17 January 2013

Miss You Chingu!

Assalamualaikum (:
Pagi tadi tengah bertwitter dengan dyana tetibe dyana cakap rindu zaman sekolah. Yess aku mengaku aku memang rindu sangat-sangat masa kita sama-sama dulu. Semuanya kita buat sama-sama kan? Belajar sama-sama, ketawa sama-sama, nangis sama-sama, kadang-kadang tuh datang sekolah sama-sama, balik sekolah sama-sama, keluar kelas sama-sama, rehat sama-sama, jumpa cikgu sama-sama, ponteng kelas sama-sama, ponteng sekolah sama-sama, lepak sama-sama even nak pergi tandas pun sama-sama kan? hee bila ada one of MC's nangis mesti yang lain datang pujuk, tanya kenapa. Bagi semangat semua. La nih, semua kita buat sendiri, pujuk hati sendiri. hmm :\
Kadang-kadang kita ada jugak gaduh. Time tuh tarik muka jehh. Sedih, nangis pun senyap-senyap jee. Tapi kita pandai baik sendiri kan? :')
Dyana suka kenakan pijot. Kalau pijot tengah leka dia suka sergah orang tuh sampai pijot buat gaya ala-ala nak bersilat. Pastuh nanti mulalah muka dia merah antara menahan marah dan air mata. Haha
Aku dgn lyana pulak biasanya tak masuk campur. Tapi time datang jahat kami pun join jugak xD
Ingat tak tiap kali kita balik sekolah kalau kena panjat pagar tu jee sampai part pijot mesti kitorg gelak-gelak. Macam-macam mimik muka dia buat sebab takut. 

 Satu-satunya gambar yang ada lapan orang. Bukan senang nak berkumpul  macam nih. Time nih jela pun MC's dapat together. Haha time nih memang kitorg gunakan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya! Sebab dah tau mungkin lepas nih susah nak jumpa gambar kami berlapan. Yang jadi mangsa kiman dengan maxnel. Diorang yang tolong snapkan gambar kitorg. Yayyy big thanks to both of you xD

Kitorg memang selalunya tak susah sangat kalau nak pi lepak sesama. Sebab rumah pun area yang dekat-dekat jeh. Tapi since dah habis sekolah nih takda dah cemtuh. Semua orang sibuk dengan kerja. Dyana dgn pijot ada laa jgak aku jumpa. Tapi si Lyana ni hah tak jumpa-jumpa. Apa lagi TERjumpa. Langsung takda. Haha. 13January rituh birthday Lyana, dapat wish through text dgn fb jaa. Dah takde macam last year, bagi birthday card handmake bagai. Tu jela satu-satunya kenangan dari MC's.

Haha time nih kat umah Lyana. Tengah siapkan coursework addmath kalau tak silap. Sebelum nak balik tuh semua sibuk berwebcam dulu. Lyana mana ntah. Bila aku tengok gambar-gambar kita webcam nih mesti ketawa. Lawak gila. Macam-macam gaya ada. Rindunya nak macam nih lagi :3

Yang nih masa kita pegi Bukit Cahaya tuh. PG's jee yang pegi. Kalau MC's ada mesti best! Berbasikal sama-sama. Hahah best kan time tuh? Dengan hal Dyana and Daus lagi. Pastuh ingat tak masing-masing dah penat. Ya Allah penat sangat! Mana taknya, naik bukit! Time tuh yang ada dalam kepala nih nak cepat sampai kat tempat asal masa mula-mula kita berbasikal. Bila dah nampak tempat tuh. Haha apa lagi, yayyy laa. Best sangat ^______^
Lepas nih dapat tak macam ni lagi? :\

Hee yang ni masa kita pi Politeknik Ibrahim Sultan. Masa nih bebudak laki belum masuk lagi. Tu yang nampak kosong je tuh. Kitorg duduk depaaaaaaaaaaaan sekali. And guess what, tanpa segan silu kitorg pi buat onar kat situ. Hahahaha xD
Ingat tak bilik kita Dyana? Hhaha seram kayy! Aku ingat dan takkan lupa yang sbelum kita blah tuh aku kunci pintu tuh then depan kau aku try bukak pintu tuh tapi tak bole kan? Paling tak bole tahan masa kita masuk bilik tuh tetibe ada bunyi apa ntah, then kau pandang aku buat muka cuak. Aku dah la penakut, dengan kau jelah aku berharap. Dah kau buat muka cemtuh, aku pun apa lagi, terus keluar pegi bilik sebelah. Padahal bunyi kipas. Terkejut Lyana dgn Pijot masa tuh xD
Yang peliknya malam tuh aku, fana dgn pijot dgr suara budak laki kat blok sblah terjerit-jerit, tapi kau dgn Lyana cakap tak dgr pape, sunyi sepi je. Hmm kk

Tadaaa ingat tak time nih? hee time Hari Keusahawanan. Ingat tak sehari sebelum hari tuh kita lepak kat rumah cikgu Aida pastuh ntah cemana tetibe kita semua cerita pasal crush kan? Pastuh terbongkar segala rahsia~ kelakar bila ingat balik. Then aku dengan madss naik atas nak solat, ingat tak madss? kita jee yang tau apa kita buat masa tuh kan? Kau ni kelakarlah madss xD
Sakit perut aku gelak-gelak. Tapi tuh hanya tinggal kenangan~~~~

Time nih final. Yayyy kami team Kadet Polis Johor Jaya 1 xD
Masa nilah bebudak kawad nih start okay dengan cikgu Qayyum, gambar nih dia yang snapkan. Dia baik, bagi semangat even tau memang susah untuk kitorg meraih mimpi. Cettt ayat. Haha xD
Lepak dalam kereta cikgu Qayyum dgn Echa, bukak lagu kuat-kuat. Hhaha. Dah habis kawad terus naik bas blah. Bila orang tanya menang tak? Jawapan kami semua sama "MENANGgung". Tak boleh blah. Balik tuh lepak kat dewan, buat onar sendiri. Dah macam orang gila. Ramai jugak kat dewan masa tuh, dorang tengah practice apa ntah, ada yang nyanyi-nyanyi bagai. Hee best kan? Ingat tak macam mana kita kena dera masa training? Sakit hati gila. Sampai dah tak tebal muka nih asyik kena bumping jaa. Pastuh time kita dah settle training kita main galah panjang ramai-ramai. Haha best gila. Orang lalu lalang kita buat dang jee. Pastuh sndiri menanggung result exam semua hancurrrrrrrrrrrrrrrrrr. Sakit hati jugak sebab masuk kawad ni pun TERPAKSA bukan RELA HATI. Tapi takpelah, dah berlalu. Banyak kenangan pahit manis dengan kawan-kawan and junior ^____^

Gambar ni tak jelas, biaa jelaa kecik. Hahah. Time nih birthday aku, ehhh nope, one day before my birthday. Baru balik dari Kolej Komuniti PG. Kau pakat beli tepung + telur bagai dengan budak-budak ni kenn? Tapi tak siapa tau aku pun ada bawak tepung. Yang dua orang kat belakang dalam keadaan samar-samar tuh pijot dengan rizal. Pijot sboleh boleh tanak kena tepung. Apa laa last kodd. See lepas nih takda dah :\

Time nih kita ada jamuan KRS. hihik best. I'm gonna miss this time. Lepas nih tak dapat dah nak macam nih lagi kan? hoho ingat tak masa nak dekat pertandingan kawad kaki masa koko tuh? haha aku nangis bila tengok Polis buat bagus. Yelah lepas kawad daerah kena kawad koko pulak. Team lain-lain, yang polis untung dah belatih lama skali dgn daerah tuh. Kami yang KRS nih? Dengan Cikgu kamarul takda sebab balik kampung, Cikgu Ju ada meeting, Cikgu Eton busy, yang ada Cikgu Maizatul yang tengok-tengok kod ada masalah pape, memang besar sangat dugaan kan? taktau nak buat apa dah. Dapat belatih dua hari je. Memang dah give up gila sampai kita gaduh dengan fina kan? Dgn Max merajuk sebab ada salah paham. Aku memang taktau nak buat apa dah. Memang pasrah gila. Haha tapi time buat kipas tuh best!
Masa hari pertandingan tuh Am cakap hancur habis KRS. Yang bahagian belakang sbab belakang semua budak baru. Time tuh aku tau dah memang KRS tak dapat nak kalahkan Polis. Tapi lastly kita dapat no3 kan? Hahah macam tak percaya. Tapi Alhamdulillah :)
Masa tuh kita takda sape nak tumpang happykan? Cikgu kita semua takde, kite pergi kat Cikgu Ain dengan Cikgu Qayyum, kita share happy kita dengan budak Polis kan? haha alamak sedih pulak :'\

Masa nih nak dekat SPM dah, nyempat jee kelas kite buat makan-makan. Cikgu Aida dah janji before SPM nak belanja brownies. Tu yang buat makan-makan sekali. Pastuh tetibe cikgu selva panggil nak ajar english kat bilik gerakan. Tapi kami buat dang jee melantak. Hahah yang penting brownies tuh. Si Hui Yin suka sangat dengak kuih kasui(taktau eja) yang afiq bawak, dia cakap nak jadi wife afiq nanti hari-hari dapat makan kuih tuh. hahaha xD

Hihi suka sangat gambar nih! Thanks Yunyiii si debab xD
Masa nih kat SMK Penggawa Timur. Kami berlima, cikgu Arfah and mummy jee yang tau pasal nih. Hahahaha shhhh rahsia kenn kenn? xD

Ni jelah antara gambar kenangan kita semua. Taktau nak cakap apa dah, kang ada jugak aku nangis depan laptop nih? Siapa nak pujuk aku? Siapa nak bagi nasihat kat aku? Siapa nak peluk aku? Siapa nak lap air mata aku? cettt manja gila! hahaha 
Sayang korang sangat-sangat weh! Mwahhhhh :*
Bye :')














No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...