09 February 2013

Saturday :)

Assalamualaikum (:
Taktau nak letak tajuk entry apa kali ni. Memandangkan harini hari Sabtu, so tadaaaaaa! Itulah tajuknya. "Saturday." hmm nak cite nih, 18Januari2012 rituh kak ina datang amek aku, mak dgn adik-adik pun ikut sama. Nasib diorang ikut, takdelah rasa sedih sangat. haha. Then malam tuh tak dapat nak tidur, mana taknya. Entah menda apa yang aku fikir sampai hilang rasa ngantuk. Macam tulah setiap kali nak kena buat something yang aku tak pernah buat, mesti aku akan fikir macam-II. Nasiblah cik ayish msg kite malam tuh. Cakap itu ini, haha ingat lagi apa dia cakap. Ni yang nak ketawa nih. hahahaha xD
okay stop. Malam tuh dah pukul dua lebih hujan renyai-II mula turun. Eh bukan malam, pagilah. Hahaha. Masa tuh dah rasa mengantuk, alhamdulillah dapat tidur akhirnya. Big thanks to cik ayish sebab dah temankan kite, hihi. Pagi tuh entah pukul berapa kak ina kejut, suruh siap-II nak pegi kedai, masa tuh.. err ngantuknya, then mandi. Alahai sejuknyaa, menggigil waaa -____-
First day tuh rasa macam... "amende yang aku nak buat nih?" -,-
haha then 2nd day, entah.. macam tulah,, petang tuh mak dgn adik semua balik sebab esoknya dah sekolahkan. Puas pujuk hati, kuatkan semangat, tahan air mata. Bukan senang weh! Nasib petang tuh kak ina ajak keluar pegi Jusco Bukit Indah sebab nak cari kasut untuk abang dgn adik, kira hadiah untuk birthday diorang laa, Isnin tuh birthday diorang. Kitorg pegi dengan kak ekin, kak kinoi *eh macam pelik pulak, kak kinoi. kak kinoi. kak. kinoi. haha* adik pun ikut sama masa tuh. Then balik entah pukul berapa, esoknya kerja macam biasa. Hari kelima duduk sana, alhamdulillah semua makin okay, emosi semakin stabil, hahah dah macam ape jee. Then sabtu tuh mak dgn adik-II datang sebab Isnin tuh cuti sempena ape ntah tak ingat.haha. Then Isnin tuh dorang balik, sedih lagi kena tinggal, tapi tak lama.. lusanya dah okay. And now, giliran aku pulak balik rumah kat Johor Jaya nih. Sebab cuti tiga hari, tu yang balik. Rindu nak main gitar kite tuh, rindu nak update blog nih, and ada beberapa perkara yang perlu disettlekan. Gituuuu. hahahaha. Banyaklah pengalaman sepanjang bekerja kat sana, dapat jumpa macam-II jenis orang, yang paling bengang ada sorang tuh memang annoying gila. First time nampak muka dia, dia dah cari pasal dengan aku, memang sampai kesudahlah aku tak layan dia, memang tiap kali dia datang kedai aku takkan senyum/cakap pape dengan dia, mampus muka dialah. eh sakit pulak hati nih -,-
Aku riderrr kat sana, bak kata matnolah kann. ahahahah. Haa rituh matno ada msg, tetibe jee kan. Setelah beberapa tahun.. chehhh ayat, haha tak sampai setahun pun, agaknyalah xD
eh betullah tak sampai setahun sebab aku baru jee msg dia masa dapat tahu pasal arwah Siti Hajar tuh. Al-fatihah untuk arwah :')
Dia msg pun cuma tanya khabar and cakap-II pasal kerja, dia punya kerja lebih kurang jee dengan aku, cuma dia banyak kena amek tau pasal kedai makan dia tuh, yelah lepas nih dialah yang nak kena handle kedai makan "Along" tuh, whoaa lepas nih dialah owner Along, ahahahah xD
Kak Muni dgn abg deen cakap cara aku bercakap macam nak cari gaduh, hahah memang, aku pun rasa macam tuh. Tapi aku taktau nak ubah cemana. Aku cubalah nanti. haha. Kak Muni cakap "sebab tuh dia malas nak cakap, dia diam jee, sekali bila dia dah bersuara macam nak cari gaduh." Hhaha yelah, ada yang aku nak amek order dia tak dengar, aku cakaplah kuat-II, sebab dorang cakap suara aku pelan sangat. Mendeeee? Aku rasa customer tuh yang suara pelan adelerrr, aku sampai tanya balik "haa ape dia?!" ahahaha xD bongok cakaplah kuat sikit. Dah tuh ada yang datang kat tempat nasi tuh bukan nak amek sendiri, tak nampak aku pegang note dgn pen? boleh nak pandang muka aku buat muka kesian sambil cakap "nasi." hahaha lawaklah. Terpaksalah aku amekkan nasi dorang sambil amek order. Dah tuh ada pulak jenis yang datang situ pastuh tanya "nasi amek sendiri ea?" kalau dah ramai sangat orang aku balas "abang ameklah sendiri" tak pun "ameklah sendiri." tak pun "kalau saya yang amekkan sape yang nak amek order?" ahahah aku main suka hati jeee bercakap dengan orang. Kalau aku takde mood memang aku balas macam-II, kalau ada mood tuh aku layanlah sikit. Kalau dengan customer perempuan aku sehabis baik kawal tone suara semua. Kalau dengan customer lelaki memang taklah, mampus kaulah nak cakap ape. Kat sana majoriti customer lelaki yang ramai sebab.. entahlah sebab ape. ahahaha xD
3march nanti nak balik sini sebab fendi kawen, kebetulan adik abg ajiz pun kawen, so kak muni pergi sana aku balik JJ, then malam tuh dorang amek aku kat JJ terus balik Pahang. weeeeee~
Pagi tadi pegi melawat kubur dibo dengan dibie, adik cakap dia yang tanam dibie, then dia terjumpa cengkerang dengan kepala dibo, cengkerang tuh dah macam daun then kepala dibo dah leper :3
Sedih gila kodd, aku siramkan air, Lol dah macam ziarah kubur orang pulak. Tengok dibo jr dengan didie dah besar... dulu sebelum pergi dorang kecik lagi... sekarang dah besar macam dibie, pastuh bila terbalik dah tak reti nak pusing balik sebab badan dah berat, dia dok diam je macam tengah baring, haha orang angkat baru dia aktif balik. uishh tak reti duduk diam, haha. hmm tapi sedih bila tengok akuarium kecik tuh dah takde, kalau tak dibielah yang duduk dalam tuh.. tapi sekarang....
esok nak balik sana dah, cik ayish balik kampung harinih. Esok baru dia balik sini. Aku balik sana. Dia balik sini, what does it mean -,-



No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...