30 December 2013

AKU IV

Otak,
Kenapa kau tak pernah penat berfikir?
Sebab kau,
Aku menangis, takut.
Kau tak penat?
Siksa aku begini?
Cuba kau jadikan setiap masalah umpama contengan di kertas yang boleh kau padam dan kau gantikan dengan warna-warna pastel yang pelbagai.
Kan lebih baik?
Mana pergi fikiran positif kau?
Yang boleh gembirakan aku,
Senyumkan aku,
Beranikan aku.
Mana pergi semuanya?
Aku dah penat dengan kau.
Teruskanlah tabur semua fikiran negatif kau pada aku.
Biar aku menangis.
Biar aku takut.
Biarkan!

No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...