29 December 2023

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai!

How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak start dari mana eh.. mestilah dari January kan.

January

Bulan ni aku masih lagi duduk dekat rumah sewa berdua dengan adik dan 4 ekor kucing. Rumah yang kena ribut tahun lepas tu masih belum settle. Kalau boleh memang nak cepat2 keluar dari rumah sewa sebab tak tahan la tak serasi tak selesa tak nyaman, semuanya tak la. Tapi tulah, lama juga aku duduk situ. Bulan ni kita pergi holidayyyy. Dekat Cameron je. Tapi ok la not bad. Cuaca sejuk gila tak tau nak cakap. Dalam rumah pun pakai stokin. Kalau boleh tak nak mandi langsung, shishi pun tak mau eh sebab nak duduk dekat mangkuk jamban tu rasa macam azab betul. Kebetulan pula cuaca tengah hujan je masa tu. Tapi best la. Good experinece. Kalau tanya nak pergi lagi ke tak, nak. Tapi tak nak hadap jem boleh? Tak sanggup eh. Benda 10 minit jadi 1 jam mereput dalam kereta.

February

Bulan ni kita paksa boypreng teman tengok konsert. BTS: Yet To Come in cinema. Walaupun cuma in cinema. Tapi sumpah sumpah best gilaaaa. Aku amek yang 4DX punya so ada la effect air ke angin ke kerusi goyang goyang ke apa ke. Serius best. Boypreng terpaksa la melayan. HAHAHAHA. 6 Feb kita pergi sambut anniversary mak abah. Kemain meriah ya. Kalau nak sambut apa2, kau pergi dekat Restoran Star Hadramout, JB. Kemain kau pak arab tu menyanyi berjoget joget. Oh, tak dilupakan juga, bulan ni keluar cerita Imaginur. Saja la pergi tengok dengan boypreng. Dah dia belanja, kita ikut jelah. Tapi ending dia, haih. Menangis tak boleh berhenti weh. Menusukkk. Tak rugi la boypreng belanja kita.

March

Bulan ni dah masuk bulan ke 7 rumah kena ribut. Masih on progress. Tak sabar rasanya nak balik ke rumah ni. Tapi tulah sebab rumah dah bertahun tahun duduk. Barangnya memang banyak. Keadaan rumah pun banyak yang kena baiki. Memang makan masa nak siap. Bulan ni pula dah start puasa. First time puasa tak duduk sama2 dengan family. Duduk pula rumah sewa yang kita kurang berkenan. Rasa sayuuu betul ya bulan puasa aku tahun ni.


April

Bulan ni bulan raya! Yayyyy. Masa dah hujung2 puasa tu aku tak berapa nak sihat. Jadi akan mencabar la juga sebab nak minum pun tak boleh kan kena tahan je sakit perit tekak. Kerja kita pula jenis kena banyak bercakap. Memang sangat2 mencabar. Tahun ni semua sedara mara pakcik makcik datang rumah mak nak beraya dekat sini. Diorang yang sampai rumah mak dulu. Aku yang dkat ni, of cours la kena sampai rumah mak di malam raya sebab kena kerja haa gitu. Best moment ever la. Meriah teruk rumah. Hari pertama raya tu kitorang terus serbu 5 buah rumah. Kebetulan pula tema baju masing2 baby blue. Tak plan, tersama.. dah macam rombongan meminang datang rumah orang beraya. Kalau tak silap dalam 4 buah kereta hari tu. Dah petang dkat2 maghrib baru balik rumah. Memang lepak teruk la masing2. Hari raya pertama okay je semua salam salam gurau gurau gelak gelak. Masuk raya ke-4, masing2 nak balik ke sarang dah. Time ni barulah terasa sedih dan ada scene air mata.


May

Bulan ni, first time dalam sejarah sejak dunia ni kena covid, hidung aku kena cucuk dengan benda geli geli tu. Sebab masa tu sakit lain macam tak boleh nak describe weh. Terpaksa la minta tolong boypreng angkut kita pergi klinik. Rupanya kena virus influenza. Sumpah lembik gila time tu. Otak pun rasa entah ke mana mana. Rasa macam takda otak pun ada. Di awang awangan gituh. Demam on off berhari hari. Sejak dari hari tu, sampai hari ni, batuk aku tak baik2. Dia bukan batuk setiap masa. Tapi akan ada 1 masa yang aku akan rasa sesak dada, semput dan batuk. Suara pun ada takda je. Oh btw, this month dah boleh masuk rumah sendiri. Dah settle semua yayyy! Eh bukan rumah sendiri, rumah abah hehe. Penat gila naik turun tangga tingkat 4. Rumah sewa tingkat 4. Rumah sendiri pun tingkat 4. Berapa round turun naik nak angkut semua barang tu bayangkan la.

June

Bulan ni bulan camping! Dengan sports club. It's a good experince sebab pergi dengan orang baru. Takda la semua orang baru tapi most of them. Masa otw nak pergi ke tempat camping tu, macam2 dugaan ya. Kena redah banjir. Lepas tu accident pula sebab kereta depan break emergency then kerta belakang laju. Kesian Ain kereta dia kena langgar. Nasib dapat settle cepat. Apa pun, I'm quite impressed with myself sebab boleh berada dekat situ. Faham2 jelah orang yang introvert ni macam mana perangai dia. Susah nak jumpa orang and spent time with them for a long time. Bulan ni Yoongi datang Singapore for his solo tour. Sedihnya tak dapat pergi. Tapi takpe, aku masih tunggu concert diorang lepas semua settle military nanti >.<


11/6 ada appointment braces. Masa tu tiba2 doc tanya, "tau kan hari ni dah boleh bukak braces?" Lahh kita tak tau.. so masa tu agak sedih sebab yelah kita tak ready lagi hahahahaha. Pastu, kita tak sempat lagi nak try pakai getah yang warna warni lahh tiber. Time tu rasa macam nak cakap, doc boleh tak bagi saya masa untuk fikir sekejap? hahahaha. Setahun 7 bulan je pakai braces. Hari hari seterusnya kena hadap retainer. Ini aku pakai waktu malam je sebab siang maleh aku nak bukak bukak dia. 


July

Bulan ni macam tak banyak je benda yang jadi? Buttttt I got this! Maceh boypreng kiteee.


August

-

September

-

October

The month which I officially became someone fiancee hehe. Nervous dia jangan cerita la. Kita ni plan nak buat biasa biasa je rileks tenang aman damai. Sekali engko dah macam majlis kahwin la pulak meriah dia siap ada kompang bagai. Kita layan jelah. Yang penting majlis smooth and settle.

Okay settle part tunang. Haa itu yang orang nampak. Yang bahagia je. Part aku stress macam nak gila tu orang tak nampak. Memang bulan ni adalah bulan stress, bulan termenung dan bulan menangis untuk aku sebab sumpah weh stress gila. Apa penyebabnya tu tak payah la aku cerita, kang kalau orang berkaitan terbaca jadi gaduh pula kan haa gituh. Dalam stress stress, sempat juga tu pergi bercuti ke Sabah. AAAAAA best moment ever! Nak repeat lagi please!



November

Bulan ni balik kampung. Dah lama tak balik kampung. Walaupun kita bukan jenis yang meriah, level level angin lalu je kan, tapi suka je berada dalam suasana dikelilingi keluarga tu. Lahh tiber. Al-Fatihah untuk arwah tok atan & tok biah..



December

It's annual concert month! Tak tau nak cakap apa, just alhamdulillah that everything went well, and I am so proud of myself! So happy sebab semuanya berjalan dengan baik padahal sebenarnya kita dah ready mental dah if anything happened kan. But okay la. Good job to all teachers.

Bulan ni kita dah settle kursus kahwin. Dah boleh kahwin yayay! >.< banyak lagi benda nak kena hadap sebelum dan selepas kahwin huaa tacoddd. Semoga Allah permudahkan. Aamiin.


Okay itu jelah cerita untuk tahun ni. Semoga tahun 2024 nanti makin kaya. Eh.
Semoga tahun 2024 ni makin kaya dari segala hal. Hal kesihatan, kerohanian, rezeki, mental, fizikal, apa lagi aku nak sebut pun tak tau. Yang penting semua la. Semoga Allah murahkan rezeki dan mudahkan urusan kahwin nanti. Semoga semuanya terbaik la. Aamiin.




Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...