31 December 2019

2019 REWIND PART 2

Assalamualaikum. Eh ada part 2? Yelah yang semalam tu entah kenapa time nak menulis tiba-tiba rasa kosong. Dah jadi tak best. Bila baca balik pun rasa down. So kali ni nak buat betul-betul. Nak list apa perkara positif yang jadi dalam tahun 2019 ni tak kisah la walaupun cuma 1-2 perkara je pun.

🔮 BTS Love Yourself Tour in Singapore.
🔮 Dapat ramai kenalan baru sebelum, semasa dan selepas konsert. Hihi.
🔮 Sambut birthday awal. Sehari lepas birthday Yoongi 😂
🔮 Always feeling great because of BTS. I don't care if you get annoyed with this without any reason. It's my happiness why should I put it aside just because others don't like it? 😅
🔮 Enjoyed the last day of our class.
🔮 Get extremely happy 3 days before I met BTS 😆
🔮 Get extremely happy once again after met BTS. The whole experience is more expensive than my ticket. But post concert depression is annoying 😓
🔮 Happy masa family ramai-ramai datang dari jauh masa majlis adik. Punyalah rindu sebab lama tak jumpa diorang.
🔮 Pergi mandi laut dengan family. Walaupun takut laut... dan handphone masuk air sikit. Hm
🔮 Dapat result bagus walaupun tak dekan 😂
🔮 Berani mandikan bino yang macam singa tu walaupun aku takut kucing lol
🔮 Happy sebab tiap kali risaukan sesuatu, mesti tiba-tiba benda positif jadi. Alhamdulillah..
🔮 Dapat jumpa kawan-kawan yang susah nak jumpa macam masing-masing tak duduk johor 😅
🔮 Dapat ramai happy customer. Terima kasih semua hihihi
🔮 Upgrade to dropship gold sebab lepas target jualan. Alhamdulillah hihi
🔮 Ada 9 orang yang join team dropshipbyfaa. Terima kasih semua semoga murah rezeki!

Okay tu je kot? Takda benda lain yang terlintas dah 😅 yelah menaip pun last minit. Setengah jam je lagi sebelum masuk tahun baru. Jadi mana-mana yang tertinggal dan tak disebut tu harap fahamlah otak aku sel-sel semua memang lambat berhubung.

Sekarang nak kena listkan azam untuk tahun baru ke? Aku tak berani nak berazam azam sangat. Takut tak capai lepas tu nanti aku sendiri yang down. Apa pun semoga tahun baru nanti, semuanya akan jadi lebih baik. Walaupun ada benda yang tak baik, pandanglah sekecil-kecil kebaikan tu. Semoga lebih sayang diri sendiri dan tak hukum diri sendiri. Semoga eh jap. Ni dah macam berazam dah ni 😅 okay takpelah yang penting insyaAllah semuanya akan baik-baik. Bye!

HAPPY NEW YEAR GUYS! 🎉🎉

30 December 2019

2019 REWIND

Assalamualaikum. Sedar tak sedar, tinggal sehari je lagi sebelum 2020 menjemput kita semua untuk sekali lagi berjumpa dengan cabaran dan dugaan yang baru. Kenapa cabaran dan dugaan? Sebab cabaran dan dugaan je yang akan diingati sampai ke penghujung nanti. *maaf untuk yang kurang bersetuju, saya menulis ikut perspektif dan diri saya sendiri * Kadang tu kita terlupa nak pandang benda-benda baik yang jadi dalam hidup kita, tak kiralah walau sekecil mana pun kebaikan tu. Kita buat tak endah je kan? 😌 jadi apa kata untuk tahun baru ni, kita cuba untuk pandang yang sekecil-kecil kebaikan tu supaya kita lebih tahu untuk bersyukur dan lebih sayang dengan diri sendiri? 😊 jujur sebenarnya aku tak tau nak rewind apa yang jadi dalam tahun 2019 ni. My life is a messed I even lost sometimes and wish to die 😅 tapi kita cuba jelah ya list mana yang ada.

JANUARY
Bulan ni first time aku pergi konsert K-Pop. Okay pembetulan, konsert BTS. Entah macam mana pertengahan / hujung tahun 2017 aku boleh terjebak dengan BTS. Memang dari zaman sekolah aku layan je lagu-lagu k-pop ni, k-drama pun aku suka layan. Cuma aku bukan jenis nak amek tau pasal orang. So bila aku dengar lagu, aku dengar sahaja tanpa ada rasa nak tau siapa penyanyi dia, macam mana rupa penyanyi dia and so on. Tapi bukan bermakna aku tak kenal langsung diorang. Aku kenal sebab kawan-kawan Chinese aku yang kenalkan. Tapi takat tu jelah. Takda rasa nak amek tau lebih-lebih. Nak aku cerita ke macam mana aku terjebak dengan BTS? Tak payah la ea. Next post la. Tu pun kalau rajin.

FEBRUARY
j-hope birthday? 😅 tak ingat apa yang best selain daripada tengok j-hope buat vlive sambil sambut birthday dia. Aku pun takda catat kat mana-mana apa yang jadi bulan ni. Kalau ada pun, semua bad things. Aku cuma catat benda buruk je. Hm

MARCH
Bulan birthday aku dengan SUGA ðŸ˜œ malam birthday dia pun dia buat vlive, so aku keep spamming "Happy birthday! Thank you for being born." Aku type dalam bahasa korea la kan supaya nak dia notice aku punya komen tu. Tiba-tiba.... dia baca ayat tu Ya Allah. Aku record k. Ada kat twitter. Ye aku tau mungkin bukan aku sorang yang wish macam tu, tapi dah dia baca, anggap jelah dia baca komen aku kan. HAHAHA. Esoknya tu mak dengan abah belikan kek & KFC. Menu wajib tiap kali birthday. Dia punya awal tu, lain macam. Nak sambut birtday suga ke birthday aku pun tak tau la 😂

APRIL
Guys, aku sumpah tak tau nak tulis apa dah ni 😅 kan aku dah cakap life aku teruk tahun ni. Hm

MAY
Ok guys aku betul-betul give up. Aku tak tau nak tulis apa. Awalnya niat nak tulislah the best thing that happened in this year. But I can't get one? 😓 so takpelah kita habiskan jelah kat sini.

2020 WISH
Aku paling tak suka berharap apa-apa sebab aku tak yakin aku boleh capai apa yang aku nak. Pergerakan aku sentiasa dikawal dengan perasaan dan fikiran aku yang entah apa-apa ni. Buktinya macam sekarang. Awal-awal tadi korang baca macam nak ke arah positif. Sudahnya? Haih

07 November 2019

Student Planner 2020

Assalamualaikum. Hai! Korang student yang tengah cari planner untuk tahun baru nanti ke? Nak planner yang complete dan tak kosong tapi boleh dapat dengan harga murah? Student Planner ni memang sesuai sangatlah untuk korang. Semua dah ada. Semua dah tersedia. Korang tinggal nak catat benda penting je. So, tunggu apa lagi? Tak lama dah.. sebulan je lagi nak masuk tahun baru. Bila lagi korang nak beli planner? Tangguh-tangguh kang takut habis stock pulak. Bukannya apa, Student Planner ni memang berebut student nak beli sebab apa? Haa kalau nak tau, teruskan baca. Rugi tau kalau tak baca. Hihi


3 SEBAB STUDENT PLANNER NI MEMANG UNTUK ANDA!

[+] FULL COLOUR PAGES
Setiap muka surat planner ni, 208 pages adalah berwarna-warni. Dengan kertas tebal 80gsm yang sangat berkualiti membuatkan korang sentiasa tenang & “sejuk mata” nak tengok planner setiap hari. Nak tulis pon rasa tak sabor!

[+] SUPERB CONTENT 365 HARI
School Timetable, Study Plan, Monthly Plan, Homework Checklist & pelbagai content lagi yang bermanfaat untuk korang sebagai student boleh plan dan jadi lebih organize. Kan org jawa cakap “If you fail to plan, you plan to fail”.

[+] HARGA MURAH SANGAT
Iye. Dengan planner yang tebal, content comel & berwarna-warni, mana nak dapat planner yang harga bawah RM25 je? Kami faham, student mana ada duit sangat. Tapi kami tetap nak berikan yg terbaik & paling berkualiti untuk anda dengan harga yang berpatutan.

‘Content’ Student Planner 2020 semestinya lebih sistematik dan menarik. Ada beberapa kandungan yang diubah suai dan ditambah bertujuan membantu memudahkan pelajar.

1) Calendar 2020
2) Islamic Calendar
3) 2020 Planning Chart
4) Dream Board
5) 2020 Goals
6) School Timetable
7) Books to Read
8) Checklist Khatam Quran
9) My Wish List
10) My Travel List
11) Movies to Watch
12) Self Love Spread
13) Mutaba’ah Amal
14) Birthday Tracker
15) Mood Tracker
16) Sleep Tracker
17) Water Tracker
18) Weekly Plan
19) Monthly Plan
20) Homework Checklist
21) Study Plan
22) Gratitude
23) Positive Affirmations
24) Monthly Review
25) Blank Pages
26) More than 10 Infographic
27) Colouring Pages
28) Challenge Every Month
29) 52 Weeks Saving Challenge
30) Yearly Review
31) Rate Your Day

CHARACTERISTICS STUDENT PLANNER 2020

Material Cover:  Artcard, 260gm
Type Cover:  Soft Cover
Finishing: Matt and Spot UV
Binding: Sewing
Paper Thickness: 80 gm
Book  Weight: 0.31 kg
Book Thickness: 1.2 cm
Number Pages:  208 Pages
Book Size:  21.5cm x 15cm
Colour Usage:  Full Colour

COVER DESIGNS





CONTENT STUDENT PLANNER 2020

Ni sebahagian daripada content yang ada dalam Student Planner




Untuk setiap pembelian Student Planner, korang akan dapat 2 jenis ‘FREE GIFT’. Bayar RM20 untuk dapat planner lengkap dengan macam-macam isi, lepas tu siap dapat 2 free gift lagi? Wow! Ya, RM20 sahaja. Murah kan?


"Sis, apa beza student planner dengan planner biasa tu?"

Antara Perbezaan ketara student planner dengan planner biasa adalah:

1. Jumlah pages
Planner biasa - 280 pages
Student planner - 208 pages

2. Freegift
Planner biasa - budget planner + wall calendar
Student planner - notebook + bookmark

3. Content
Planner biasa - sesuai untuk semua golongan dengan pelbagai content
Student planner - content yang lebih untuk student contoh: homework checklist, school timetable.

4. Overall Design
Planner biasa - nampak lebih kemas dan bersih
Student Planner - design dalaman yang lebih colourful dan comel2

"Saya student tapi tak minat la dengan design dan content student planner."

Jangan risau, Planner 2020 kan ada? Haa KLIK SINI kalau nak tengok design Planner 2020.

Untuk yang beminat dan tak nak ketinggalan to have a better future, KLIK SINI untuk order. Oh ya, harga postage standard la ya, RM8 Semenanjung Malaysia, RM13 Sabah, Sarawak. Duit postage bukan untuk saya ya.. untuk abang-abang posmen awak semua. 





28 September 2019

Planner Book Kosong Atau Planner 2020?

Assalamualaikum. Hai! Tengah cari planner untuk tahun baru nanti ke? Tak lama dah.. 3 bulan je lagi nak masuk tahun baru. Bila lagi korang nak beli planner? Untuk yang tak berapa nak ada masa ataupun tak rajin nak hias planner cantik-cantik tu, Planner 2020 ni memang sesuai sangatlah untuk korang. Semua dah ada. Semua dah tersedia. Korang tinggal nak catat benda penting je. So, tunggu apa lagi? Tangguh-tangguh kang takut habis stock pulak. Bukannya apa, Planner 2020 ni memang ramai orang nak dapatkan sebab apa? Haa kalau nak tau, teruskan baca. Rugi tau kalau tak baca. Hihi

Konsep Planner 2020
Untuk planner 2020, kandungan info reka grafiknya lebih teratur dan menekankan konsep nilai agama mengikut bulan. Antaranya:


Cover Designs
                            






'Content' Planner 2020
‘Content’ Planner 2020 semestinya lebih sistematik dan menarik. Ada beberapa kandungan yang diubah suai dan ditambah bertujuan membantu pengguna. Antara kandungan yang ada ialah:






Guys, ini baru 9 je aku tunjuk, ada lagi 24 content yang aku belum tunjuk, yang penting semuanya menarik, cantik dan bermanfaat untuk korang!

Special Element
  • Planner 2020 mempunyai 8 jenis ‘cover page’ yang pastinya menjadi idaman semua.
  • ‘Colouring page’ disediakan bagi mengisi masa lapang dan merehatkan minda dengan mewarnainya mengikut kreativiti sendiri.
  • Untuk setiap pembelian planner 2020, pembeli akan mendapat 2 jenis ‘FREE GIFT’:

Haa suka ke tak suka?

Murah je guys, RM25 siap dapat freegift lagi, bukan 1, 2 tau. Nak ke tak nak? Aku sendiri dah 2 tahun guna planner yang sama. Jadi untuk tahun akan datang ni, rasa nak seru ramai-ramai guna planner yang sama. Sebab apa? Best! Berbaloi dengan harga! Okay dah tak payah fikir apa-apa lagi, cepat KLIK SINI untuk buat tempahan sebelum menyesal di kemudian hari. Hihi. Oh ya, harga postage standard la ya, RM8 Semenanjung Malaysia, RM13 Sabah, Sarawak. Duit postage bukan untuk saya ya.. untuk abang-abang posmen awak semua. 

"Sis, saya student, content dalam Planner 2020 ni macam tak sesuai la untuk student."

JANGAN RISAU! Korang boleh dapatkan Student Planner , yang semestinya content dia lebih sesuai untuk student, dan yang paling paling paling penting, harga tak sampai RM25 pun. Haa suka ke tak? Kalau nak tau pasal Student PlannerKLIK SINI

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...