The story based on my... my... forget it! Just read :)
ALONE. Kadang-kadang bila kita rasa kita "ALONE" kita mesti akan rasa sunyi. Memang, "ALONE" & sunyi tak dapat dipisahkan. Bila kita rasa sunyi, macam-macam benda yang terlintas dalam fikiran kita. Rasa macam tak guna kita hidup kat dunia ni. Pathetic sangat! You know what I mean.. kadang-kadang rasa macam nak bunuh diri pun ada. Tak terkecuali diri aku sendiri. Macam-macam cara aku buat supaya jantung aku ni berhenti berdegup. But faith win. I'm still alive and I don't why god never want me to die. Aku hidup sorang diri kat dunia ni. Aku tak tau kenapa aku ditinggalkan seorang diri kat dunia ni.
Satu hari aku cuba lagi untuk hentikan denyutan nadi ni. Aku tak tau apa yang dah terjadi dengan diri aku. Yang aku tau cuma satu. Aku nak ke syurga. Nak jumpa dengan ahli keluarga aku yang lain. Aku sampai kat satu tempat, cantik sangat tempat tu. Tak pernah terlintas pun kat fikiran aku yang aku akan jumpa tempat secantik tu. Tiba-tiba, tangan aku ditarik. Entah siapa yang tarik pun aku tak pasti. Aku tersedar dari mimpi. MIMPI ?! Aku kat hospital... aku terus duduk dan berfikir, kenapa aku masih hidup? Terpaksa aku lepaskan satu keluhan berat. Dan entah daripada mana ada asap rokok pula. Aku pandang kanan, ada sorang lelaki tengah merokok. Aku tak kenal dia tapi aku cakap dengan dia baik-baik "Kenapa merokok kat sini? Inikan hospital." Lelaki tu cuma senyum dan tak cakap apa-apa. Hmm pelik..
Aku dibawa berjumpa dengan doktor psikologi. Aku cakap dengan doktor tu, "kenapa saya kena jumpa dengan doktor psikologi? saya tak gila." Aku cakap dengan tenang. Doktor tu senyum. "Jangan risau, ini cuma rawatan biasa sahaja." Aku mengangguk menandakan yang aku faham apa yang dimaksudkan oleh doktor tu. Aku pandang lelaki yang merokok tadi tu, dia temankan aku jumpa doktor tu. Tapi kenapa? siapa dia? Tiba-tiba aku dengar suara perempuan menangis. Teresak-esak dia menangis. Aku tanya doktor tu, "doktor ada dengar suara perempuan menangis? kenapa dia menangis? mana perempuan tu?" doktor tu cuma pandang aku dengan penuh tanda tanya. Aku bangun, berjalan ke arah satu almari yang ada dalam bilik doktor tu. Suara tu datang dari arah almari tu! Ya memang tak dapat dinafikan lagi, memang suara tu datang dari situ! Perlahan-lahan aku buka almari tu, almari tu kosong! Tapi ada sorang perempuan tengah menangis. Tiba-tiba aku rasa marah. "Doktor! Kenapa perempuan ni menangis?! kenapa doktor biar dia duduk kat sini?!" Doktor tu panggil dua orang jururawat dan aku dibawa keluar dari bilik doktor tu. Perempuan yang menangis tu pun ikut aku. Sekarang ada dua orang yang aku tak kenal ikut aku ke mana saja aku pergi. Lelaki merokok dan perempuan menangis.
Malam tu masa aku tengah tidur, tiba-tiba aku rasa nak ke tandas. Masa aku nak pergi tandas aku nampak ada orang tua tengah leka memerhatikan seorang jururawat wanita. Aku pandang lelaki tua tu. Dia pandang aku. Lepas tu dia senyum. Aku tak jadi nak ke tandas. Aku terus masuk bilik dan aku tak tau kenapa masa tu aku rasa takut sangat! Bila aku pandang atas, aku nampak lelaki merokok, perempuan menangis dan lelaki tua tu terapung-apung. Aku takut.... "kamu semua ni hantu?" serentak diorang jawab "ya" sambil tersenyum pandang aku. Esok pagi doktor dan beberapa orang jururawat masuk bilik aku, doktor tu kejut aku, "tidur atas lantai lagi best ya? tak suka tidur atas katil yang ada tilam empuk?" aku terus bangun. "suka! tidur atas katil lagi best. Ada tilam empuk." Aku tau yang aku pengsan malam tadi. Tiba-tiba aku terpandang katil depan aku. Katil tu kosong, tapi ada sorang budak kecik tengah main lompat-lompat atas katil tu. Dan lelaki merokok, perempuan menangis serta lelaki tua tu ada kat situ juga. Tengah pandang aku dengan muka yang tenang. Aku tau, tiada gunanya aku beritahu doktor tentang budak tu, doktor mana nampak hantu. Sejak kejadian tu aku mula nampak hantu.
Dan sekarang, lelaki merokok, perempuan menangis, lelaki tua dan budak kecik tu ikut aku balik rumah. Haihh kan best kalau diorang ni semua manusia. Aku tak pernah bawa masuk sesiapa pun dalam rumah aku ni. Dan aku tak pernah rasa macam ada satu keluarga dalam rumah ni. Haihh kan best kalau diorang ni semua manusia... hakikatnya diorang ni hantu. "Aku nak kau kelaur dari rumah aku, berhenti ikut aku." Itu ayat yang keluar dari mulut aku. Aku tak perlukan hantu untuk teman aku. Tapi diorang buat tak endah dengan semua tu. Sebelum ni aku tak pernah merokok, tapi sejak ada lelaki merokok tu, aku dah kerap merokok. Lelaki tu jugak yang membuatkan aku memandu. Kenyataannya aku memang takut nak memandu dari aku kecik lagi. Aku memang takut kereta... Aku tak pernah menangis sebab aku lelaki. Tak cool lah kalau aku menangis. Aku tak pernah minum minuman keras. Aku tak pernah makan benda yang manis-manis.
Tapi sejak kehadiran diorang, aku mula buat benda yang aku tak pernah buat. Aku rasa sakit, selalu batuk-batuk, sakit perut, pening, muntah. Tak tahan dengan semua ni! Sampailah satu hari... "Apa yang korang dah buat ni? Korang nak aku mati ya?!" Diorang cuma senyum. Yang perempuan tu tak habis-habis dengan sapu tangan dia and lap-lap air mata dia. Lelaki tua tu cakap, "kalau kau nak aku pergi dari hidup kau.. tolong dapatkan balik kamera aku. Kamera tu ada pada sorang lelaki." Lelaki merokok tu pula cakap"Aku nak kau berhenti merokok." Tak cukup dengan tu, perempuan yang asyik menangis tu pun bersuara "Tolong saya aturkan satu majlis makan malam." Begitu juga dengan budak lelaki tu. "Saya nak permainan dan gula-gula." Sejak hari tu, badan aku selalu digunakan oleh hantu-hantu tu. Apa yang aku buat semuanya diluar jangkaan aku sendiri. Aku dah berjaya tunaikan permintaan hantu-hantu tu. "Sekarang korang tolong keluar dari rumah aku. Aku dah tunaikan semua permintaan korang. Aku terus masuk bilik dengan harapan bila aku bangun esok pagi, semuanya dah kembali seperti biasa. Esoknya bila aku bangun pagi... tiba-tiba aku rasa kosong... tapi.. tak mungkin aku nak dorang tinggal dengan aku balik! Tak mungkin!
Saat bertukar jam. Jam bertukar hari. Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Aku kenal dengan sorang jururawat di hospital tempat aku pernah masuk dulu. Dia layan aku baik. Dia cantik.. Sampailah satu hari tu. Aku ajak dia makan sandwich yang aku buatkan khas untuk dia. And riba-tiba dia cakap satu kejutan yang besar boleh buat kita hilang ingatan. Aku pelik, dan jururawat tu cakap aku pelik sebab aku letak karot dalam sandwich tu. "Mak saya cakap karot bagus untuk mata." Entah kenapa, lepas aku cakap macam tu.. aku teringat kat mak. Dulu masa aku kecik, mak selalu buatkan sandwich untuk aku. Mak sikatkan rambut aku. Teman aku masa aku sakit. Belikan mainan yang aku suka. Aku tinggalkan jururawat yang makan dengan aku tadi terpinga-pinga sorang diri. Aku lari balik rumah sambil menangis! Bila aku dah sampai kat rumah... aku nampak bayang-bayang mak tengah senyum... mak peluk aku... "Mana korang semua?! Tolonglah datang balik! Tolonglah aku merayu korang datang balik kat rumah ni!" Aku menangis teresak-esak. Tanpa menunggu lama.. dorang muncul balik. Semua tersenyum pandang aku. Dari hari pertama aku jumpa dorang, dorang sentiasa tersenyum..
Entah dari mana ada satu bayangan muncul, aku macam ada dalam satu panggung wayang 3D. Aku nampak semuanya dengan jelas! Aku nampak lelaki tua tu. Itu atok! "Kamu boleh ambil kamera atok ni bila atuk dah nak mati nanti." Itu yang atok cakap kat aku dan kat tangan atok ada kamera yang aku tolong dapatkan tu. Ayah aku seorang pemandu teksi. Dan masa tu kami sekeluarga nak keluar pergi bercuti. Tiba-tiba teksi yang ayah pandu hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung. Mak, atok, abang dan ayah terbunuh dalam kemalangan tu. Mak yang lindungi aku masa tu. Lepas kejadian tu aku dibawa pergi oleh seorang lelaki yang aku tak kenal.. dan aku ingat semua tu. Ya aku ingat! Aku kenal siapa mereka berempat tu! Lelaki merokok yang bawa aku pandu kereta tu ayah aku! Perempuan yang selalu menangis tu mak aku! Lelaki tua yang sibuk suruh aku dapatkan balik kamera dia tu atok aku! Dan budak kecik yang paksa aku beli mainan dengan gula-gula tu abang aku! Aku terlalu rindukan mereka. Mak peluk aku sambil nangis. Mak cakap aku membesar dengan baik walaupun seorang diri. Mak cakap jururawat tu memang sesuai untuk aku. Abang aku pulak, dia hulur kat aku mainan yang aku beli tu. Dia cakap aku memang suka permainan tu. Kalau rindukan dia, mainan tu ada untuk lepaskan rindu.. ayah.. ayah cakap aku takkan mati dengan niat bunuh diri aku tu. Ayah suruh aku hidup lebih lama lagi. Atok pula ajak kami sekeluarga ambil gambar. Aku pegang mainan yang aku belikan untuk abang aku tu.. tapi bila tengok balik gambar tu... hanya aku seorang, sedang pegang permainan tu sambil tersenyum gembira.
Hanya jururawat tu sorang je yang percaya aku bole nampak hantu. Hidup aku dah tak sunyi and no more ALONE ! Tak lama lepas tu, kami berkahwin dan ada anak sorang. Lelaki. Masa sarapan pagi tu, anak aku tengok gambar aku "bersama" dengan ahli keluarga aku.. tiba-tiba dia bersuara "siapa mereka semua ni?" aku terkejut. Dan dari situ aku tau bahawa dia juga melihat nenek, atok, moyang serta pakciknya....
-The End-
kenapa aku nih? apa yang aku merapu nih? apa yang aku buat nih? apa yang aku cuba nak sampaikan nih? kenapa nih kenapa?!! Lol haha btw cerita kat atas tuh datang daripada imaginasi dan juga cerita. Daripada cerita wujud imaginasi. Bila dah terlebih berimaginasi, ni lah hasilnya. idk what i'm talking about. Like seriously, this is the... yeahh ini entry yang paling panjang :3
aku cuma luahkan imaginasi aku. gila kan? haha do I care? blog aku, jari aku, line internet aku, so... ape yg aku merepek nih? k
last but not least, kalau ada tersalah ejaan ke hape ke... pepandai betulkan sendiri.
annyo ^____________^
No comments:
Post a Comment