24 April 2014

Yang Tadinya Berdua Dengan Kau

Kau tau apa makna menyisihkan dan disisihkan?

"Tau."

Betul kau tau? Kau pernah rasa?

"Pernah."

Sakit?

"Sakit."

Betul kau pernah rasa? Tapi.. kenapa kau buat? 

........................................................................

Yang namanya menyisihkan tu bila kau berdua,
Tiba-tiba datang orang ketiga,
Dan kau cuma mampu bilang,
"PERGI"

Yang tadinya berdua dengan kau terkedu,
Tak terlintas dia akan disuruh pergi begitu,
Hati rasa bagai ditikam-tikam,
"OKAY"

Yang tadinya berdua dengan kau,
Terus-terusan bertanya,
"SIAPA AKU PADA KAU?"

Yang tadinya berdua dengan kau,
Datang pada aku,
Jelas tiada yang mampu buat dia tersenyum.

Yang tadinya berdua dengan kau,
Diam-diam jatuh air matanya,
Terus persoalkan,
"SIAPA AKU PADA KAU?"

Yang tadinya berdua dengan kau,
Masih lagi mahu berdua,
Dengan orang yang sama,
Ya, kau!

Yang tadinya berdua dengan kau,
Sekali lagi disuruh pergi oleh kau,
Kau punya cerita dengan yang ketiga,
Dan yang tadinya berdua dengan kau,
Tak punya hak untuk tau apa pun.
"OKAY."

Lalu,
Yang tadinya berdua dengan kau,
Tak mahu terus disepak-sepak,
"AKU BUKAN BONEKA!"
Yang bila kau mahu kau datang,
Kau gelak tawa sedang kau tak tau,
Yang tadinya berdua dengan kau,
Hatinya sudah penuh dengan duri-duri tajam
yang kau sendiri tancapkan.

"AKU DAH PENAT!"
Penat rasanya dilihat seperti seorang yang terhegeh-hegeh mahukan kau
TAPI KAU?

Kau hanya bersama dengan yang ketiga,
Untuk kau bercerita.

Dan kau hanya perlu yang keempat,
Untuk duduk saja-saja.

Pedulikan aku,
Kau seronok berkongsi cerita,
Tapi bukan dengan aku,
Kawan sendiri.
Mungkin.

Aku hanya mampu melihat kau dan yang lainnya bercerita,
Sedang aku sendiri,
Masih lagi mengulang persoalan yang sama,
"SIAPA AKU PADA KAU?"

Pernah aku nampak,
Satu antara kita tertunduk bisu,
Lalu mata meliar melihat ragam yang lainnya.
Ya aku nampak kau,
Tapi kau tak pedulikan yang satu di antara kita.

Hati aku sebak, 
Terus berlari untuk dapatkan satu di antara kita,
"AKU DATANG KEPADAMU.."
Terus saja air matanya mengalir.
Aku pandang kau,
HAMPA.
Tetap tak dipedulikan.
Tak apa kawan, mari ikut aku, kita sama-sama.
Kau ada aku kan?

Lalu datang pula yang seorang lagi di antara kita,
Pernah dia ditinggalkan berdua dengan kau,
Tapi kau..
Masih saja mahu tinggalkan dia,
Kenapa takut ceritakan semua padanya?
Tapi berani cerita pada yang lain?
Apa kau rasa dia pengkhianat sampai kau takut begitu?

Nasibnya sama,
Seperti kau tinggalkan yang tadinya berdua dengan kau,
Dan juga yang tadinya tertunduk diam membisu.
"SIAPA KAMI PADA KAU?"

.......................................................................


Air mata aku menitis saat aku luahkan,
"I HOPE MY FRIENDS WILL NEVER LEAVE ME."
Ya, aku takut ditinggalkan.
Semakin ramai rasanya yang tinggalkan aku.
Mungkin aku bukan kawan yang baik, 
Bukan pendengar yang baik,
Bukan penasihat yang baik.
Mungkin sebab tu kau bosan.

Tapi aku bersyukur,
Masih ada yang sudi bilang,
"JANGAN NANGIS! AKU ADA!"
Bukannya aku berhenti malah makin menangis.
Terima kasih tuhan,
Kau sudi hantarkan mereka yang sudi bersama aku,
Yang sudi terima cengengnya aku,
Yang sudi terima bodohnya aku,
Yang sudi terima sensitifnya aku,
Yang sudi terima bengisnya aku,
Yang sudi terima buruknya aku.

.............................................................................

Ya, yang tadinya berdua dengan kau itu aku,
Akulah orangnya yang kau suruh pergi.
Tak, mana ada aku ambil hati,
Malah aku dah terbiasa ditinggal kawan-kawan yang anggap aku sangat membosankan.

Mungkin kau akan bilang,
"TAK, AKU TAK SURUH KAU PERGI!"
Tapi jiwa aku punya rasa.
Setiap bait kata yang kau ucap aku ingat.

Lalu sekarang bagaimana ?
24042014

No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...