31 December 2021

Terima Kasih, 2021

Assalamualaikum.

Apa khabar hidup baru dengan COVID-19 selama 2 tahun ni? Harap semua masih kuat dan survive okay? Kalau tahun lepas hidup aku penuh dengan kesedihan, alhamdulillah tahun ni okay. Nak kata tak ada langsung cerita sedih dan menyakitkan tu tipu sangat la kan? Nak mula dari mana pun tak tau ni sebab banyak sangat benda yang jadi.

Okay la kita start dari cerita yang happy happy dulu. My one and only geng yang masih single, dia bagitau yang dia dah ada boyfriend. That time diorang dah berkawan around 1 month? So bila dia bagitau tu aku agak shock and happy at the same time of course. Cuma tak dinafikan fikiran aku mula dah buat cerita2 sedih hahahahhaha. Like, "teng.. kawan2 kau semua dah kahwin. Yang sorang ni pun dah jumpa dia punya jodoh and ada perancangan untuk kahwin. So tinggal kau sorang je." Few month later diorang kahwin and now tengah pregnant her first baby. I'm so excited! Hihi. Oh masa awal2 dapat tau dia dah nak kahwin tu aku rasa aku dah tak boleh nak selalu mengadu benda yang bukan2 dekat diorang sebab komitmen diorang dah lain and now aku tinggal sorang. Lahh tiber kan rasa terbuang hahahahahahha! 

So lepas daripada kejadian tu, ada la sorang mamat ni muncul balik dalam hidup aku. Kitorang tak pernah jumpa, he might know how I look like since dekat twitter aku pakai gambar sendiri and sometimes share my photo jugak kan. But he's not. Profile picture tak pernah letak gambar dia, tak pernah share gambar sendiri, kalau ada pun, bukan part muka. Cuma suara je yang aku selalu dan biasa dengar sebab dia rajin baca puisi. Oh pernah la sekali je dia pakai gambar sendiri dekat whatsapp. Lepas tu aku tegur la gambar dia, eh terus dia delete balik. Tak sempat aku nak hafal rupa dia macam mana. Macam mana dia dapat nombor telefon aku tu, malas la nak cerita sebab akan jadi panjang lebar pulak nanti. Ok back to track. Masa dia muncul balik ni, tiba2 dia tanya aku, how if tiba2 je ada orang datang masuk meminang aku. Takkan la aku tak terkejut dengan soalan tu kan? Sebab aku tak pernah terfikir langsung dan... aku tak rasa dia patut tanya soalan macam tu since dia pun... em ok better tak payah teruskan cerita la hahahahah. Ok then dia ada bagitau dia takut hilang aku, aku pun macam.. amende? Kau muncul lepas tu hilang, lepas tu muncul, hilang lagi, muncul bagi ayat2 manis, hilang lagi. Sampai aku pun rasa insecure kau ni nak apa sebenarnya. Sejak dia ghosting aku untuk kali yang ke 150 juta tu, kitorang memang totally lost contact, aku tak tau langsung apa yang jadi dekat dia. Harap dia baik2 jelah tak kira dekat mana pun dia ada sekarang ni.

Selain daripada tu, macam biasalah.. PKP. PKP. Ingat lagi macam mana semua teachers kelam kabut print exam paper untuk budak tapi masa tu kes COVID-19 tengah naik and parents mula risau untuk hantar anak-anak diorang pergi sekolah. Kitorang pun memang dah diberitahu get ready je untuk buat online class kalau tiba2 PKP. Masa tu agak nervous dan risau jugaklah sebab aku tak pernah ada pengalaman handle online class dan aku masih baru dengan budak2 ni. Tak berapa familiar lagi so risau kalau aku tak boleh nak handle diorang. Bukan setakat risau dekat student je, paling risau dekat parents. Takut diorang tak boleh nak trust new teacher. 

Pasal kucing... Muezza, bino, cici macam biasa masih belum fully heal. Bubu, ada la satu hari tu taktau apa masuk dalam telinga dia & ganggu saraf dia so dia jadi terpusing pusing mata pun gerak laju je kesian dia. Lepas bawa pergi klinik ok dah sikit tapi jalan masih senget2. Now dia nampak sihat tapi perut dia macam buncit which is merisaukan jugak. Cidot.. Dah lama perasan cidot macam semput. Sejak April tu dia macam makin teruk. Kesian tengok dia. Nak berjalan pun macam payah sangat. Then decide nak bawak dia pergi jumpa vet sebab kesian tengok dia sakit dan nampak lemah je padahal dia la paling nakal sebenarnya. Paling kuat makan dan gemok jugak. Mula2 kitorang memang tak syak apa2 sebab yelah dia kan kuat makan. Masuk akal la kalau dia gemok kan? Lepas jumpa vet tu, memang apa yang dia cakap adalah benda2 yang kita semua tak nak dengar. Start dari hari tu hari2 kena bagi dia ubat, sometimes bagi neb jugak sebab dia susah nak bernafas kan.

I just felt sorry for him... Kali kedua jumpa vet, dia macam makin lemah, makin lemah tapi masih okay la orang kata. Tak terbaring pun. Masih duduk macam biasa kucing duduk tu la kan. Sampai rumah dah petang sebab balik dari jumpa vet tu singgah rumah arwah atok sekejap. Nak dijadikan cerita, malam tu start nak bagi dia ubat dan neb dia kan, lepas bagi dia ubat dia jadi makin lemah. Nak neb pun takut sebab vet dah bagitau pro and cons kalau bagi dia neb tu kan. Lepas tu dia macam jalan sikit then terjatuh. Lepas tu dia terkencing. Aku takda rasa marah tapi aku menangis sebab aku dapat rasa something bad going to happen sebab dia tak pernah kencing sepah2. Tak pernah langsung. Tak lama lepas tu dia jalan lagi sikit, dia terberak pulak. Allahu makin tak boleh tahan air mata. Then dia jalan lagi walaupun dah senget2 dan terjatuh. Dia masuk bilik mak. Baring atas lantai. Aku memang dah tak boleh tahan air mata sebab bibir dia dah pucat sangat. Nafas dia dah pendek sangat. Walau macam mana sekalipun aku cuba yakinkan yang cidot akan okay, kenyataannya tak. Aku tau dia tak okay. Dia tak boleh tahan dah. Masa tu menangis nangis dengan adik sambil cuba tenangkan cidot sampailah dia tarik nafas panjang, lidah dia terkeluar dan tak bernafas lagi. Depan mata dia pergi. Sebelum ni hadap kucing mati yang dah mengeras pun aku susah nak move on inikan pula yang pergi depan mata dan yang manja. 2/5/2021, 9:55pm dia pergi. Masa tu bulan puasa. Malam tu jugak tanam dia. Start dari hari tu, memang susah nak move sebab rindu sangat2 dekat cidot. Dan dari situlah mulanya cerita ada "benda" ikut aku sampailah beberapa bulan selepas tu.. Kalau nak tau, boleh teruskan baca.

Memang sejak cidot takda tu boleh dikatakan hampir setiap hari aku nangis sebab rindu dia. Setiap malam rasa tak tenang, tak boleh tidur. Terkenang kenang gitu orang kata. Aku jadi down dan tak semangat nak hidup. Tak nak buat apa2. Kebetulan dah start kena work from home dan orang dekat rumah duk komplen aku duduk rumah tak buat apa2. What do you expect me to do when I'm working all day long? Kadang2 Nak makan pun tak sempat. Dah petang pukul 4:30 time habis kelas tulah baru dapat makan. Kita bukan kerja office bukak laptop rilek2 buat kerja sambil makan super ring. Bukan nak membandingkan kerja kita dengan orang lain tapi kalau kau kena conduct online class kau rasa kau akan rilek2 depan laptop ke? Part ni pun aku mental jugak. Sumpah penat mental & fizikal. Kadang tu aku rasa kosong. Rasa macam tak berguna pun ada. Aku sempat terfikir, adakah rasa kosong, tak berguna, sedih, tak nak buat apa2 yang buat aku happy ni adalah disebabkan aku tak ada ramai kawan in real life yang aku boleh ajak borak? Kadang tu aku rasa takut nak tidur. Penat, ngantuk. Tapi aku rasa kalau aku tidur aku akan mati. So kau faham tak rasa penat tapi takut nak tidur? Itulah yang aku rasa hampir setiap malam. Masa tu rasa lonely teruk eh. Nak kacau kawan2, semua dah ada life sendiri. So aku jadi lost tak tau nak ke mana and ended up with my own self. Tapi itulah, semua benda yang aku buat jadi tak kena. Aku suka je tengok movie, kdrama, tengok video, dengar lagu, main game, but at that time, aku jadi restless tau. Dah jumpa movie/kdrama, baru tengok sikit aku dah tak fokus, so aku try dengar lagu, aku rasa annoying tak nak dengar dah. Padahal 1 lagu pun belum habis. Tengok random video, boring. Main game? Pun boring. At one point aku macam dah tak tau nak buat apa dengan life aku. Semua benda tak kena. Oh ya, masa tu kebetulan tengah cuti sebulan. Patutnya happy la dapat cuti but no, aku rasa macam nak gila. Kadang muncul rasa sedih. Menangis. Rasa kosong, sedih, eh betul macam nak gila la.

So.. Nak dijadikan cerita, aku ada kenal dengan sorang ni. Nama dia biarlah aku sorang je yang tau. Tapi aku akan guna initial H untuk dia. Ok dah kenal2 semua, tiba2 satu hari tu dia bagitau dia baru balik dari merawat. So aku confuse la, merawat ke melawat aku tanya dia. Sebab aku tau dia kerja apa so macam tak kena la kalau dia kata merawat sebab dia bukan bidang tu. Rupanya dia kata dia ni pandai merawat orang jugak.. Kebetulan dia tau aku kerap sakit kepala. Yelah dah hari2 tak boleh tidur, menangis. Menangis yang aku sendiri pun tak tau kenapa. Sometimes I laugh at my self sebab aku rasa aku kelakar. Ok back to the story, dia tanya aku, kerap ke sakit kepala? Sebab dia nampak ada benda ikut aku dan benda tu jenis hisap darah. Tempat asal dia dekat hutan so maybe dia ikut aku balik masa aku masuk hutan. Time tu aku tak senang duduk dah la. Aku bukan jenis yang tak percaya benda2 macam ni. Percaya je sebab memang dari kecik dah hadap benda2 gini. Yang jadi dekat family sendiri pun ada. Cuma nak hati2 aku try bagitau mukcu aku, suruh orang yang pernah ubatkan dia tengok aku, betul ke apa yang budak tu cakap. Lepas tu aku ada minta tolong sorang akak ni jugak sebab dia pernah ubatkan kawan aku, jawapan dari 2 orang ni pun sama.. Memang ada benda yang ikut & ganggu aku. H tu kata nanti kalau dah boleh rentas negeri, dia suruh aku p tempat dia, dia nak tolong ubatkan. Weh memang tak la. Dah la aku tak kenal dia, umur pun tak jauh jarak. Tak ke seriau aku. So last2 aku decide jumpa akak tu. Minta tolong dia buat apa yang patut. Panas eh masa nak pergi rumah dia tu. Berat sangat rasa. Tak nak pergi kalau boleh. Rasa macam ngantuk & penat sangat. Dah sampai tu, aku sedar yang aku tenung akak tu. Dia kata pandangan mata aku tajam. Lepas tu dia tanya, "berat kan nak datang sini?" aku angguk je. Bila dia start baca2 tu, aku kena tutup mata & rileks lepas tu dia suruh tengok depan dengan mata tertutup tu. Dia tanya ada nampak apa2 tak? Aku cakap la takda sebab memang tak nampak apa. Dah try banyak kali, dia suruh pandang bahu kanan dengan kiri. Aku kata nampak hitam je gelap. Lepas tu akak tu tanya "berbulu kan?" time tu baru aku perasaan haah benda hitam & berbulu. Akak tu kata tu hantu raya. Tak tau siapa punya dia just ikut aku randomly. Itu satu, yang ikut dari hutan tu satu. Lepas tu muncul nenek pulak dalam badan aku. Point dia dekat tangan aku antara ibu jari dengan jari telunjuk belah kiri. Weh sakit weh dia tekan kat situ nak suruh nenek tu keluar. Dia tak nak keluar. Tak nak cakap apa2 pun. Masa tu aku sampai menangis sebab aku rasa takut & sakit sangat but this nenek I don't know la sepatah apa pun dia tak nak cakap masa akak tu tanya dia datang dari mana apa semua. Selebihnya banyak jin yang bersarang dekat parut2 yang ada dekat tangan & kaki aku. Sebab aku ada eczema & memang tak payah cakap la parut tu semua memang banyak. Benda2 halus ni dia memang suka buat rumah dekat parut. Yelah maybe masa eczema tu tengah flare up kan kotor jadi benda tu senang masuk. Wallahualam la. Akak tu just remind kalau rasa pelik2, try mandi garam. Kalau rasa panas ke apa masa mandi air garam tu, biar je. Garam kasar tu kan, kita baca2 la sikit lepas tu mandi. Aku kalau mandi air garam tu selalu rasa nak termuntah. Tapi tak keluar apa pun.

Dah settle tu, aku cerita la balik dekat H, lepas tu aku tunjuk la gambar tangan aku tempat nenek tu duduk, dia kata ada je lagi nenek tu? Lepas tu dia tanya kenapa ada banyak jarum dalam badan aku? Kan aku bagitau nenek tu degil tak nak keluar kan? Masa tu akak yang ubatkan aku tu ada cakap macam ni, "kalau kau tak nak keluar aku hantar jarum dekat kau ya?" lepas tu dia tepuk dada aku sekuat hati nasib baik tak terberhenti jantung aku. So maybe sebab tu si H ni kata ada banyak jarum dalam badan aku. Tapi dia kata patutnya kena keluarkan balik. Takkan akak tu lupa? Atau dia sengaja tinggalkan? Atau dia akan keluar sendiri nanti? Aku memang tak ingat dah la part tu. Tapi risau la jugak kan. Sebab H cakap, selain daripada jarum tu memang ada je lagi yang tertinggal dalam badan aku. Akak tu tak buang habis. 

Si H ni pulak, memang setiap hari la kitorang text. Dia selalu tanya aku okay ke tak ke. Tapi dia sangat suspicious. Hari2 minta gambar aku, katanya nak tolong tengokkan sama ada aku dah "clean" ke belum dan nak cuba ubatkan aku dari jauh. Adalah hint dia yang macam aku ni akan jadi dia punya in the future so sebab tu dia nak aku clean. Aku macam amende kau? Muka pun tak nak tunjuk nak expect aku suka kau? Haa gitu. Bukan nak kata aku berkawan dengan orang tengok rupa, aku ni pun tak lawa. Tapi normal la kan untuk tau rupa kawan kau? Ada satu malam tu tiba2 dia tanya, "awak ada buat sesiapa sakit hati ke?" aku just cakap, memang ada je yang tak suka aku walaupun aku jenis diam tak bercakap dengan orang. Then dia pun bagitau lagi.. "yang saya nampak ni sepasang. Lelaki & perempuan." Aku terus dapat tau siapa. Sebab masa tu aku dah terpancing sikit.. aku bagi la gambar dua orang tu. Then dia reply la. Ayat dia tu macam nak suruh aku rileks, jangan bagitau parents sebab dia tak nak benda ni jadi gaduh besar since diorang tu family aku jugak. Aku memang tak boleh tidur la malam tu cerita dia. Takut, sedih. Of course aku nangis.

Selang berapa hari tu, abah ajak aku berubat dengan kawan dia pulak. Masa tu, dia just bagi aku minum dan sapu air yang dia dah baca2 kat muka. Sebab dia kata muka aku panas sangat. Memang panas. Tapi.. dia kata takda apa pun? Like, semua clean. Takda la tertinggal benda ke apa ke. No. Tak ada. Eh aku dah start pelik. Sebab H kata macam2 kan siap masuk pasal sihir bagai. Lepas tu aku baru tersedar dari kebodohan aku. Aku rasa dia ni sengaja nak psiko aku supaya aku akan percaya dekat dia dan cari dia no matter what. Aku ni memang tak bagilah aku punya selfie kat dia yang konon katanya nak scan aku tu kan, aku memang ignore la. Sebab akak yang ubatkan aku tu cakap, "tak kisah la gambar baru ke lama ke ada filter ke takda filter ke, kita tetap boleh baca orang tu." So apa alasan dia nak gambar baru setiap hari kan? Tak ke mindf*ck kat situ. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu dia minta gambar, aku tetap tak nak bagi, lepas tu dia cakap, "kalau tak nak saya tolong takpe." Aku just reply "ok" then tau2 chat aku dengan dia dah hilang. Gone. So sejak dari tu memang lost contact terus.

Lepas tu aku kawan dengan orang lain pulak. Masa tu sehari sebelum AidilAdha. Awal2 memang not bad. Lepas tu aku bagi dia tempoh 3 bulan untuk kenal betul2. Kalau dalam waktu 3 bulan ni dua2 okay, then boleh teruskan jelah kot sebab dia awal2 dah nak sayang2. Eh aku tanya dia nama aku pun dia tak tau eh kau rasaaaa. Okay aku bagi initial M la kat dia. Time tu aku bukan kenal dengan M sorang je, ada lagi sorang. Yang ni aku bagi initial A. Mesti yang baca ni rasa macam omg perempuan ni boleh tahan eh. Noooo. Time ni aku dah mula rasa aku patut kenal dan cuba berkawan dengan lelaki. Ingat tak awal2 cerita yang pasal kawan2 aku semua dah ada life sendiri tu? Aku just rasa aku perlu cari kawan lain yang boleh diganggu haa gitu. So siapa yang datang, nak kenal, aku rasa okay, then okay la. Lepas aku bagitau M pasal "3 bulan" tu dia terus berubah eh. Keluar la semua perangai dia yang aku tak suka. Kalau aku online kat whatsapp, dia akan tanya. "Chat laki mana tu?" Aku macam... what theee fucekkk. Lepas tu gambar profile aku kat facebook kan ada no hp aku sebab aku kan meniaga online, dia tak puas hati jugak, dia tanya perlu ke nak letak no hp? Suka ke kalau orang kacau? Aku memang nak mencarut je la masa tu. Taip ni pun rasa nak mencarut. Apa ke cilaka sangat perangai padahal aku bukan siapa2 dia pun? Kitorang pernah la jugak tengok movie sama2, video, dengar lagu, tapi lama2 aku rasa macam.. kenapa aku kena buat benda ni? This is not me. Aku mungkin ada rasa enjoy tapi kalau setiap hari, setiap masa, dengan WFH lagi masa tu. Aku mental weh. Dengan kerap nak call. Tak boleh weh aku. Selalu tuduh aku contact dengan lelaki lain, lepas tu mula la tunjuk marah sambil ugut nak pecahkan phone la apa la. Aku sumpah tak boleh hadam weh. Bila dia contact, aku jadi annoying & nak marah je sentiasa. Aku jadi takut & berdebar jugak tiap kali hp aku berbunyi. Last2 aku block dia. Alhamdulillah hidup aku kembali aman dan tenteram. Masa tu aku tak layan sangat A sebab kitorang pun memang nak kawan2 je kan. Cuma masih text jelah. Lepas aku block M, barulah aku macam fokus dekat A tu je sebab memang yang lain dah ditapis dan dibuang kan LOL. Alhamdulillah dah 5 bulan bertahan walaupun sempat ada rasa nak give up. Belum pernah jumpa, tak pernah call / video call pun sampai kadang tu rasa kesian pulak kat dia. Tapi dia kata dia okay je so aku pun okay-kan jelah.

Around September, aku decide untuk pakai braces. Dari zaman sekolah nak pakai tapi mak tak pernah bagi. Now dah ada duit sendiri so why not kan? Kalau tak silap 16/9 tu aku pergi appointment braces. Laju je dia check siap amek acuan tu semua. Masa dia duk tekan2 natang tu dalam mulut sumpah nak termuntah sebab benda tu dah sampai ke tekak. Lepas tu doc bagitau la gigi mana yang kena tampal yang mana kena cabut, yang mana kena minor surgery. Hari tu jugak settle amek x-ray semua. Selang berapa hari, aku datang untuk cabut gigi geraham atas belah kanan sebab dah rosak. Selang lagi berapa minggu, doc start cabut 2 gigi atas & bawah belah kiri lepas tu start pakai braces belah atas. Bad thing is, aku kena dry socket. Sumpah sakit okay 2x pergi klinik cuci balik doc korek2 gusi tu nak keluarkan darah balik sebab nak bagi dia sembuh. Dekat sebulan juga tunggu gusi betul2 sembuh baru start cabut gigi atas bawah belah kanan & pakai braces bawah. Yang ni aku dah start takut gusi jadi dry socket macam sebelum ni, aku rasa memang jadi. aku just tuang madu je dalam socket tu. Lama2 dia baik. Yang tak tahannya, bila kena ulcer, bibir aku jadi bengkak. Doc kata it's not normal so maybe aku ada allergic dengan apa2. Aku tak rasa aku allergic dengan makanan. Maybe lipstick ke botol air ke apa ke entah la. Tapi memang teruk ya dah macam kena sengat tebuan walaupun kalau kena sengat tu of course la lagi teruk kan. Yang risaunya bila dah kena minor surgery nanti sebab dua2 geraham bawah belah kiri kanan ni tak boleh cabut biasa. Cabut biasa pun aku dah trauma apa lagi kena minor surgery. 

Now baru 2 kali tukar getah. Dah pakai braces pun masih tak berapa confident. Macam mana la orang pakai fake braces konon nak nampak lawa errr. Ok lanje la gambar satu.


Okay la aku dah tak tau nak type apa ni. Cukup2 la tu. Yang penting 2021 ni better dari 2020. So harap 2022 akan jadi lebihhhh baik lagi. Bye! 

No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...