365/365 Terima kasih 2014. Kau telah banyak mengajar aku untuk menjadi seorang perempuan yang kuat. Yang sentiasa bangkit bila jatuh walau tak diketahui manusia lain. Kau letakkan mereka dikeliling aku untuk membuka mata aku yang manusia itu punya pelbagai watak. Pandai berbicara. Pandai menabur gula, kata janji manis yang pada akhir basi semuanya. Kau juga telah jauhkan beberapa manusia daripada aku. Supaya mereka terselamat daripada aku. Dan buat kamu yang telah jauh, yakinlah percaturan tuhan itu indah. Aku terlalu bahaya buat kamu. Semoga saja kamu bahagia. Tuhan, kemudiannya kau hadirkan seseorang yang membuka mata aku, mengajar aku segala erti kesabaran dan kepayahan hidup. Menjadikan aku seorang manusia yang takut untuk memperlekehkan manusia lain. Terima kasih juga arjuna, yang setia temani aku saat aku sendiri. Yang sanggup melayan kerenah keanak anakan aku. Yang satu satunya melayan rajuk aku. Maaf atas segala sikap annoying aku. Aku cuma mahu tarik perhatian kamu. Itu saja yang aku mampu. Tuhan, kau juga telah hadirkan bersama aku manusia manusia indah. Yang awalnya entah siapa aku tak tahu. Merekalah yang mengajar aku erti sabar. Erti menerima kelebihan dan kekurangan tiap manusia. Erti memahami kejadian tiap manusia. Erti persahabatan biarpun tak nampak dimata. Erti syukur. Mereka yang papah tika aku jatuh patah remuk redam tika aku ditolak manusia sekeliling. Yang beri aku semangat. Yang menenangkan aku. Yang buat aku ketawa dan lupa semua kesedihan. Ya, mereka. Aku mohon tuhan, jangan ambil mereka daripada aku. Untuk mereka yang masih tetap di sisi aku biarpun sudah terlalu jarang berbicara, terima kasih kerana masih mempercayai aku. Buat kalian yang pergi meninggalkan aku, maaf atas segala celaka aku. Mungkin tuhan mahu jaga kalian daripada terus bersama aku yang serba kekurangan. Terima kasih kerna pernah hadir. Satu perkara yang kalian harus tahu, aku sentiasa ingat kalian. Dan untuk mereka yang sentiasa punya rasa curiga sama aku, percayalah.. aku bukan manusia baik. Juga bukan manusia jahat. Aku tak punya musuh. Moga saja jika ada yang memusuhiku dalam diam, harap kalian membuka hati untuk memaafkan aku. Untuk setiap pahit yang aku lalui, moga saja tak terulang pada tahun akan datang. Terima kasih pada siapa yang masih kekal di sisi. Terima kasih pada yang menolak aku jatuh kerna kau aku bangkit dan jadi diri aku sendiri. Terima kasih buat keluarga yang paling aku sayangi. Yang sentiasa membantu aku saat aku berhadapan dengan sakit peritnya hidup. Oh ya! Buat kamu yang satu-satunya ada di sisi aku saat aku sendirian, yang memberi nasihat dan semangat untuk teruskan hidup, yang sentiasa mahu jadi teman aku biarpun aku selalu senyap tanpa bicara. Yang sentiasa mendorong minat aku. Terima kasih. Terima kasih kerana tidak menilai persahabatan kita dengan nilai yang terlalu murah. Moga saja segala kesilapan yang tak aku sengajakan telah kau maafkan. Dan kamu, kamu tahu kamu siapa. Terima kasih tuhan untuk tiap kenangan pahit dan manis yang kau hadirkan. Dan buat aku, moga terus bangkit dan tak hancur jadi debu bila dilempar kata celaka oleh manusia lain. Salam sayang dari aku buat kalian yang membaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Adios, 2023!
Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...
-
. . . . . . . Aku ambil sedikit masa sebelum jari-jemari aku dapat menari dengan lancar di atas skrin telefon bimbit yang entah sampai...
-
Assalamualaikum. Dah lama tak bercerita kat blog ni. Kali ni aku datang dengan cerita mengenai penyakit. Em lebih kuranglah. Aku nak share ...
-
Assalamualaikum. Hai! Korang student yang tengah cari planner untuk tahun baru nanti ke? Nak planner yang complete dan tak kosong tapi boleh...