Yan melemparkan pandangan kosong ke arah manusia-manusia yang berada di hadapannya. Di sudut kiri bangunan terdapat kedai yang menjual pelbagai jenis manisan. Dan di situ juga Yan terlihat seorang kanak-kanak perempuan menarik-narik hujung baju ayahnya sambil menunjuk ke arah gula-gula kapas berwarna merah jambu yang tersusun cantik di dalam kedai. Tanpa membantah, lelaki dewasa itu memimpin tangan kanak-kanak perempuan tersebut dan membawanya masuk ke dalam Kedai Manisan, terus ke tempat gula-gula kapas merah jambu tersebut. "Lelaki tu nampak macam muda lagi. Anak dia ke tu? Kalau anak dia.. mana pulak isteri dia? Oh mungkin isteri dia tak ikut. Atau.. pergi tandas. Ataupun ke kedai lain mencari barang keperluan. Eh tapi kenapa tak jalan sekali?"
"Kau okay tak ni?" Tegur Syera yang entah daripada mana muncul. Yan memandang Syera dengan dahi yang berkerut tanda tak puas hati.
"Minah ni dah la lambat. Lepas tu datang main sergah je. Aku tengah berfikir kot tadi. Spoil betul. Jap, lantaklah pasal lelaki tu. Bukan penting pun. Tapi... ah tak mungkinlah!" Yan kemudiannya tersenyum.
"Kau rasa aku okay ke lepas duduk tercongok setengah jam kat mall besar ni semata-mata untuk tunggu kau?" Mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Yan, Syera tersengih menampakkan barisan giginya yang... tak berapa nak kemas sangat.
"Alah.. sorry sangat babe. Manalah aku tau kereta aku tu nak buat hal. Sorry sangat.. anyway thanks sebab tunggu aku sampai setengah jam kat sini. Aku ingatkan kau dah balik. Takpe, aku belanja kau segala benda yang manis-manis kat kedai depan tu. Kau suka kan?" Syera cuba memujuk rakannya itu dengan tawaran mahu belanja segala benda yang manis-manis kepada Yan. Serta merta ingatan Yan memaparkan kembali situasi kanak-kanak perempuan dan lelaki muda tadi. Dia tersenyum.
"Nak! Nak! Jomlah!" Pantas saja tangan Syera ditarik. Terkejut Syera apabila tangannya tiba-tiba ditarik sebegitu.
"Eh tak menyempat kau ni kan. Laju je!" Syera membuat muka geram. Kelam kabut dia dibuatnya. Yan mahu cepat-cepat ke Kedai Manisan itu. Ya, dia mahu segera sampai ke situ dengan satu pengharapan. Ya, dia perlu memastikan sesuatu. "Tolonglah ada lagi kat situ."
Kini mereka berdua sudah berada di dalam Kedai Manisan tersebut. Pantas saja mata Yan meliar mencari lelaki muda tadi. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Tapi kata hatinya dia perlu bertemu dengan lelaki itu. Tidak salahkan cuba untuk ikut kata hati? Dia kemudian menuju ke arah gula-gula kapas.
"Anis nak belikan untuk mama sekali boleh tak paksu?"
"Boleh. Anis pilihlah. Paksu tolong bayar je."
"Suara tu..." Yan mula mencari arah daripada mana datangnya suara kanak-kanak perempuan dan lelaki tadi. Dia yakin itu pasti mereka. Langkah dilajukan menuju ke hujung rak yang dibuat khas bagi menempatkan gula-gula kapas di dalamnya. Tak ada. Dia berjalan pula ke rak sebelah. "Bingo! Jadi.. budak perempuan ni anak saudara dia dan bukannya anak dia. Dan.. dia?" Yan terkejut dan sedikit berdebar namun dia tersenyum. Sedikit sinis. "Senangnya nak dapat jawapan."
Yan mengeluarkan buku nota kecil berwarna merah hati dan terus berjalan laju seolah tergesa-gesa dan perlu keluar segera daripada Kedai Manisan tersebut. Ruang di antara rak tersebut tidaklah besar mana. Dalam keadaan kelam kabut itu buku nota merah hati kepunyaanya tadi terjatuh betul-betul di hadapan lelaki muda yang dipanggil "paksu" oleh kanak-kanak perempuan yang setia berdiri di sebelahnya. Tanpa mempedulikan buku tersebut, dia terus mencapai tangan Syera yang sedang leka memilih gula-gula pelbagai bentuk dan warna di sebuah rak berhampiran. Sekali lagi Syera terkejut dan kali ini dia terjerit kecil. Mujur saja dia tidak membaling kesemua gula-gula yang ada dihadapannya ke muka Yan yang pada awalnya disangka entah siapa-siapa.
"Kau ni dah kenapa? Boleh sakit jantunglah aku macam ni!" Syera menjeling Yan. Geram!
"Sorry.. tapi aku sakit perutlah Syera. Err kau tak payah belanja aku benda manis-manis ni la ea? Lagipun aku tengah kurangkan makan benda yang manis. Kau belanja aku KFC sudah la ea?" Yan mengelip-ngelipkan matanya. Comellah konon.
"Eeee kau ni banyak songeh kan? Tadi bukan main exsited nak masuk Kedai Manisan tu. Dah masuk, tiba-tiba exsited nak keluar pulak sebab lapar. Ya Allah stress aku la dapat kawan macam kau ni. Dah jom-jom tadi kata lapar kan. Sebelum aku ubah fikiran dan tinggalkan kau sorang terkontang-kanting kat dalam mall ni baik kau bawak aku pergi KFC cepat." Sambil-sambil membebel tu tak sedar pula yang dia sudah pun berada di hadapan KFC.
"Tadaaa dah sampai! Alah sorry la ea? Hah disebabkan aku dah buat kau marah, kali ni biar aku la yang belanja kau makan KFC ea? Kau belanja aku lain kali je. Okay?" Syera tersenyum sedikit.
"Okay aku dah cool. Orderkan aku set yang biasa kita makan. Aku pergi cari tempat."
"Yosh!"
Sementara itu di hadapan Kedai Manisan yang ditinggalkan oleh Yan dan Syera seperti ternampak hantu tadi, berdiri lelaki muda yang bersama dengan anak saudaranya itu. Kelihatannya seperti tercari-cari kelibat seseorang. Tidaklah muda mana pun, lebih kurang sebaya Yan dan Syera. Mungkin lebih tua sedikit daripada mereka. Cuma jika benar kanak-kanak perempuan itu adalah anak kepada lelaki itu mungkin dia boleh dikategorikan sebagai lelaki muda atau lebih tepat lagi ayah muda. Eh.
"Mana pulak minah tadi? Tak kan sekejap sangat dah hilang." Dani menggaru dahinya yang tidak gatal. Aksi spontan biasa yang akan dilakukan oleh segelintir manusia apabila mempunyai soalan yang tiada sebarang jawapan. Buku nota merah hati yang terjatuh di hadapannya tadi kini sudah berada di dalam tangannya.
"Paksu. Bukalah buku tu. Mana tau kakak tadi ada tinggalkan nombor telefon dia." Melihatkan paksunya yang seperti hilang arah, anak saudaranya itu memberi cadangan spontan.
"Eh mana boleh Qish. Ni kan hak orang. Mana boleh suka-suka baca." Sebenarnya dia terfikir juga mahu melihat isi di dalam buku tersebut. Tapi berbelah bahagi kerana ianya hak orang lain dan mungkin privasi bagi diri tuannya.
"Tapi Paksu.. kalau tak buat macam tu, macam mana nak pulangkan buku ni kat kakak tu tadi? Aqish tak nak cari satu mall. Aqish penat.. lagipun mungkin kakak tadi dah balik." Dia berpaling sambil berpeluk tubuh. Oh tak lupa juga memuncungkan mulut tanda tak puas hati.
"Aqish dah nak balik ke? Hm yelah Paksu buka buku ni. Kalau betul dalam ni ada nombor telefon dia macam yang Aqish cakap, Paksu belanja Aqish makan aiskrim lepas ni. Dah janganlah merajuk. Kalau merajuk, no aiskrim, no shopping anymore." Cepat-cepat budak itu berpaling semula ke arah Paksunya sambil tersengih. Comel!
"Okay!"
Tak perlu buka lebih jauh, pada halaman pertama saja sudah tertera biodata tuan buku ni. Betullah kata Aqish. Siap dengan nombor telefonnya sekali. Perempuan memang terlalu sayang pada semua benda ya? Walau cuma sebuah buku nota? Hm.
"Nuriyan binti Kamal. Nuriyan? Apesal pelik sangat nama perempuan ni? Dah macam durian! Nuriyan, durian." Tanpa disedari Dani tersenyum sendiri.
"Paksu? Kenapa senyum? Kakak tu tulis apa? Aqish nak baca!" Kata Balqis sambil terjinjit-jinjit mahu melihat isi di dalam buku nota tersebut. Serentak itu senyuman di bibir Dani menghilang.
"Eh! Budak kecik tak boleh baca! Dah jom balik. Nak makan aiskrim kan? Jom." Dani terus memimpin tangan anak saudara perempuannya itu berjalan ke pintu keluar mall.
"Yeay! Maknanya ada nombor telefon kakak tu kan? Kan Aqish dah cakap. Tapi kenapa nak balik. Call la dia. Paksu tak nak pulangkan buku kakak tu?" Soal Balqis sambil tersenyum-senyum.
"Takpe kita pergi makan aiskrim dulu. Buku ni nanti Paksu pulang. Kan ada nombor telefon dia. Sekarang mungkin dia busy. Aqish nampak kan macam mana dia kelam kabut keluar daripada Kedai Manisan tadi?" Mendengar penjelasan itu, Balqis hanya mengangguk.
"Dia perasan ke tak buku nota aku yang jatuh depan dia tu? Tak kan tak perasan pulak. Sampai sekarang tak call lagi. Ke dia tak belek belek buku tu? Ish payahlah macam ni." Yan bermonolog sendirian sambil tangan kanannya mencubit isi ayam lalu dicicah dengan sos yang telah dicampurgaul sekali dengan kentang putar dan sayur campur KFC. Ya dia memang begitu tiap kali makan KFC. Sambil tangan kanan menyuap isi ayam tadi ke dalam mulut, tangan kanannya bermain-main dengan telefon bimbit samsung berwarna putih. Ya, dia cuma mampu menggunakan telefon bimbit berjenama samsung sahaja.
"Yan. Kau.. tunggu someone special call ke?" Usik Syera yang sejak daripada tadi memerhati gelagat rakannya itu.
"What do you mean by someone special? Nak perli aku ke?" Balas Yan lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja, bersebelahan dengan pinggan yang berisi ayam gorengnya.
Mendengar pertanyaan itu, Syera tergelak kecil sebelum menjawab.
"No.. bukan perlilah. Aku tanya je kan.. yelah manalah tahu kau simpan someone special kau tu diam-diam tak nak bagitahu aku kan. Haa lagipun kita kan jarang jumpa. Aku balik sini pun time aku cuti je. Lagipun aku tengok kau punya renungan tu macam mengharapkan ada seseorang muncul daripada skrin handphone kau yang tak berapa nak besar tu. So.. bila nak bagitau aku?" Syera menyoal dengan harapan dapatlah dia mengorek rahsia si Yan ni. Eleh dengan kawan sendiri pun nak berahsia.
"Haihh merepeklah kau ni. Kalau betul aku ada someone special, kau orang pertama yang tahu tau. Okay.. betul kau nak tau kenapa aku punya renungan tadi tu macam mengharapkan ada seseorang muncul daripada skrin handphone aku yang tak berapa nak besar ni?" Giliran Yan pula menyoal Syera sambil tangan kirinya mengangkat telefon bimbit dan disuakan ke muka Syera.
"Gila kau tak nak tahu. Mestilah nak! Eee kau sampai hati berahsia dengan aku kan. Menyampah tau. Ni kalau aku tak tanya memang tak cerita langsung la kan?" Syera mengecilkan matanya yang memandang tepat ke dalam anak mata Yan.
"Eh tak.. aku memang nak bagitahu kau. Cuma aku cari masa yang sesuai. So nilah masanya. Hee." Yan tersengih memandang Syera dengan harapan Syera tidak berkecil hati dengannya.
"Tak payah nak sengih sangatlah. Cepat cerita." Syera buat muka menyampah.
"Okay macam ni.. tadi masa aku tunggu kau.. aku ternampak sorang lelaki ni dengan budak perempuan kat depan Kedai Manisan tu. Budak perempuan tu kecik lagi. So mulalah terdetik kat hati aku, mungkin tu anak dia. Tapi mana bini dia? Okay mungkin bini dia pergi toilet ke, kedai lain ke, tak ikut ke kan. Masa aku tengah dok terfikir itu ini pasal dia, cakk! Kau muncul. Teruslah hilang semua persoalan tu. Bila kau cakap nak belanja aku benda manis-manis, aku terus teringat balik kat dia. Sebab tu la aku terus tarik tangan kau.. sebab aku takut kalau dia dah pergi daripada kedai tu." Yan menerangkan dengan penuh perasaan ditambah pulak dengan gerak tangannya yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan sekejap macam itu sekejap macam ini. Barulah feeling nak bercerita kalau tangan digerakkan sekali.
"Oh? So kau tarik tangan aku tu bukan sebab kau excited la aku nak belanja kau? Kau cuma nak cepat sebab takut that guy hilang. But why? Dia kan suami orang. Ke kau kenal dia sebenarnya?" Syera sudah mula teruja untuk mengetahui sambungan cerita daripada Yan. Tetapi Yan terlebih dahulu meminta diri untuk mencuci tangan. Setelah dia kembali, Syera pula melakukan hal yang sama. Setelah selesai, Syera kembali ke tempat duduknya.
"Babe, tadi ada orang call kau. Aku tak tengok pulak siapa." Mendengar ayat yang keluar daripada mulut Yan, Syera segera memeriksa telefon bimbitnya.
"Along aku. Dia nak apa pulak call aku ni? Pelik je."
"Call la dia balik. Mana tahu penting." Cadang Yan kepada Syera. Setelah beberapa minit berbual bersama alongnya, Syera menyatakan hasrat untuk pulang ke rumah. Ada hal keluarga katanya.
"Betul kau tak nak balik dengan aku?" Soal Syera ketika melangkah keluar daripada restoran KFC tersebut.
"Tak. Takpelah. Aku nak jalan kejap. Nanti aku balik sendiri."
"Okay babe. Jangan merayap lama sangat! Oh by the way, nanti jangan lupa sambung cerita kau okay! Aku balik dulu. Bye!" Yan membalas lambaian Syera. Dia kemudiannya tersenyum. "Bolehlah aku pergi cari mamat tu kejap. Kenapa dia tak call aku lagi? Dia tak ambil ke buku tu? Atau dia tak buka buku tu? Atau dia buka tapi tak perasan nombor telefon aku?" Yan meneruskan misinya untuk mencari lelaki tadi. Ya, dia tahu lelaki itulah yang pernah muncul dalam hidupnya 5 tahun lalu. Dia masih ingat. Dan sekarang, dia pula mahu muncul dalam hidup lelaki itu.
-Bersambung-
No comments:
Post a Comment