30 December 2019

2019 REWIND

Assalamualaikum. Sedar tak sedar, tinggal sehari je lagi sebelum 2020 menjemput kita semua untuk sekali lagi berjumpa dengan cabaran dan dugaan yang baru. Kenapa cabaran dan dugaan? Sebab cabaran dan dugaan je yang akan diingati sampai ke penghujung nanti. *maaf untuk yang kurang bersetuju, saya menulis ikut perspektif dan diri saya sendiri * Kadang tu kita terlupa nak pandang benda-benda baik yang jadi dalam hidup kita, tak kiralah walau sekecil mana pun kebaikan tu. Kita buat tak endah je kan? 😌 jadi apa kata untuk tahun baru ni, kita cuba untuk pandang yang sekecil-kecil kebaikan tu supaya kita lebih tahu untuk bersyukur dan lebih sayang dengan diri sendiri? 😊 jujur sebenarnya aku tak tau nak rewind apa yang jadi dalam tahun 2019 ni. My life is a messed I even lost sometimes and wish to die 😅 tapi kita cuba jelah ya list mana yang ada.

JANUARY
Bulan ni first time aku pergi konsert K-Pop. Okay pembetulan, konsert BTS. Entah macam mana pertengahan / hujung tahun 2017 aku boleh terjebak dengan BTS. Memang dari zaman sekolah aku layan je lagu-lagu k-pop ni, k-drama pun aku suka layan. Cuma aku bukan jenis nak amek tau pasal orang. So bila aku dengar lagu, aku dengar sahaja tanpa ada rasa nak tau siapa penyanyi dia, macam mana rupa penyanyi dia and so on. Tapi bukan bermakna aku tak kenal langsung diorang. Aku kenal sebab kawan-kawan Chinese aku yang kenalkan. Tapi takat tu jelah. Takda rasa nak amek tau lebih-lebih. Nak aku cerita ke macam mana aku terjebak dengan BTS? Tak payah la ea. Next post la. Tu pun kalau rajin.

FEBRUARY
j-hope birthday? 😅 tak ingat apa yang best selain daripada tengok j-hope buat vlive sambil sambut birthday dia. Aku pun takda catat kat mana-mana apa yang jadi bulan ni. Kalau ada pun, semua bad things. Aku cuma catat benda buruk je. Hm

MARCH
Bulan birthday aku dengan SUGA ðŸ˜œ malam birthday dia pun dia buat vlive, so aku keep spamming "Happy birthday! Thank you for being born." Aku type dalam bahasa korea la kan supaya nak dia notice aku punya komen tu. Tiba-tiba.... dia baca ayat tu Ya Allah. Aku record k. Ada kat twitter. Ye aku tau mungkin bukan aku sorang yang wish macam tu, tapi dah dia baca, anggap jelah dia baca komen aku kan. HAHAHA. Esoknya tu mak dengan abah belikan kek & KFC. Menu wajib tiap kali birthday. Dia punya awal tu, lain macam. Nak sambut birtday suga ke birthday aku pun tak tau la 😂

APRIL
Guys, aku sumpah tak tau nak tulis apa dah ni 😅 kan aku dah cakap life aku teruk tahun ni. Hm

MAY
Ok guys aku betul-betul give up. Aku tak tau nak tulis apa. Awalnya niat nak tulislah the best thing that happened in this year. But I can't get one? 😓 so takpelah kita habiskan jelah kat sini.

2020 WISH
Aku paling tak suka berharap apa-apa sebab aku tak yakin aku boleh capai apa yang aku nak. Pergerakan aku sentiasa dikawal dengan perasaan dan fikiran aku yang entah apa-apa ni. Buktinya macam sekarang. Awal-awal tadi korang baca macam nak ke arah positif. Sudahnya? Haih

No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...