14 May 2013

Atin, Jom Kahwin!


Assalamualaikum :)
hee dah habis baca buku nih. Dapat buku nih Jumaat lepas, 5hari dah berjaya habiskan. Hari kedua jeh dah berjaya sampai bab34. Cehhhh tak buat apa bolehlah nak habiskan dalam masa 5hari. Cuba kalau dah start belajar, takdenyeeee laaa. hahahaha.
Okay disebabkan terlalu 'rajin' untuk type sinopsis novel AJK tuh, maka aku dgn senang hati copy daripada website alaf21. hihi nah amek nih :P

Ini adalah kisah dua hati yang tidak pernah serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja bagaimana, ‘harimau jadian’ yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa bertemu dengan ‘penguin’ di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang dunia ketiga di mana medan tempur tanpa senjata memporak-perandakan hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karakter yang tersendiri.

Prinsip Fendi: Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana, cuma gadis itu comel di pandangan mata.

Prinsip Fatin: Hidup mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.

Zahirnya, Fendi dan Fatin memang tidak ‘ngam’ tetapi batin mereka sudah bersatu dalam diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkan Fendi tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis itu memang sukar untuk didekati.

Fatin seorang yang ‘happy go lucky’ meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul. Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi maka itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga! Jadi, antara Tengku Khalid dan Fendi, siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan itu?


haa baca sinopsis dia jeh dah tertarik. Apa lagi baca 66bab yg ada dalam novel tuh. Tak termasuk epilognya lagi. Saya terfikir, cemana saya nak ceritakan jalan cerita novel nih kat awak Far. ahahahaha~
Masa baca novel tuh macam-II perasaan keluar. Baru baca bab1 dah tergelak dengan karakter si Fatin yg gila-II tuh. *ehem nama sama. Lol*
Bab2 tuh dia cerita pasal sahabat yg sanggup susah senang dgn dia. Bab3.. pasal Fatin nak terima tawaran kerja drpd Fendi utk jadi jururawat peribadi papa dia tapi Fatin letak mcm-II syarat. Bab4 Fendi nekad nak amek Fatin jaga papa dia and Fendi setuju dengan syarat yg Fatin dah tetapkan padahal dia tak baca pun lagi syarat-II tuh. Then dia tolong Fatin, angkut brg-II dia pindah kat rumah Fendi. Bab5, Fendi terkejut bila baca syarat-II yg Fatin buat tuh. Dalah panggil Fatin budak gemuk. Eh terasa pulak kite. ahahahahha xD
Bab6, baru sehari Fatin duduk rumah tuh, dia dah buat mcm rumah sendiri. Habis coklat, kek and segala mcm yg ada dia makan. Fatin tu kuat makan. Makan mesti nak 2 pinggan. Maggie yg dah kembang pun dia makan tau! Haa yg nih jauh bezalahh dgn aku. Haha. Bab7 pulak, Papanya si Fendi suruh Fendi kahwin cepat-II sebab dalam surat wasiat dah tulis antara Fendi dgn abang angkat dia Fahmi, siapa yg kahwin dulu akan dpt 80% harta papa dia. Okay dah memandangkan 7 num fav aku, so aku cerita sampai situ jelah. ahahahahah xD
Serious masa baca novel tuh aku ada tergelak, then part yg Tengku Khalid melamar Fatin tuh, wuwuwuwuwu kaya kodd. Untung Fatin! Haha. Tersenyum bila baca part Fendi suka buli Fatin, dia panggil gemuklah, penguinlah. Tapi jauh di sudut hati dia, dia sygkn Fatin. Cuma dia taktau nak luahkan mcm mana. Cara dia satu jelah, kutuk dgn marah. Hah! Ada part yg Fatin tak sengaja TERcalarkan mini cooper Fendi tuh. Malam tuh Fendi balik kerja then dia marah-II, teruk jugak Fatin kena, dia tarik-II rambut budak tuh then ish teruklah. Nak nangis pun ada. Kesian Fatin :(
Oh! Dalam novel nih kawan dia panggil dia teddybear, hihi sama macam awk panggil kite Far :P
Haa masa Fendi dpt tau daripada ayah Fatin yg si Fatin tuh nak kahwin, dia terus tergamam. And waktu tuh jgak abg angkat dia si Fahmi tuh dah decide nak kahwin dengan Mimi, kawan baik Fatin. So Fendi rasa takut and tercabar. Kawan dia tolong carikan calon isteri tapi semuanya dia tak berkenan. Lastly dia nekad nak lamar Fatin, bagi dia Fatin tuh baru jadi tunang org, belum isteri org so tak salah kalau dia mencuba. Bila baca pge 286 dgn 287 aku tersenyum sorg-II sebab time tuh Fendi tgh practice nak lamar Fatin dpn cermin. 10 kali dia cuba ayat yg terbaik. Tanpa dia sedar Fatin tgh tgok dia dari celah-II pintu tuh sebab Fatin nak tanya Fendi ada nmpk sepit rambut dia tak. Lol
Fatin nekad masuk bilik tuh, terlintas kat hati dia, "siapalah perempuan malang tuh?" Masa Fatin terjah bilik tuh Fendi tersentak, malu. Fatin senyum sinis and belum sempat dia keluar dari bilik tuh Fendi dah tarik tgn dia and ckp "Atin, jom kahwin!" ahahahahah xD
So antara Tengku Khalid dgn Fendi, siapa yg sanggup bagi hantaran 100k akan dpt dia. Nak tanak dorg terpaksalah buat cmtuh and finally Fendi dpt. Gila kan? Cemana kalau aku buat mcm tuh? Ada yg sanggup tak? hihihihihi
Dah sampai part lepas dorg kahwin tuh, jln ceritanya berubah... penuh konflik, takut, kesian, sedih nak menangis semua ada! Hmm
Okay dah malas nak cerita. Byebye :P






No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...