. . . . . . .
Aku ambil sedikit masa sebelum jari-jemari aku dapat menari dengan lancar di atas skrin telefon bimbit yang entah sampai bila aku akan sayang ni.
Dengan perasan yang tak dapat aku tafsirkan supaya kau atau siapa pun dapat gambarkan.
Dan...
dengan mata yang bengkak disebabkan air mata terlalu mencintai pipi aku, mengalir perlahan kadang deras, aku tak halang tapi itulah; mata aku yang kena terima nasibnya.
dengan mata yang bengkak disebabkan air mata terlalu mencintai pipi aku, mengalir perlahan kadang deras, aku tak halang tapi itulah; mata aku yang kena terima nasibnya.
Kalaulah aku lancar berkata-kata umpama lancarnya aku meluah rasa pada sehelai kertas pada laman twitter pada blog pada tmblr pada aplikasi whatsapp dan pada apa sekalipun selagi mana penerangan itu akan terwujud cuma pada saat jari jemari aku berfungsi, dan pada waktu itu--
aku rasa aku akan jadi seorang perempuan pendiam yang paling bahagia.
Aku keliru...
kenapa kata-kata itu terlalu sukar untuk aku luahkan, terlalu sukar untuk aku ceritakan dan terlalu sukar untuk aku jelaskan pada orang-orang di hadapan aku?
kenapa kata-kata itu terlalu sukar untuk aku luahkan, terlalu sukar untuk aku ceritakan dan terlalu sukar untuk aku jelaskan pada orang-orang di hadapan aku?
Kenapa aku sebenarnya?
Kenapa aku sebenarnya?
Kenapa aku sebenarnya?
Kenapa aku sebenarnya?
Kenapa aku sebenarnya?
Aku cuma mahu sokongan...
Aku cuma mahu bimbingan...
aku perlu orang yang mahu cuba untuk faham aku tanpa aku perlu untuk bicarakan satu apa pun.
Aku cuma mahu bimbingan...
aku perlu orang yang mahu cuba untuk faham aku tanpa aku perlu untuk bicarakan satu apa pun.
Aku perlu orang yang sentiasa mahu bertanyakan ke aku apa yang aku suka lakukan? Apa yang aku mahu? Apa yang aku impikan? Apa yang aku citakan? Apa yang aku benci? Apa yang aku takutkan?
Dan apa yang harus aku lakukan...
Sekali lagi, air mata ini jadi saksi.
Melihat aku yang selalu dibebani dengan pelbagai macam persoalan.
Melihat aku yang selalu mempersoalkan kebolehan diri sendiri.
Melihat aku yang selalu menyalahkan diri sendiri.
Melihat aku yang selalu berharap untuk ditemani.
Dan melihat aku yang selalu pada akhirnya akan sendiri.

Tidak, orang yang aku harapkan itu bukan kau, atau siapapun.
Dia adalah seseorang yang lebih berharga yang tak akan mampu aku ungkapkan betapa besar atau betapa tinggi nilai harganya.
Dia adalah seseorang yang lebih berharga yang tak akan mampu aku ungkapkan betapa besar atau betapa tinggi nilai harganya.
Dan yang paling pasti, dia tidak akan tahu kewujudan coretan hati aku yang satu ini.
Sudah baca sampai di sini bukan? Jadi kamu.. memang bukan orangnya.
Bandar Air Mata;
13 Ogos 2015; 3:48am
13 Ogos 2015; 3:48am
No comments:
Post a Comment