin, selsema. Haa semua la segala penyakit datang. Memang stress yang teramat sangat la cerita dia. Tapi kalau takda kucing, sunyi la pulak kan. So hadap jelah sementara istana kucing siap. Sebab nak pindahkan beberapa ekor ke rumah baru. Kalau aku kena jaga semua memang tak jadi orang dah la agaknya. Lepas tu tiap Jumaat bawa beg macam nak lari rumah sebab balik kerja abah amek bawa balik rumah baru. 

July

Macam nothing good je this month? Rasanya aku banyak sakit je bulan ni. Tak sihat sangat. Tapi alhamdulillah bukan COVID-19. Time ni rajin main ngl. Sebab dok tau nak borak dengan siapa so duk la main natang tu walaupun sendu jugak. Oh bulan ni raya haji rasanya. Memang tak plan balik kampung pun. Even aku kalau boleh nak duduk rumah sorang-sorang je sebab entah la. But then suddenly pakcik, makcik & cousins nak datang sini. So sehari lepas dorang sampai rumah mak, aku pun balik la sana. Buat BBQ ramai-ramai dengan family. Terubat la sikit kesunyian di hati yinni. Puih wkwkwkwk. 

August 
Bulan ni Nurul ada ajak join jom run. Fight like Jalil punya run. Mula-mula tu aku macam teragak-agak jugalah nak join sebab aduh come on Fatin dengan bersukan macam tak linked la. Tapi dia kata ada sorang lagi member nak join jugak & dah daftar pun. So aku pun macam okay la ada orang lain yang aku kenal so join jelah why not kan. Tapi last-last orang tu tak jadi pergi. Maka berhuhuhu la aku sebab aku tak kenal geng Nurul yang lain. Tapi okay jelah aku lari dengan kawan dia yang sorang tu. Kejap lari, kejap jalan. Haa gitu jelah sampai habis 5km. Merasa la juga ada medal untuk larian 5km walaupun tak lari mana. 

Actually this month also not really good. There's one Friday tu masa tengah buat cooking class tiba-tiba handphone macam busy sangat banyak notification & call masuk. Rupanya sebab bumbung rumah terbang kena ribut so rumah pun habis masuk air semua. Kita yang tengah kerja ni tak tau langsung apa yang jadi dekat luar. So terpaksa la balik kan. Bila balik tu masuk je kawasan flat rasa macam aduh speechless la. Rasa macam masuk kawasan baru. Kawasan terbiar dan tak terurus. Sebab pokok tumbang sana sini. Bumbung bersepah atas jalan tar. Flat semua dah takda bumbung. Semua orang flat berkumpul dekat bawah. Idk what to say la that time. Masa tu pening juga fikir nak duduk mana sebab kalau duduk rumah mak takda transport nak pergi kerja. Nak naik grab pun mahal sebab jauh. Shelter ada disediakan tapi tak selesa la kan nak mandi bersiap apa semua. So untuk seminggu tu duduk la dekat hotel deret tempat kerja tu hah. Walaupun duduk hotel tapi tetap tak selesa. Hotel murah je noks bukan hotel mewah. Buat sementara je sementara nak cari tempat tinggal baru. Then another next week dapat rumah sewa dekat flat ni jugak. Blok hujung. 4 bulan duduk rumah ni tapi masih tak dapat serasi kan diri. Hari-hari berharap dapat balik rumah sendiri. Nak tunggu orang pasang bumbung bukan main lama. Konon kata semua akan siap dalam masa sebulan. Buang air liur jelah. Dah December pun kitorang masih tak dapat masuk rumah tu. Keadaan rumah pun dah teruk sangat berlumut lumut dinding. Banyak benda nak kena bersihkan. Belum cerita benda yang kena beli baru lagi. Daripada banyak barang terus kosong rumah tu. Nasib baik ada jiran-jiran yang baik hati. Tolong kitorang buang barang-barang yang rosak tu. Tilam, segala jenis almari semua kena buang. Laptop, handphone, segala bagai gadget semua rosak kena air. Sedih handphone aku tu sebab kat situ banyak memories dengan kucing lama. Guess what aku letak dalam beras until now, dah Dec pun aku masih tak berani nak tengok handphone tu. Takut tak boleh terima kenyataan handphone tu rosak and I lost all of the good memories. Alhamdulillah meja makan, mesin basuh, peti ais masih ada dalam rumah tu. Boleh pakai ke tak, aku pun tak tau sebab sampai sekarang masih belum cuba. Sedih juga tengok banyak barang kena buang. Yelah benda kita hadap hari-hari kot. Tiba-tiba kena buang semua kan lain macam tu rasanya. 


Ni la keadaan rumah aku yang dah tak berbumbung. Bilik aku tu hah ternganga kemain luas. Dah macam kolam la orang kata dalam bilik tu. Tinggal nak lepaskan ikan je. Kesian dekat kucing-kucing aku masa hari kejadian tu diorang trauma betul. Terpaksa la pindahkan kucing dulu. Now 5 ekor dekat rumah mak, 4 ekor duduk dengan aku. Buat teman orang kata kot ada apa-apa boleh la cakap, "alahhh kucing la tuuu." 

September 

Bulan ni kitorang bawa budak-budak pergi UK Farm. Okay la enjoy. Diorang pun tak buat perangai masing-masing elok je enjoy the excursion. Oh nak cerita, eh bukan. Nak bagitau je, sejak duduk rumah sewa ni ada la few of weird things yang jadi. Tapi malas nak cerita. Yang penting nak cepat keluar dari rumah ni je. 

October 

Bulan ni kita pergi bercuti ke Langkawi 🦅 Walaupun plan banyak kena tukar sebab hujan kat sana, tapi tetap enjoy! Dah kalau pergi dengan makcik pakcik bawang memang meriah la cerita dia 😂 aku sebagai seorang yang pendiam pun rasa terhibur takda la boring je kan haa. Masa tu katanya Langkawi banjir teruk. Tapi kitorang ni rilek je berjalan so ingatkan biasa-biasa jelah kan. Sekali dah balik hotel, bukak twitter haa kau kemain teruk ya banjir dia. Kita try makan laksa ikan sekoq tu.. Tapi.. Laksa Penang mak lagi sedap 🥲

November 

It's convocation month! Baru je lepas bercuti ke Langkawi, now kena pergi Kedah pula untuk convo. Great experience! 


Terima kasih Farah sebab selalu ada dari awal sampai akhir. Teringat masa mula-mula daftar tu. Kita berdua je dari JB naik bas pergi Sintok. Masing-masing takda pengalaman. Jadi nak turun pun tak tahu dekat mana sebab memang tak ada station bas. Dia just berhenti dekat bus stop je. Manalah kitorang tahu nak kena turun dekat bus stop yang mana satu. Bila tanya, dah terlepas. So kitorang terlajak sampai ke Perlis. Sebab dekat Perlis tu bas memang berhenti dekat station bas. Dari situ kita naik teksi ke tempat sewa kereta kalau tak silap. Lepas tu barulah check in hotel apa semua. Dapatlah merasa masuk kelas sehari dekat UUM Sintok tu. Lepas tu kelas seterusnya semua dekat JB la. Setiap Jumaat, Sabtu. Akhirnya, graduate juga kita. Start belajar tahun 2016. Tahun 2022 baru graduate kau haa. Terima kasih untuk semua yang hadir! Gituuhh


BTW, nak tengok tak keadaan rumah lepas 3 bulan kena ribut? 




Haa gini la rupa dia. Sedih la tengok. Tempat kita membesar jadi macam ni. Nak buat macam mana kan redha jelah.. Selain memikirkan hal rumah, dekat tempat kerja pun busy practice untuk year end concert. Tahun ni Dr. suggest sorang teacher & sorang student untuk jadi emcee. Then diorang suruh aku. Aku yang tak banyak cakap ni nak jadi emcee? Haa jadi je lahhh. Daripada jadi emcee tiber dapat best dress award. Ha ha ha. Macam takda gambar sebab takda siapa nak ambilkan gambar. Teacher tak cukup kaki tangan, so macam biasalah agak huru hara sikit. Sikit jelah. Biasalahhh tu event dengan special kids. Kita kena ikut rentak diorang. Oh tidak dilupakan juga bulan ni bulan mengundi dan kita dapat kerajaan baru. Harapnya kerajaan baru ni dapatlah perbetulkan apa yang tidak betul kat negara kita ni.  

December 

Yuhuuuu it's December! 

Eh tak tak. Ni gambar rehearsal je takda apa yang berlaku pun okay. Bulan ni, beberapa hari sebelum majlis kahwin kakak sedara aku, satu-satunya mak cik aku yang Allah dah janjikan syurga untuknya sejak lahir, meninggal dunia. Sekejap sangat. Sebab malam sebelum arwah meninggal abah ada bagitau ambulans datang rumah ambil mak cik aku tu. Esoknya keadaan mendadak drop dan selang berapa minit lepas berita tu, mak cik aku terus pergi. Alhamdulillah mudah je semua urusan. Lancar dan cepat tanpa ada apa-apa halangan. Al-fatihah..

Okay la rasanya takda apa dah nak di cerita. Semoga tahun depan kita semua dapat jadi seorang manusia dan hamba Allah yang lebih baik dan berguna. Dipermudahkan segala urusan dan dicukupkan dalam segala bentuk rezeki. Aamiin. See you next year! InsyaAllah..



Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...