20 December 2015

Panggilan Temuduga Sesi 2 2015/2016

Okay belum mula menaip dah rasa awkward. Hahahah k. Ehem, assalamualaikum. Seperti yang tak semua orang sedia maklum, keputusan untuk panggilan temuduga bagi sesiapa yang mohon untuk panggilan kedua ke UiTM akan keluar pada 10 Dis 2015. Dan seperti yang tak semua sedia maklum lagi, kat facebook kami ada closed group untuk sesiapa yang gagal kemana-mana melalui permohonan upu. Malas nak cerita fasa-fasa kegagalan tu, sekarang ni aku nak straight to the point ja. Okay malam 9 Dis 2015 tu aku on fb then nampak ada orang post kat group tu dan dia kata dia dapat panggilan temuduga. Maknanya dah boleh buat semakan untuk temuduga la kan? So aku pun pergilah ke laman web bahagian pengambilan pelajar uitm then... 


Alhamdulillah dapat! Masa ni rasa terharu nak menangis semua ada. Benda paling aku minat dan paling nak sangat kot. Biasanya aku ni jenis yang susah nak buat benda yang aku tak pernah buat. Tapi entah kenapa untuk kali ni aku rasa... come on, follow the flow dan tak payah fikir apa akan jadi kalau aku buat itu, buat ini. Jangan sesekali fikir macam tu. Sebab aku memang jenis macam tu. Haa. Aku suka fikir apa akan jadi kalau aku pergi sana? Kalau takda orang macam mana? Macam mana kalau aku sorang je yang ada nanti? Benda yang tak logik kan aku fikir? Hahahaha aku fikir macam tu sebab pada awalnya memang aku sorang je kan? Mana ada kawan bagai. Tapi aku lupa yang bila kita pergi kat tempat yang kita suka, kita mesti akan jumpa jugak dengan orang yang sama-sama suka dengan apa yang kita suka. Wow banyaknya suka! Hahahaha k.

Sebelum pergi temuduga tu aku adalah tanya kawan aku yang dah memang belajar kat sana dan dia pun pernah lalui saat-saat temuduga apa bagai tu, dari dia aku try la practice sikit-sikit dengan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya. Selain daripada tanya dia, aku ada buat research jugak pasal kos ni. So kalau lepas ni ada yang kena panggil untuk temuduga kos Penulisan Artistik ni, sila rajinkan diri untuk buat research atau tanya pada kawan-kawan yang tahu okay? Well dapat kos apa pun sama je sebenarnya. Kena rajin buat research dan rajin bertanya. That's it.

Tarikh temuduga 19 Dis 2015, hari Sabtu. Tapi hari Jumaat pagi tu aku sekeluarga dah gerak terus ke UiTM Puncak Perdana sebab nak memudahkan pencarian untuk hari esoknya nanti. Mula-mula tu kitorang sampai kat UiTM Shah Alam sebab abah salah setting waze. Lol. So setting balik, pergi ke destinasi yang sepatutnya. Dah sampai tu, kira dah puas hati dengan lokasi apa semua, kitorang decide untuk pergi makan then cari tempat tinggal untuk tidur malam nanti. Nak dekat maghrib baru jumpa hotel. Itupun lepas pakcik aku yang duduk kat Seksyen 13 datang then tolong carikan lepas kitorang dah tersesat jauhhhhhhhh gila disebabkan bertanya pada orang-orang yang ada di tepi jalan. Sumpah penat.

Esoknya pukul 8 pagi lebih kuranglah, aku dah sampai kat kampus. Then naik tingkat atas sekali nampak ramai orang tengah beratur untuk daftar. Aku pun terus beratur belakang sorang budak perempuan yang aku lupa nak tanya nama dia. Yang aku tau, dia budak Kedah. Aku nampak dia pegang kertas warna pink, so aku tanyalah dia mana nak dapat kertas tu? Dia tunjuk ada pakcik tu tengah edarkan, then aku taktau pulak dia mintakkan kat pakcik tu untuk aku. So sweet! Hewhew. Lepas dah daftar, kitorang pun duduklah untuk tunggu giliran dipanggil. Masa duduk tu, sebalah kiri aku budak Terengganu. Memang pekat bahasa dia. Yang ni pun tak sempat tanya nama. Saya harap awak dapat pos salinan surat beranak ayah awak tu okay. Memang harap sangat! Oh btw, kalau ada yang kena panggil untuk iv nanti, tolong pastikan korang bawak salinan dan dokumen asal. SEMUA yang diminta. Macam apa yang dah dinyatakan pada surat temuduga. Sebab kalau ada 1 je yang kurang, korang punya em apa ea maklumat la kot tak dapat diproses dan mana-mana dokumen yang takda, korang kena pos kat U tu secepat yang mungkin. Lagi 1, segala dokumen yang dah difotokopi kena ada cop pengesahan. Itu apa yang aku dengarlah masa nak daftar tu. Benda ni untuk memudahkan orang lain jugak nanti. Kan kesian kalau datang jauh-jauh tapi ada yang tak lengkap. Kalau aku, gelabah dah. Tapi nasib baik masa daftar tu semuanya okay.

Masa dah dipanggil untuk temuduga, kitorang kena tunggu lagi kat luar pulak. Aku try pandang dalam bilik yang mana tempat untuk di temuduga tu nanti, ada 5 orang interviewer kalau tak silap. Tapi 3 interviewer je yang free. Lagi 3 interviewer taktau pergi mana. Aku tengok interviewer lelaki yang 2 orang tu tak free. Yang tinggal cuma seorang interviewer yang free. Perempuan. Okay aku memang harap dapat kat interviewer tu. Hahahaha. Ya, memang dapat pun. Dalah comel. Lepas tu cara dia buat aku selesa nak menjawab soalan dan bercerita. Dia macam tunjukkan minat dia tiap kali aku bersuara. Sampai tangan aku ni melibas-libas ke udara sambil menjawab soalan dia. Hah over kau. Kahkah. Tujuan aku update entry ni untuk cerita apa yang berlaku masa temuduga sebenarnya. So dah nak sampai point la ni, sabaq sat.

Masa menuju ke dia tu aku senyum then dah sampai depan dia..

Aku: Assalamualaikum.
(Aku tunggu sekejap kot dia ada nak cakap "have a sit" ke apa kan. Tapi tak. So aku duduk jelah.)

Interviewer: Awak tak bawak dokumen asal ke?

Aku: Ada ni, (tunjuk sijil dalam fail)

Interviewer: Okay bagi saya, saya nak tengok. Please introduce yourself.

Aku: My name is Nurfatin.... blablabla and blablabla lagi... (tak payah la aku nak introduce kat sini kan. Oh btw, tiba-tiba aku rasa pelik pulak dengan ejaan interviewer tu. Mungkin sebab banyak sangat kot aku taip perkataan tu? Ke aku memang salah eja?)

Interviewer: How do you find this course?

Aku: I find about this course from my senior at school.

Interviewer: Kenapa awak pilih kos ni?

Aku: Sebab saya nak jadi penulis skrip tapi saya taktau macam mana. So saya pilih kos ni supaya saya dapat belajar macam mana untuk tulis skrip dan macam mana untuk menulis dengan cara yang sepatutnya.

Interviewer: Ada pernah hasilkan karya tak?

Aku: Ada 2 karya dalam zine, 1 dah dipublish dan 1 lagi masih dalam proses dan 3 lagi karya dalam novel yang berlainan. Tapi cuma 2 yang dah dipublish.

Interviewer: Novel apa tu? Awak ada bawak karya awak?

Aku: Ada, sekejap. (keluarkan novel GILA yang satu-satunya ada pada aku. Aku taktau sama ada aku perlu keluarkan buku-buku yang aku tulis tu ke tak sebab tadi kan aku cerita pasal karya yang aku hasilkan, dihasilkan maksud aku yang aku hantar kat publisher. So aku keluarkan tu jelah. Dan lepas tu aku menyesal gila sebab tak tunjuk buku merah hati aku yang ada banyak tulisan aku tu. Sumpah menyesal. Tapi takkan aku nak tanya dia sama ada dia nak tengok ke tak buku yang aku saja-saja tulis kat rumah tu. Haih aku dalah awkward. Then takpelah, dia belek je buku yang aku hulur tu. Dalah lupa koyak plastik!!! Haihhh.)

Interviewer: So awak tulis under Lejen la ni.. yang lain siapa publisher?

Aku: Yang lain saya tak ingat.. tapi kalau kenal Riduan A. Dullah... (aku nak sambung yang penulis Goji Bundy tu tapi dia dengar nama je dah angguk-angguk so aku pun teruskan la ayat aku yang lain) saya under dia la. (which is aku nak cakap, dia punya company yang publish buku tu. Ah apa-apalah.)

Interviewer: Awak suka novel yang macam mana ea?

Aku: Yang thriller, fantasy, mindfuck macam tu.

Interviewer: Cerita macam mana yang awak suka tulis?

Aku: Saya biasa tulis cerita yang.. bukan cerita cinta.

Interviewer: Apa pendapat awak mengenai cerita-cerita sekarang? 

Aku: Cerita sekarang banyak cerita cinta dan saya tak berapa minat sangat dengan cerita cinta macam tu.

Interviewer: Okay.. apa pandangan awak tentang drama Rindu Awak 200% dengan Suamiku Encik Sotong? 

Aku: Bagi saya.. cerita macam tu lebih kurang sama je jalan cerita dia. Dia pusing-pusing kat situ  jugak. (well sebenarnya aku tak tengok 200% pun cerita tu dan tak tengok langsung cerita sotong tu. Aku main jawab ikut sedap je.)

Interviewer: Siapa penulis yang buat awak terinspirasi untuk menulis?

Aku: J.K Rowling.. sebab saya suka cara dia berfikir, imaginasi dia yang dia tuliskan dalam buku semua tu.

Interviewer: Penulis mana yang awak minat?

Aku: Ariff Adly. (sebab masa tu nama dia je yang terlintas kat kepala)

Interviewer: Apa pendapat awak mengenai buku-buku indie ni?

Aku: Bagi saya.. ada sesetengah orang yang tak boleh terima buku macam ni, tapi bagi saya semua tu bergantung pada pembaca tu sendiri macam mana dia nak menilai. Pembaca kena patutnya kena tau apa yang dia perlu ikut dan apa yang dia tak perlu ikut.

Interviewer: Awak rasa scene indie ni dah lama wujud ke baru?

Aku: (doomed) emm saya rasa.. dah lama. Baru. Eh tak berapa baru sangat tapi saya yang baru tau.

Interviewer: Misal kata kalau awak terpilih, apa kelainan yang awak nak bawak?

Aku: Mungkin saya boleh cuba untuk masukkan idea daripada pennulis barat dan gabungkan dengan idea-idea penulis kita dan gabungkan lagi dengan idea-idea saya untuk cipta 1 cerita baru yang tak cliche. (jawapan aku memang merepek. Ni pun aku rasa aku mereka je ni. Macamlah aku ingat apa yang aku jawab. Kah)

Then tamat. Dia kata apa entah kalau terpilih, harap terpilih taktau la yang aku dengar perkataan terpilih ja sebab aku dah zekzited nak keluar daripada bilik tu. Then aku salam dia dan keluar. Pastu aku macam tak percaya yang aku dah habis iv. Aku dah lepas daripada miss yang jaga kat luar pintu masuk tu pastu aku patah balik tanya dia dah boleh balik ke ni? Dia jawab haah boleh dah. Pukul 9 lebih dah settle. Hewhew. Okay malas cerita lagi sebab takut terpesong jauh. Soal terpilih atau tak nanti, itu lain cerita. Saja nak kongsi entry ni, buat kenangan untuk masa hadapan. Kahkah










No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...