Kenapa cerita yang tertunda? Sebab aku sepatutnya tulis entry ni tahun lepas tapi aku tak tau kenapa tiap kali aku nak menulis, ada satu suara lain yang kata, "jangan." So kesudahannya tahun lepas berlalu macam tu je dan aku pilih hari ni, tarikh 26 Jan 2018 untuk ceritakan semua cerita-cerita aku yang tertunda.
..
.
Sebenarnya aku tipu je tu. 26 Jan tu aku type takat tu je. Sebab aku tak tau nak start macam mana. Even hari ni pun, 19 Feb dah. Aku still tak tau nak start macam mana tapi aku rasa aku kena mulakan jugak. Yang pasal "Ceritakan semua cerita-cerita aku yang tertunda" tu pun tipu je. Rajin pulak aku nak menaip semua.
Aku tak sure benda apa yang aku rasa sangat priceless sepanjang aku hadap tahun 2017. Sebab masa 18 Okt 2016, family aku dikejutkan dengan berita yang atok aku, belah mak, tak sihat. Bagi kitorang atok sangat aktif dan suka buat something untuk isi masa terluang yang dia ada. Rajin pergi memancing, pergi ladang dia, pergi pekan sari, lepak-lepak dekat kedai kopi. Kot. Yang aku tau, tiap kali anak cucu dia balik mesti dia akan buat semua ni. Selalu ajak keluar sana sini. But masa Oktober 2016 tu, group whatsaap family mula berbunyi pasal atok. Katanya atok kalau bawak motor, selalu jatuh. Macam tak larat gitu. Bila kerap sangat jadi macam tu, so decide la untuk bawak jumpa doctor. Yelah better late than never kan. Bila pergi klinik, doc suruh refer hospital. Selang beberapa hari lepas tu aku rasa macam darah semua serbu naik kat kepala. Aku speechless bila pak cik aku cakap, "abah diagnos ada cancer." Bila tanya kanser apa, dia kata brain. Dan dia mintak semua kalau datang melawat tolong jangan nangis depan atok. Sebab atok nangis masa doctor bagitau tu, sampai bila-bila pun aku tak akan dapat bayangkan perasaan atok masa tu. Bila pak cik aku dah kata gitu, of course la aku dah menangis dulu sorang-sorang. Memang tak boleh nak control apa dah. Sebab aku memang sangat-sangat cepat terkesan bila dapat tau orang ada kanser. And now it happened to one of my family.
So we did it. We did not cry. We smile together instead.
Dan hari-hari yang seterusnya, atok kena makan macam-macam jenis ubat dan aku hanya mampu doa semoga ada keajaiban berlaku tak kiralah cepat atau lambat.
10 Jan 2017: Mukcu bagitau yang atok demam sampai tak larat nak bangun. Family aku terus balik kampung kecuali aku sebab kerja dan adik yang last sebab dia sekolah. Demam atok masih tak kebah dan dia bernafas pun macam semput. Nak bangun, bercakap pun tak larat. Atok cuma cakap yang dia penat.
11 Jan 2017: Family yang ada dekat kampung terpaksa call ambulans. Heart breaking jugaklah tengok gambar atok kena naik ambulans. Atok memang sukaaaaa sangat makan buah. Terutamanya buah betik. Hari tu jugak dia cakap dia nak makan betik. Tapi aku tak tau cerita selepas tu sebab yelah bila borak dalam group, macam-macam soalan dan jawapan keluar. Mak plan nak bawak atok balik Perak bila dia dah sihat nanti. Sedara mara atok ramai kat sana. Manalah tau boleh sihat sikit bila dah jumpa sedara mara and hirup udara segar dekat kampung dan nak berubat sekali dekat sana. Tapi itulah, plan je dulu. Kalau tengok gambar atok dah cukup untuk buat aku heart breaking, diorang bagi pulak video atok, memang aku terus menangis teresak-esak dekat situ. *situ tu tak pastilah kat mana sebab aku mana ingat dah aku ada kat mana masa tu. Yang penting aku memang nangislah.* Lupa nak bagitau, masa ni cancer atok dah last stage. Tapi jauh di sudut hati masing-masing masih lagi berharap yang atok boleh sihat balik. Boleh rawat lagi cancer tu. Atok jenis yang degil. Dia suka merokok. Susah nak tinggal rokok. Even masa dah tau dia ada cancer tu pun dia still curi-curi merokok.
13 Jan 2017: Doctor cakap, "anything can happen anytime from now on." So semua dah faham. Aku
ni lagilah, tak tenang rasa. Sebab aku takut tak sempat jumpa atok for the last time. I cannot imagine that. I can't even imagine how when one of my family suddenly passed away and now I know the time has come. Dalam masa 4 hari ni, demam atok masih tak kebah dan atok masih tak larat nak buat apa-apa. Tapi petang tu demam dah hilang cuma pernafasan masih belum stabil. Oh ya aku lupa bagitau satu benda lagi. Atok aku diagnos lung cancer bukan brain cancer macam yang awal-awal pak cik aku bagitau tu.
14 Jan 2017: Pagi tu mukcu bagitau yang keadaan atok makin baik. Tapi malamnya atok batuk-batuk teruk.
15 Jan 2017: Batuk atok dah okay tapi lepas makan atok sakit perut. Baring pun tak senang. Sekejap mengiring ke kiri, sekejap ke kanan. Masa ni semua berharap yang atok boleh cepat balik rumah. Malam tu, mukcu kata atok nampak gelisah je.. pak cik pulak cakap makin lama dia makin pelupa. Makin lemah. Selalu lupa yang dia ada dekat hospital. Mak terus decide nak balik kampung esoknya. Dan aku pun terus decide untuk ikut sama. Aku tak boleh fikir apa dah. Aku serba salah nak cuti sebab aku fikir nanti student aku kena pass kat orang lain, dah menyusahkan orang lain pulak. Masa tu jugak aku nangis-nangis dan tanya diri sendiri, "kau nak ke rasa menyesal kalau jadi apa-apa kat atok nanti?"
16 Jan 2017: Mak cik bagitau atok buat perangai malam tadi. Setiap jam dia nak turun dari katil. Nak balik rumah. Duk tanya mak cik aku, "hang parking kereta dekat mana?" Habis wire drip tu semua dia rentap. Atok dah mula meracau. Dia rasa macam dia tengah memancing, dia suruh mukcu tolong dia. Dia nampak ular kat katil orang depan. Macam-macam. Keadaan dia memang makin teruk. Waktu tu aku still dekat tempat kerja, tapi handphone tak lepas dari tangan. Keep baca apa yang diorang cakap dalam group. Aku memang tak boleh nak mengajar langsung dah masa tu. Sakit weh dada ni bila tengok video atok. Keadaan dia masa tu. Sakit sangat aku rasa. Menangis teresak-esak aku tengok video tu. Lepas dapat video tu, abah terus amek adik dekat sekolah, lepas tu amek aku, balik rumah sekejap kemas-kemas then terus gerak Pahang. Dalam hati aku ni berdoa la Ya Allah sempatkanlah aku jumpa dengan atok walaupun masa tu atok dah tak kenal aku siapa. Itu je harapan terakhir aku. Pukul 3 petang tu pak cik aku cakap atok dah tenat, kalau siapa rasa nak balik, balik. Aku masih dengan harapan aku dan menangis dalam diam. Aku tak tau diorang bincang apa tapi tiba-tiba mukcu aku bersuara, dia kata biarlah atok kat hospital jangan bawak balik dulu.. ini satu lagi benda yang aku sangat-sangat takut nak hadap. Aku takut kalau aku sakit, kena duduk hospital tapi family decide nak bawak balik. Aku tak nak benda ni jadi. Jadi aku pun tak sokong kalau diorang nak bawak balik atok kat rumah dalam keadaan dia macam tu. Family aku dengan family pak cik yang dari JB sampai sana dekat pukul 6 petang. Aku memang tak boleh nak control apa dah masa tu. Aku tak suka orang nampak aku nangis tapi aku tak peduli apa dah, aku menangis je depan diorang. Lepas baca Yaasin apa semua, maghrib tu kitorang balik rumah. Aku masih berharap esok dapat jumpa atok lagi. Aku masih berharap atok masih boleh bertahan..
17 Jan 2017: Pukul 3 lebih nak dekat pukul 4 pagi masa tu, atok biah which is nenek aku la tapi aku panggil dia atok jugak. Aku ni jenis yang mudah terjaga dari tidur dan kebetulan masa tu aku tidur mengiring ke kanan, jadi aku dengar suara atok aku, "weii anak-anak.." aku nampak dia berjalan ke arah anak cucu dia yang bergelimpangan tidur kat ruang tamu. Aku perhati je sebelum aku dengar, "abah hang takda dah.." masa tu aku tak tau apa yang aku rasa. "Atok takda dah.. atok dah takda.." Yang aku dengar masa tu cuma suara sedu sedan je. Aku ingat lagi mukcu dengan adik aku tak sedar pun masa tu. Diorang kiri kanan aku. Tapi aku tak daya nak kejut. Aku tak tau nak buat apa. Aku tak nangis. Cuma diam je. Tak lama lepas tu mukcu terjaga, lepas tu dia panik bila tengok semua nangis, aku ingat lagi dia tanya, "abah? abah?" lepas tu dia terus nangis dan masa tu jugaklah aku terus sedar yang atok dah takda dan aku pun nangis sama. Benda yang aku paling takut jadi dalam hidup aku dah pun terjadi. Pagi tu aku ikut pergi hospital untuk mandikan atok, tapi aku tak mandikan pun la aku duk tepi je. Duk tepi tapi masih dalam bilik yang sama. Aku tak boleh lupa perasaan masa orang tu bukak pintu bilik mandi mayat. Ya Allah tak terbayang weh sakitnya rasa tu bila tengok sekujur tubuh yang aku kenal terbaring kaku sorang-sorang kat situ. Pukul 8:30 pagi baru mandikan jenazah. Aku tak boleh berhenti menangis. Aku tengok dari awal proses mandikan jenazah atok sampailah masa diorang kafankan. Sampailah jugak masa diorang transfer ke van jenazah. Masa diorang mandikan tu, time bukak gigi palsu atok, terus muka arwah nampak lain. Nampak macam tengah senyum. Nampak tenang sangat.. proses masa nak kebumikan semua pun lancar je alhamdulillah.
So, inilah cerita yang tertunda sampai setahun lebih. Arwah atok pun dah setahun lebih pergi. Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa atok, semoga Allah luaskan dan limpahkan kubur atok dengan cahaya. Semoga Allah peluk atok dalam dakapan paling selesa. Al-Fatihah..
سْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ ۞ . اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ ۞ َ آمِّيْنَ.
No comments:
Post a Comment