31 December 2019

2019 REWIND PART 2

Assalamualaikum. Eh ada part 2? Yelah yang semalam tu entah kenapa time nak menulis tiba-tiba rasa kosong. Dah jadi tak best. Bila baca balik pun rasa down. So kali ni nak buat betul-betul. Nak list apa perkara positif yang jadi dalam tahun 2019 ni tak kisah la walaupun cuma 1-2 perkara je pun.

🔮 BTS Love Yourself Tour in Singapore.
🔮 Dapat ramai kenalan baru sebelum, semasa dan selepas konsert. Hihi.
🔮 Sambut birthday awal. Sehari lepas birthday Yoongi 😂
🔮 Always feeling great because of BTS. I don't care if you get annoyed with this without any reason. It's my happiness why should I put it aside just because others don't like it? 😅
🔮 Enjoyed the last day of our class.
🔮 Get extremely happy 3 days before I met BTS 😆
🔮 Get extremely happy once again after met BTS. The whole experience is more expensive than my ticket. But post concert depression is annoying 😓
🔮 Happy masa family ramai-ramai datang dari jauh masa majlis adik. Punyalah rindu sebab lama tak jumpa diorang.
🔮 Pergi mandi laut dengan family. Walaupun takut laut... dan handphone masuk air sikit. Hm
🔮 Dapat result bagus walaupun tak dekan 😂
🔮 Berani mandikan bino yang macam singa tu walaupun aku takut kucing lol
🔮 Happy sebab tiap kali risaukan sesuatu, mesti tiba-tiba benda positif jadi. Alhamdulillah..
🔮 Dapat jumpa kawan-kawan yang susah nak jumpa macam masing-masing tak duduk johor 😅
🔮 Dapat ramai happy customer. Terima kasih semua hihihi
🔮 Upgrade to dropship gold sebab lepas target jualan. Alhamdulillah hihi
🔮 Ada 9 orang yang join team dropshipbyfaa. Terima kasih semua semoga murah rezeki!

Okay tu je kot? Takda benda lain yang terlintas dah 😅 yelah menaip pun last minit. Setengah jam je lagi sebelum masuk tahun baru. Jadi mana-mana yang tertinggal dan tak disebut tu harap fahamlah otak aku sel-sel semua memang lambat berhubung.

Sekarang nak kena listkan azam untuk tahun baru ke? Aku tak berani nak berazam azam sangat. Takut tak capai lepas tu nanti aku sendiri yang down. Apa pun semoga tahun baru nanti, semuanya akan jadi lebih baik. Walaupun ada benda yang tak baik, pandanglah sekecil-kecil kebaikan tu. Semoga lebih sayang diri sendiri dan tak hukum diri sendiri. Semoga eh jap. Ni dah macam berazam dah ni 😅 okay takpelah yang penting insyaAllah semuanya akan baik-baik. Bye!

HAPPY NEW YEAR GUYS! 🎉🎉

No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...