29 January 2011

1001 KHASIAT KENTANG :)

assalamualaikum ...
aq nk story tentang khasiat kentang ntuk korang2 yg suka makan kentang .
hah ! bace2 ! HAHA



RASANYA yang enak menjadikan ubi kentang diterima dan disukai oleh kebanyakan masyarakat dunia. Terdapat beratus-ratus jenis ubi kentang yang tumbuh di serata dunia adalah dari keluarga Solanaceac seperti terung dan tomato.

Tumbuhan yang berasal dari Bolivia dan Peru ini mula ditanam sejak tujuh ribu tahun dahulu. Ia menjadi bahan penting dalam masakan Eropah sejak orang Sepanyol membawa keluar dari negara Amerika Selatan itu.

Ubi kentang kini ditanam secara besar-besaran terutamanya oleh peladang di Amerika syarikat. Ini kerana ianya mempunyai pelbagai khasiat untuk penjagaan kesihatan.

Ubi kentang kaya dengan kandungan potassium, vitamin C, karbohidrat kompleks, fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah.

Selain itu, ia juga mengandungi protien, zat besi, vitamin B1, B2 dan B3. Ia mempunyai kandungan potassium yang jumlahnya dua kali ganda daripada buah pisang.

Manakala jumlah lemaknya pula di bawah para 25 peratus. Ubi kentang sangat sesuai bagi mereka yang mengalami kekurangan gula dalam darah yang menghidap darah tinggi.

Di dalam pembentukan zat besi di dalam darah, ubi kentang adalah merupakan sumber yang terbaik. Ia juga adalah merupakan sumber yang mampu menjamin sistem ketahan badan kerana kandungan vitamin dan kalsiumnya tinggi.

Kandungannya juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ianya lebih berkesan berbanding kacang soya. Manakala kulit ubi kentang kaya dengan clorogenic polypherol iaitu ianya dapat membantu mengelakkan daripada mutasi sel yang boleh membawa kepada
barah.

Satu kajian yang pernah dijalankan mendapati hirisan ubi kentang mentah dan jusnya boleh membantu seseorang mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Hirisannya juga boleh melegakan kesakitan seperti pada urat atau tergeliat, kebakaran ringan dan luka-luka kecil dengan melekapkannya di atasnya.

Sos ubi kentang dikatakan boleh mengurangkan luka, mengurangkan kesakitan, mengelakkan jangkitan dan pencemaran bakteria. Manakala parutannya yang diletakkan di bahagian mata dikatakan mampu menghilangkan bulatan hitam pada mata (dark circles). Apabila paruatan itu dicampurkan bersama krim putar, ianya mampu untuk melambatkan kedutan pada muka.


hah ! banyakkan khasiat kentang ??

2 comments:

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...