30 May 2013

29th of May 2013

Assalamualaikum :')
Terlalu banyak rasanya benda yang nak diluahkan tapi tak berkesempatan sebab masa + kesihatan yang tak mengizinkan. Hmm nak start dari mana pun dah tak tau nih. Okay breath in~ breath out~ hmm start dari hari Rabu ritulah. Kan kena buat persembahan MUET, kena acting. Haha best tau! Group aku yg ketiga. Serious masa group 1st dgn 2nd perform aku buat dang jeh sbb takut sgt kan kena acting depan org, speaking pulak tuh! Cehh padahal depan geng lower6 je punn. ahahahaha. Group aku tuh Daus jadi budak sekolah yg gilakan laman sosial. Pijot jadi Google, aku jadi Blogger, Echa Youtube, Mira Games, Fina PC and Dyana jadi Elektrik. Lyana jadi tukang cerita. Hhaha. Climend tukang record, agak awkward jugak. Tapi aku suka time gaduh dgn pijot tuh, dorg pakat dok gelak. Hihi. Then group Ain pun best! Sumpah kelakar gila! Group Muetia pun kelakar jugak cerita dia. Haha semuanya bestlah! Masing-II ada bakat sebenarnya kan?? Malu nak tunjuk je tuh :P
Then sebelum naik atas Ckg Afran mintak nak bergambar dulu, tapi gambarnya takda, ada pada dia, kalau ada pun kat Moments WeChat. Hmm :\
Then esoknya plan tanak dtg, tapi bila fikir balik baik aku dtg sbb cikgu nak bagi kelas. Manalah tau kod ada yg tak puas hati ke kan. Boleh rujuk pada cikgu. Then tetibe pagi tuh rasa tak sedap badan. Ingatkan takda apalah. Rupa2nya kat skolah makin teruk, dalah dok kat bilik acond. Tak terkata apa dah. Ingat nak balik sbb tak tahan sgt dah. Masa rehat cari Ckg Afran tapi tak jumpa. Then si Fatin dgn Jona ternampak aku dok kat tangga sorg2 sementara aku tunggu Pijot g tandas. Haha aku tak fikir apa dah, aku men duduk jeh kat mana2. Si Jona tanya "demam ke?" then Fatin pegang dahi aku dia cakap "a'ah laa demam, panas." Hmm then takpelah kan, stay jelah sampai balik. Naik atas jeh cikgu Fatimah dah ada, then kena bagi2 kumpulan, kena cipta smething drpd straw whtever mende ntah. Time tuh dlm kepala otak aku ingat nak balikkkkkkkkk jeh v.v
Then semua org mcm tiba-II silent. Tak tau nak buat apa. Aku memang tak amek port dah masa tuh. 


Nilah salah satu gambar yg ada. Aku tak byk bergambar pun. Takda mood nak bergambar. Ni pun gambar ori from fb. Malas nak edit then upload balik kat sini, men copy url jeh senang. Tengoklah tuh, ntah mende2 yg jadi. Masa presentation dah sah2 laa si Hasnor yg kena sebab dia kalau bercakap boleh tahan jugak. Daripada suasana tegang boleh jadi gelak2 hambar~~ Lol
then ingat dptlah balik awal. Tak sabarnya nak balik! Nak rehat! Tak larat sangat dah. Tapi tetibe Ckg Dyana soh stay. Errr ntah apalah dia nak. Dalah Sejarah ada kerja. Hmm ingat cuti nih bolelah rileks2 lagi. Tak lama tuh Ckg Dyana dtg bwk buku Pengajian Am. Dia ckp yg kena stay nih kena buat kerja P.Am. Hmm. Then dia ckp nk bagitau kat fb sebab ritu dia salah bagi info. Tapi takda pun.. so how? tak payah buat ke ape? ntah laa -,-
Hmm time nak balik tu jugaklah dpt satu kejutan. Ckg Afran ckp dia terpaksa letak Dyana kat klas1. Aku dah terkedu taktau nak cakap apa. Tapi aku still ada rasa lega sebab dia still belajar benda yg sama macam aku. Cuma kelas jeh yg lain. Then.. kau ingat tak Dyana kau ckp kat Ckg Afran "alaa sy nak bentilah mcm nih." haha then kau gelak2. Tapi muka kau sedih.. Start malam tuh sblm tdo aku mesti akan terfikir, aku nak geng dgn sape kat klas nanti. Pijot mst dgn Lyana. Hmm :\
Mlm td ntah kenapa tetibe nak Cc Dyana bagitau yg aku nak partner dgn sape kat klas nanti..
But then aku pun mcm okaylah sbb nnt time blajar kite still satu kelas. Ntah kenapa tetibe harinih aku terbaca tweet kau. Kau cakap nak pergi UiTM. Aku terus terkedu. Aku diamkan aje. Sampailah tetibe Dyana tweet dia tanya "weh kau tanak amek tepat aku g lawatan tuh ke?" aku reply "kenapa pulak? kau?" then betapa terkejut + sedih nak nangis semua ada bila dia reply "hmm akuuu...... dh kluar skola." hmm okay aku terus tweet "TANAK TWEET LAGI ! SEDIH ! :'(((((((" hmm serious tak terkata apa dah. Then dia bagi msg. Hmm aku tak  boleh betul kalau baca msg dia yg takda huha huha tuh. Mesti akan nangis. Aku baca separuh jeh. Then tak sanggup nak baca dah. Bila dah rasa okay sikit, baru aku reply, itu pun dah tersedu sedu :'\
Maknanya last kita jumpa Khamis rituh laa kan? *kesat air mata* maknanya ada hikmah laa kan kenapa aku tak jumpa Ckg Afran sebab kalau aku balik memang aku tak dapatlah nak habiskan satu hari tu dgn kau kan?? Then yg aku tanak join KRS punya lawatan tu pun ada hikmah la kan sebab kalau aku join pun mcm takda makna apa sebab last2 kau bukannya join kan???? Siapa nak jadi hero aku lepas nih? *kesat air mata* Siapa nak tarik tgn aku kalau aku tak perasan ada kereta kiri knn time aku lintas jalan nanti?? Lepas niih Dyana dah takda. Kena pandai jaga diri. Kena berani. Kena pandai cari kawan! Hmm ingat tak masa mula2 kita dpt tawaran f6 tuh? Kau ckp kena bljr rajin2 lpas nih, kena ada azam baru. Aku cakap kita sama2 boleh buat. Kau ckp aku pandai. Tapi kita lebih kurang jeh. Aku takdelah pandai mana pun. Then kau ckp "yg lebih utk kau, kurang utk aku. Tp hrp2 kita bole lps ni." Aku jadi semangat. Sebab ada kwn yg sama2 nak berjuang. Then ingat tak masa orientasi yg kat dewan tuh. Masa Ice Breaking tuh? Masa tuh happy sangat kan? Tapi lepas nih dah takda mcm tuh. gelak2 dgn perangai gila kau. Ingat tak masa kite lepak kat KFC? kite luahkan semuanya kan? Sedihnya.. nak nangis masa tuh. Tapi msing2 tahan. Mata merah jeee :'\
Tapi aku kira bertuahlah sebab dapat jumpa kau masa birthday kau. Ingatkan xdpt jumpa dah. Hhihi :')
Then msg kau yg tadi tuh. Knp mintak maaf? Takpe pegi jelah. Kalau ada rezeki kita boleh jumpa lagi kan? Thanks sudi kwn dgn aku even aku nih ego, annoying sume2 tuh. Kalau aku takut kau slalu tolong aku. Ingat tak yg kita pegi Poli tuh? Yg aku takut kau pun ikut sama takut tuh? haaa yg tuh skali jeh aku tengok kau takut bila aku takut. Haha *lap air mata* aku nangis bukan sebab tak bagi kau pegi. Aku cuma sedih. Tak, bukan sedih sebab kau dpt masuk sana. Aku tumpang happy jugak. Cuma yelah sedihlah kita dah plan nak berjaya sama2 kat sini. Takpelah, kat mana pun kau, aku tetap doakan kau berjaya. I know you can do it!! *lap air mata* :'3
Kau suruh aku happy2, mcm mana? kau kan tau aku memang tak reti nak sembunyikan air muka aku nih. Kalau sedih, sedih laa muka aku, kalau happy, happylah. Kalau tak suka, memang nmpk muka tak suka aku tuh kan? Aku memang tak reti nak sembunyikan perasaan aku :')
Kau ckp pjot dgn yana boleh buat aku gila. Tapi tak sama mcm kau! Haha takpelah, aku cuba start cara hidup baru tanpa sorang PG's :')
Hah lagi satu! Ingat tak lagu nih? lagu yg aku buatkan vid tuh? hihi memandangkan entry ni pun byk pasal kwn, pasal kita. Sajaklah dengan lagunya kann? hihi bye 




No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...