15 June 2013

Day out with PG's :D

Assalamualaikum!^^


Yeahh once again, mcm entry aku yg sebelum nih, nampak macam excited kan? Memang! Haha masih lagi pada tarikh yg sama cuma cerita yg berbeza. Okay pukul 12pm td siap2 nak outing dgn PG's. Keluar rumah dalam pukul 1:15pm then amek dorg sume kat rumah. Otw nak pegi Jusco Tebrau City tuh sumpah jalan memang jem gila! Ntah kenapa pun tatau. Dah sampai JTC terus pegi Harris. Then misi pertama cari fail. Tgh dok mencari nampak testpad, cekuk testpad. Dah cukup 4fail, cari hardcover book utk seni. Sumpah adore gila dgn buku tuh sbb kulit dia warna hitam and kertas2 dia warna warni. Barulah ada semangat seni! Ahahahaha poyo gila. Then cari drawing pen tuh. Dah settle, pegi bayarlah kan takkan menonong keluar. Lainlah kalau kau tuh mmg muka tebal setebal hutan amazon so kau bolehlah terus keluar dari Harris tuh tanpa ada rasa segan silu. Dah penat cari brg2, tetibe rasa lapar.... decide nak mkn kat KFC jeh tapi ramai gila woi!! Memang semua pakat makan kat KFC reramai ke cemana nih? haihh kempunan tau tau! Okay takpelah try cari restoran lain. Benti kejap sebab nak tunggu dyana. Mana ntah dia menghilang. Tetibe pijot dgn eksitednya bersuara "pipah! pipah!" sambil lambai2 kat org tuh. Aku dgn yana dah tercari cari. Akhirnya di tengah kesesakan org ramai tuh muncullah kelibat si apah, echa dgn mira... lama tak jumpa apah. Rindu! Dia siap peluk2 lagi. Apahh kalau dah berjumpa mesti nak peluk2 muah2 bagai. Cehhh masa f4 kamilah lesbo paling kebaboom kat klas TM. ahahahahha! Then echa dgn mira pun buat2lah mcm dah lama tak jumpa jgak, salam2 peluk2 bagai. Over kann padahal baru semalam jumpa. Haihh tunggu si dyana tak muncul2. K xpe, pegi foodcourt. Tak lama tuh dyana dtg. Dia ddk jap, then nk p beli each a cup. Ktorg dah siap mkn then belikan pappa roti yg mak nak tuh. After that pegi masuk Jusco sat nak beli my fav milk, HL. Then beli segala bagai mcm benda yg boleh dibuat makan masa kat kelas nanti. Hoho. Dah xtau nak p mana, aku decide lepak harris jeh. One of my fav place! Idk why, harris tuh dah mcm library aku buat. Dah masuk tuh pegi kat tempat novel. Dah penat berdiri, ktorg pegi kat tempat novel remaja then lepak situ.  Sbb kalau kitorg lepak situ dah sah2 takda org yg nak tgok buku2 kat situ sbb semua buku novel pasal remaja. Bongok2 je gitu. Cehh aku tak ckp pun karya penulis2 novel remaja nih tak bagus. Cuma majoritinya yg ada kat kedai buku tuh 18tahun ke atas. Dah sah sah depa p cari novel cintan cintun yg tebal2 kalah kamus dewan tuh. Buat apa depa nak cari novel yg cth tajuknya "Aku Mahu Superbibik!" hambek kau tajuk. Kerlassss! Ada remaja yg 18++ nih nak baca buku cemtuh? kalau budak skola rendah, f1 f2 f3 ke layanlah kan. Haa. Duduk situ madaa nak gelak jeh. Aku nih jenis yg suka tengok tajuk buku. Serious talk tgok tajuk buku jeh dah boleh buat aku happy + senyum + ketawa. Sampai sakit perut dok gelak jeh dgn yana dgn pijot. Dyana mcm biasa menghilangkan diri. Then dah bosan, nak pindah kat rak lain. Rak yg novel2 uh. Haihh tak bolehlah! Ada jeh yg nak cari2, tengok2 novel love2 tuh. Belinya idok! Ceh ckp org aku yg berejam dlm tuh pun keluar dgn tgn kosong jeh. Then bangun aa pegi tempat lain. Jalan punya jalan, tetibe nampak dyana kat satu sudut dgn max. Kitorg dok tenung jeh dorg dari blakang. Pastuh dorg dah perasan sume dok gelak jeh. hahahahaha! Max dah berisi! Then melilau lilau lahh dalam kawasan harris tuh tapi kat bahagian tu jelah. Tengok buku2, mcm2 buku yg ktorg tengok. Sakit perut gelak2 bagai. Ada jeh benda yg nak diketawakan. Serious hilang semua tension aku bila lepak dgn dorg, then snap2 bagai. Sedar tak sedar jam dah dekat pukul 6. But still, kitorg tak hiraukan masa and terus snap2, gelak2 bagai smpailah terpaksa akur yg masa dah mencemburui kebahagiaan kami bersama. Adoy ayat mcm nak mintak makan selipar saiz 8 jeh kan. Sebelum balik tuh nak naik atas jap, yana nak beli makan. Then depan JCo nmpk dpn mata ad org dok eksited lambai2 kat kwn dia yg lagi sorg tuh. Dah mcm drama sebabak time kitorg jumpe pipah tu pulak. Haha then tengok betul2, eh tu mieza. Tengok pulak budak yg dia dok lambai2 tuh, lyana! Hhahaha aku pun terus join, dtg depan dorg then dorg pun terkejut chimpanzee bila nmpk kitorg. Hahahaha tak pasal2 buat program jejak kasih kat depan JCo tuh. Dah puas berbual sume masing2 byebyebye. Then baliklah rumah masing2.... serious weh bila kita dpt lepak sama mcm ni lagi eak? huha huha sama2. Tak hiraukan org lain. Kita ikut cara kita jeh kan. Suka hati kita jehh kan? Bila lepak dgn korg mesti rasa tanak pisah dah, sebab bila dgn korg boleh gelak2, hilang stress! Boleh buat benda gila2. Org yg x kenal kita dah sah2 akan ckp karakter kita berubah bila kita 4org berkumpul sama2. Hahahahah. Harap hari yg akan dtg kita masih boleh berkumpul sesama mcm tadi, gelak2 mcm tadi, happy2 mcm tadi, gurau2 mcm tadi :')

No comments:

Post a Comment

Adios, 2023!

 Assalamualaikum, hai! How's 2023? Orait ke tak orait? Kalau untuk aku.. ya alhamdulillah. Better dari tahun tahun yang sebelumnya. Nak ...