Assalamualaikum, hai hai semuaaa!
Macam biasa, blog ni akan wujud tiap kali nak masuk tahun baru. So, macam mana dengan korang punya 2020? Dari zaman aku sekolah rendah semua orang tak sabar sabar nak jumpa dengan 2020 ni. Kononnya negara akan bertambah maju dengan adanya kereta terbang(?) Now here we are. With bad news dari Januari sampailah Disember. Mungkin bukan untuk korang, tapi aku. Hah me and my stupid sad life. Eh tapi tak semua. Ada je good news. Kita cerita bad news dulu la eh? Berdebar nak type ni sebab sakit sangat2 tapi aku tak nak lupakan semua tu. Okay let's go.
Okay masa tu countdown 2020 dekat rumah je, dengan BTS. Diorang sambut dekat New York Times Square sebab diorang performed dekat Dick Clark's New Year's Rockin' Eve 2020. So ramai-ramai la kita tengok live streaming. The next day aku agak bad mood sebab migrain. Yeah me and my migrain. Ada hari yang tiba-tiba aku rasa happy tanpa sebab. Bangun tidur rasa semangat. Terus mandi, makan, minum, tengok kucing-kucing dan rasa bahagia. Ok sampai sini je bahagia dia. Hari-hari seterusnya aku dah start stress sebab kucing aku, mochi bergaduh teruk dengan mak dia. Tak boleh nampak, terus dia kejar satu rumah bergaduh macam benci sangat-sangat. Habis tunggang langgang satu rumah dibuatnya. Diorang bukan baru bergaduh, dari Dec 2019. Semua tak dapat kesan punca dia. So mak si mochi tu memang duduk dalam bilik je, nak keluar bilik pun takut. Kitorang terpaksa kurung anak dia dalam sangkar supaya mak dia boleh keluar bilik at least untuk pergi berak / kencing sebab makanan dengan air aku akan sediakan dalam bilik. Bayangkanlah aku sampai terfikir nak bawak kucing aku jumpa psychiatrist sebab nak tau kenapa dia jadi macam tu. Jangan tanya aku ada ke psychiatrist kucing sebab aku pun taktau hahahaha. Tengoklah ni, dia nak keluar bilik tapi takut-takut. Aku pun takut tengok dia macam ni. Korang klik sini kalau nak tengok video tu. Macam-macam aku buat sebab nak bagi peluang mak kucing tu keluar bilik. Sanggup aku bawak 2 ekor kucing dengan 6 ekor anak kucing yang masih menguek nguek nak susu duduk dalam bilik aku lepas tu tidur bukak lampu sebab kalau tutup lampu 2 ekor kucing tu macam kena rasuk sibuk nak keluar bilik.
Ni gambar chimmy dengan baby dia 5 ekor.
This is mochi our angel.
Ni pulak gambar anak mochi, bubu masa baru lahir.
Masa ni semua orang stress, bila semua stress, aku pun stress. sumpah aku sangat2 stress, hari2 tak cukup tidur, hari2 nangis, penat sampai boleh tweet macam tu walaupun aku tak sanggup nak buat. Kalau la aku boleh sabar dan tau apa akan jadi pada masa akan datang... tanya doc, dia suggest bagi catnip, aku try bagi tapi tak menjadi. Bila diorang nampak je muka masing2 terus macam kena rasuk.
Disember 2019 family aku plan nak pergi Penang, rumah mukcu. Saja nak tengok anak mukcu yang baru lahir sambil jalan-jalan kat sana. Tapi pakcik dengan makcik aku tukar plan, diorang pergi awal sikit sebab takut CNY nanti jalan jem teruk. Kitorang memang boleh pergi time CNY je sebab masa tu semua cuti. So ta dapatlah jumpa ramai-ramai.. Sebenarnya aku berat hati nak pergi sebab fikirkan kucing-kucing. Dengan baby kucing 6 ekor yang dah pandai makan, pandai berak. Kucing besar 7 ekor. Total 13 ekor kau bayangkanlah. Entah cukup ke tidak air dengan makanan diorang? Pasir diorang tu entah okay ke tak walaupun dah sediakan 3 box, tapi untuk 13 ekor, 3 hari? Tapi aku taktau kenapa aku ikut pergi jugak Penang tu. Masa tu 24 Jan and dah start masuk berita pasal COVID-19 dah ada kat Johor. Dah mula rasa risau la masing-masing kan walaupun benda tu masih lagi terkawal.
Paling tak kuat nak cerita benda yang jadi start bulan Februari. Terlalu banyak yang menyakitkan dan menghancurkan. Rasa hilang separuh dari diri ni. Tak sanggup nak hadap dan tertanya-tanya kenapa aku di uji sampai macam ni? Okay la aku cuba kuat & start cerita eh.
2 Feb 2020 tu aku perasan Muezza nampak lain. Dia bernafas macam kucing semput tu sebab kepala dia mendongak je mulut dia ternganga lepas tu banyak air liur keluar dari mulut dia + dia bersin bersin. Masa tu mak, abah takda kat rumah sebab hantar adik aku balik cyberjaya. Aku pulak tak pernah tengok kucing sakit so aku ingat Muezza sakit biasa la selsema biasa lepas tu susah nak bernafas macam kita kalau selsema tak selesa kan. Aku try bagi dia air tapi dia refuse. Aku betul2 taktau nak buat apa.
Seksa tengok dia bernafas sampai mendongak macam ni dengan mulut ternganga. Masa ni alhamdulillah Muezza dah getting better sebab dah takda air liur keluar dari mulut dia.
3 Feb 2020 aku perasan bino dengan mochi pun mula jadi macam Muezza. Paling teruk mochi. Air liur dia keluar banyak sangat. Air liur yang macam berlendir gitu. Memang nafas dah tercungap teruk.
Mochi ni paling tak boleh berjauhan dengan 6 ekor anak2 bulus yang baru lahir tu walaupun anak dia sekor je 5 ekor lagi tu anak kucing lain. Dia yang bagi susu, dia yang bersihkan budak2 tu, dia angkut
budak2 tu ke sana sini, tidur dengan budak2 tu dalam sangkar sebab kalau dia duk luar sangkar dia gaduh dengan mak dia kan. Tengoklah tu, tengah makan pun anak si chimmy datang minum susu.
Ok so pagi ni bawak Muezza, bino dengan mochi pergi klinik. Bila doctor tengok terus dia cakap, "ni virus ni.. Parvo virus. Virus ni memang bahaya sebab awak boleh nampak kucing awak nanti sekor sekor mati." Masa dengar tu, aku speechless. Macam, tak mungkin la. Diorang okay je ni. Then doctor suruh bawak semua kucing yang ada sebab takut berjangkit kat semua. Sampai je rumah, aku la yang beriya paksa diorang makan & minum walaupun diorang memang tak nak langsung makan & minum. Tapi diorang perlu makan & minum untuk ada tenaga supaya boleh lawan sakit tu faham tak? Balik tu mochi jadi lagi teruk. Dia sampai muntah. Muntah keluar air liur & lendir. Aku la yang bersihkan. Orang lain buat tak tau je macam, dah dia sakit nak buat macam mana biar jelah. Takpe, aku sorang je handle semua. Lap air liur dia, lap muntah dia, paksa dia makan minum, duduk dengan dia teman dia. Masa tu dia tak layan langsung dah anak2 kesayangan dia. Dia suka duduk dalam bilik air. Kitorang just biar je sebab yelah cuaca panas kan maybe dia tak selesa & nak rasa sejuk. Masa tu mochi masuk bilik aku, aku biar jelah. Letak tuala supaya air liur dia tu tak kena lantai. Then dia muntah lagi, aku letak dia kat luar bilik sebab aku pun dah nak tidur. Lepas tu macam biasa la dia malam tidur dalam sangkar so mak ke abah letak la dia dalam sangkar. Esok pagi kena pergi klinik lagi.
4 Feb 2020. Masa tu dah bangun awal tapi malas nak keluar bilik. Sebab masih awal kan, so aku decide nak layan Romantic Dr Kim 2 jap. Tengah sedap tengok tu tiba2 mak bukak pintu & cakap dengan nada sebak, "akak.. mochi dah tak gerak mochi dah takda ke.." masa tu jantung aku terus berdebar laju, sebak, speechless. Aku sentuh mochi yang terbaring dalam sangkar tu. Allah.. keras. Pertama kali kucing aku mati sampai dah keras macam tu. Masa tu aku rasa macam nak bawak dia pergi klinik suruh doc hidupkan dia balik. Aku cuma mampu cakap, "mochi.. mochi.." sambil usap2 dia & lap air mata. Lepas tu pelan2 aku keluarkan jasad dia yang dah kaku tu dari sangkar. Aku dengan mak berdua je. Dua2 speechless dan hanya mampu nangis. Sumpah sakit sangat. Pergi klinik pun dengan mata sembab. Berhari-hari nangis. Masa tengah solat pun nangis-nangis doa supaya muezza, bino dan yang lain diberikan kesembuhan sebab aku tak sanggup nak hadap kehilangan lagi. Sakit. Sejak hari tu tiap kali mak bukak pintu bilik jantung aku automatik berdebar laju. Aku stop tengok Romantic Dr Kim 2 tu sebab kalau aku tengok aku teringat balik kejadian tu berulang-ulang. Tiap kali nak tidur malam aku rasa takut, berdebar, takut bila aku bangun, aku akan hilang kucing aku lagi. Sebelum tidur berkali-kali aku peluk cium kucing-kucing lain dan pesan supaya kuat terutamanya bino sebab dia manja. Pagi2 mesti bising depan pintu bilik lepas tu bila bukak pintu laju je dia masuk bilik baring sama2 dengan aku. Aku punya paranoid tu sampai kalau tengok kucing-kucing baring aku dah rasa berdebar aku takut nak sentuh diorang sebab teringat masa aku sentuh mochi. Masa bersihkan sangkar mochi tu pun menangis tersedu-sedu ya Allah sakit sangat rasa.. macam nak demam. Tidur pun tak pernah lena sejak mochi pergi sebab sekejap-sekejap terbangun. Bila bangun terus berdebar. Keluar bilik, kira kucing, tengok semua cukup, semua masih bernafas. Alhamdulillah barulah lega walaupun masih ada rasa risau. Ada satu hari tu anak-anak kucing aku pergi tidur bawah sofa. Sofa tu macam dah koyak sikit bawah dia tu so jadi macam buai la diorang buat. Menangis aku cari satu rumah tak jumpa. Manalah aku tau diorang duk situ. Kalau nampak kucing duduk dalam bilik air pun aku rasa berdebar sebab mochi duduk dalam bilik air sebelum dia pergi tu & doc bagitau virus lagi cepat merebak kalau duduk tempat lembab & basah. Sampai sekarang aku marah kalau ada kucing2 terlepas masuk bilik air. Pintu bilik air sentiasa kena tutup. Aku rasa bersalah sangat kat mochi sebenarnya. Entahlah. Rasa bersalah sangat sebab tak dapat selamatkan dia.
5 Feb 2020. Masa tu dah pukul 12. Aku ulang alik bagi scotch dengan lily minum air. Sebab dua ekor baby ni pun dah lemah, lembik. Aku takut. Setiap 30 minit bagi diorang air dengan try force feed. pukul 1 lebih tu aku tengok scotch dah tak bergerak. Allahu.. sedih rasa. Subuh tu bangun tengok lily pun dah takda. 3 ekor kucing aku hilang dalam masa kurang dari 24 jam bayangkanlah betapa hancurnya hati aku.
6 Feb 2020. Leo pun nampak lemah, nafas tercungap. So aku kena bagi perhatian lebih sikit kat dia sebab dia masih baby. Aku bawak dia tidur dalam bilik dengan aku sebab taknak bagi dia bercampur dengan yang lain & senang aku nak tengok2 dia.
Tak tau nak cakap dah betapa penatnya aku rasa sebab aku yang kena bagi kucing2 semua makan ubat walaupun aku tak reti dan agak takut. Aku la yang kena bersihkan lantai sebab penuh dengan hingus diorang bersin2. Kalau biarkan, virus kan nanti berjangkit bila nak baik? Aku la yang kena make sure diorang cukup makan & minum supaya ada tenaga. Aku amek masa 2 jam ya untuk settle bagi 8 ekor kucing makan ubat sebab aku tak reti, diorang pun taknak makan ubat so agak struggle. Ubat pulak ada banyak jenis bukan 1-2 jenis. Aku penat sangat. Penat fizikal, penat mental. Klinik tu dah macam rumah kedua dah rasanya sebab setiap hari kena pergi kinik. Tak setiap hari, setiap hujung minggu. Time tu nak dekat final exam. Memang study last minute. Bukan tak biasa tapi tulah kali ni lain sebab terkejar-kejar nak settlekan kucing2, nak study, nak hafal. Tiap kali jawab exam otak aku kat rumah. Tertanya-tanya okay ke kucing2 aku? Kalau aku balik, ada yang tinggalkan aku macam mana? Tak sabar nak balik sebab risaukan kucing. Sampaikan ada 1 hari tu aku tadah air paip letak dalam cawan lepas tu aku pergi letak glucose, aku minum. Dah lama tu baru tersedar aku minum air paip.
9 Feb 2020. Balik dari klinik aku raa penat sangat so nak tidur sekejap. Biasanya aku bawak leo masuk bilik kan duk dengan aku. Tapi kali ni aku biar dia duk kat ruang tamu tu sebab takut dia tak selesa duduk dalam bilik aku. Nafas dia macam makin teruk. Mendongak kepala dia sampai cecah leher belakang tu dia mendongan. Doc memang dah bagitau susah nak survive tapi takpelah kita tolong je. Bangun tidur tu cuaca mendung. Rumah gelap. Aku nampak leo baring bawah meja. Aku cuba perhatikan sama ada nafas dia turun naik atau tak. Tak. Takda turun naik. Tapi sebab dalam gelap dan aku pun baru bangun tidur, so aku cuba untuk pujuk diri sendiri. Aku tak sentuh dia, aku solat asar dulu, as usual nangis2 sebab aku dah tau sebenarnya cuma aku masih menafikan. Lepas solat aku sentuh dia. Ya, dah keras. Sekali lagi aku rasa sakit yang aku tak habis lagi rasa dari sebelum ni.
Sejak dapat tau kucing2 kena parvo virus sampai ada yang tak boleh survive, hari2 aku mop lantai pakai dettol campur dengan clorox. Hari2 aku basuh bekas makanan diorang, rendam dengan air panas campur dettol. Hari2 bersihkan pasir diorang. Hari2 nak kena force feed mana yang memang taknak makan & minum langsung tu. Aku struggle. Penat. Sebab aku sorang yang peduli dan buat semua benda. Aku marah, sedih, kecewa. Tapi aku kena kuat, aku kena buat kalau aku taknak rasa kehilangan lagi. Next few days alhamdulillah semua dah boleh stop pergi klinik kecuali Muezza sebab nafas dia berbunyi macam orang semput tu wheezing ea orang kata. Haa gitu. Then doc tu cakap paru2 Muezza berair, dah tak payah bawak pergi klinik, rawat kat rumah je sebab dah tak boleh buat apa. Sumpah aku tak boleh terima. Dia tak check weh tak check. Dia just tengok mata Muezza berair & dia wheezing lepas tu terus cakap Muezza punya paru2 berair & takda harapan dah? aku bawak pergi klinik lain, buat x-ray. Doc sana cakap paru2 Muezza okay. Tapi dia kena warded sebab dia taknak makan & minum, nak harapkan force feed, aku penat, dia pun sakit. So kena tahan, masuk tiub. Hari pertama doc dah whatsapp bagitau Muezza mengamuk. Hancur hati aku tengok muka dia sampai bengkak2 sebab dia mengamuk gesel muka kat pintu cage tu. Aku nak share gambar, kalau ada yang tak sanggup tengok, boleh scroll laju2 ya.
Patutnya Muezza kena warded 4 ke 5 hari aku tak ingat tapi hari ketiga dah bawak balik sebab aku tak sanggup. Sedih, kesian. Hati aku yang sakit tengok keadaan dia macam tu. Dah bawak balik, masih kena bergantung pada tiub sebab dia masih taknak makan & minum.
Ni la susu & ubat Muezza yang hari2 aku kena bagi.
Malam2 aku bawak dia tidur dengan aku sebab takut kucing lain usik tiub dia tu. Lagipun senang aku nak bagi dia air. Taknak bagi dia dehydrate.
Makanan pertama yang dia nak makan lepas sebulan taknak makan, keropok ikan dari Terengganu. Masa tu aku happy sangat weh nak nangis tengok dia makan. Ni dia dah boleh makan makanan dia sendiri. Banyak dia makan. Alhamdulillah lega sangat2. Sebab tiub dia banyak kali tertarik keluar. Susah nak jaga Ya Allah. Tengok pun sakit.
Tadaaa yayyy dah bukak tiub! Kepoh beno muka dia masa ni hihi. First time lepas sebulan dia dapat bersihkan muka dia, dekat setengah jam ada.
Nak dipendekkan cerita, sekarang Muezza masih wheezing and keep on makan ubat. Makan minum alhamdulillah dia okay. Amber dah hari ketiga warded sebab fungus dia teruk sampai bulu tercabut tinggal kulit je. Ada lagi 7 hari sebelum boleh balik. Bino, cidot, bubu, cici masih selsema dan aku masih kena keep on mop rumah pakai clorox tapi sumpah aku penat. Balik kerja, aku mesti rasa nak demam lepas tu tertidur awal aku tak sempat mop rumah. 5 hari aku kerja 5 hari la rumah kotor. Aku penat. Cuma mampu minta siapa yang terbaca ni, tolong doakan supaya Allah angkat semua penyakit yang ada dekat muezza, bino, cidot, cici, bubu, amber dan panjangkan umur semua kucing2 aku. Aamiin..
8 Jun 2020. Dapat whatsapp dari mak lang, katanya dia kejut atok subuh tu tapi atok tak sedar. Terus panggil ambulans. Masa tu sehari je lagi sebelum PKP tamat. Tapi emergency so terpaksa la masing2 pergi balai buat surat nak balik Pahang sampai ada yang kena perli2 katanya tak sabar2 nak balik kampung padahal PKP tamat dah esok. Ini satu lagi cerita yang buat aku hampir gila. Aku risaukan kucing2 aku yang tengah sakit tu tapi aku terpaksa duduk lama kat kampung. Tolong jagakan anak2 mukcu dengan online class lagi. Atok kat hospital & cuma sorang je yang boleh jaga so diorang bergilir gilir jaga kat hospital. Mula2 semua nampak okay. Tapi lama2 mula jadi benda yang aku paling tak sangka akan jadi. Nak cerita pun rasa malas kang kata bukak aib family sendiri pulak kan. Tapi masa tu aku betul2 tak sangka orang yang selama ni aku anggap baik rupanya.. aku tak boleh lupa macam mana dia beriya mengutuk aku belakang2 sebab masa tu mak abah aku terpaksa balik JB sebab ada hal penting kat sini, abah aku yang handle so dia jugaklah yang kena settle semua tu jadi terpaksa balik sekejap. Aku tak boleh lupa masa tu aku menangis sampai demam2 & sampai sesak nafas, tangan shaking betapa teruknya dia buat aku rasa macam nak lari, nak mati.
18 Julai 2020. Masa tu aku baru nak off data sebab dah nak tidur. Tiba2 adik aku call bagitau yang pakcik aku call dia nangis2 suruh mak call dia balik. Katanya atok dah tak sedar. Time tu jugak kemas baju2 semua & sekali lagi terpaksa tinggalkan kucing2. Masa baru nak bertolak ke Pahang tu dapat berita atok memang sah dah takda. Masing2 nangis dalam diam. Sekali lagi. Satu lagi kehilangan besar aku terpaksa hadap untuk tahun 2020 ni. Semoga arwah atok, Salbiah binti Othman ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, Semoga kubur atok diberikan cahaya,diluaskan seluas-luasnya,
dijauhkan dari seksa kubur, serta diampunkan segala dosa2nya. Aamiin
Masa Raya Haji tu semua balik. Masa tu happy sangat sebab masa Aidilfitri PKP semua tak boleh balik. Semua raya through video call. Tapi sedih sebab atok dah takda.. tak sempat beraya dengan atok..
Cerita selepas-selepas tu semua alhamdulillah makin baik. Bisnes dropship bawal anti kedut by Fareha pun okay. Result exam? alhamdulillah dapat dekan for the first time. Berkat online class la kot hahaha. Dapat jumpa kawan2 lama & baru. Enjoy my last day of 2020 with them. Harap 2021 ni akan lebih baik dan semoga diri ni jadi lebih positif & kuat menghadapi hari2 yang mencabar. 2021 might be another challenging year for us tapi kita tetap kena berjalan ke hadapan kan?
HAPPY NEW YEAR GUYS!
No comments:
Post a Comment