15 January 2013

Kahwin Ganti


Assalamualaikum (:
hihi berjaya jugak habiskan baca novel nih dalam tempoh masa kurang dari seminggu. Masa mula-II tuh, tengok tajuk novel nih, dalam hati cakap "takde tajuk lain ke? kahwin ganti? cerita pape jela nih." Then try laa baca. err bosan jugaklah. Mungkin sebab mood membaca takda masa tuh + penat + mengantuk. So masa hari pertama baca novel nih decide tanak teruskan. So aku tidurlah dengan jayanya. Lol
Yang comelnya watak Mya Zara dalam cerita nih dapat bayangkan muka Heliza. Sebab dia ada mention mata Mya Zara bulat macam Heliza. Bertudung and memacam lagi laa. Senang cite kalau novel nih jadi cerita kat tv pelakon yang akan pegang watak Mya Zara tuh Heliza. harhar
Yang lelaki pulak. Pasangan kembar, Nuqman Hakim and Luqman Hakim. Tak pernah nak berbaik. Dari kecik Luqman suka amek barang abang kembar dia si Nuqman. Nak dipendekkan cerita one day Nuqman decide nak kahwin padahal masa tuh dia belum habis belajar lagi. Tapi dah sem akhir. Si Mya Zara tuh laa makwe dia. Tapi tua 2 tahun kut dari dia. Masa majlis akad nikah tuh Nuqman lari entah kemana. Then kakak diorang si Nuha mintak Luqman untuk gantikan tempat Nuqman sebab kakak dia tanak malukan keluarga. Memandangkan muka diorang memang sama and Zara tak pernah tau yang Nuqman ada kembar so dia takde rasa pape. Luqman nih playboy, cara percakapan kasar. Memang berbeza dengan Nuqman. Malam tuh jugak Zara dapat tau yang laki tuh bukan Nuqman. Demi nak jaga maruah keluarga dia jugak dia diamkan. Bila ayah Luqman terdengar perbualan diorang and dapat tau perkara sebenar, ayah dia sakit then meninggal. Luqman salahkan Zara. Dia selalu layan Zara macam nak tanak jeh. Dah malas nak cerita. huaahuaaa xD
Nih sinopsis yang ada belakang novel tuh ;)

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya sebulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat sorang tu, sibuk ke hulu ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada dihadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya. 

"Awak suka saya tak?" - Mya Zara

"Aku... aku suka Dibo!" - Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang! - Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

**********
Jeng jeng jeng... hahahahaha bye! xD



No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...