Manusia,
Puas menjaja cerita?
Manusia,
Puas menghina?
Manusia,
Apa kau puas dengan semua ini?
Apa kau senang dengan semua ini?
Kau senyum puas bila dia jatuh tersungkur.
Jatuh pada sedalam dalam tempat
Segelap gelap tempat.
Kenapa tak kau capai tangannya?
Aturkan langkahnya bersama kau.
Kenapa?
Dia punya khilaf.
Ya.
Apa dia saja yang punya khilaf?
Apa kau suci sesuci sucinya dari segala dosa?
Manusia,
Apa berdosa jika bantu dia keluar daripada tempat yang paling dalam dan gelap itu?
Apa berdosa semua itu bagi kau?
Berhentilah mengeji.
Berhentilah mencaci.
Berhentilah menghina.
Berhentilah memaki.
Apa kau dapat?
Apa?
Kita semua ada Allah.
Dia satu satunya yang bakal mengadili kita.
Jadi apa kau masih lagi mahu mengadili dia tanpa memapahnya terlebih dahulu?
Apa kau rasa kau lagi berkuasa dari Dia?
Astaghfirullahaladzim.
29 June 2014
Manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adios, 2023!
Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...
-
Yan melemparkan pandangan kosong ke arah manusia-manusia yang berada di hadapannya. Di sudut kiri bangunan terdapat kedai yang menjua...
-
Assalamualaikum. Hai! Korang student yang tengah cari planner untuk tahun baru nanti ke? Nak planner yang complete dan tak kosong tapi boleh...
-
Assalamualaikum, hai hai semuaaa! Macam biasa, blog ni akan wujud tiap kali nak masuk tahun baru. So, macam mana dengan korang punya 2020? D...
No comments:
Post a Comment